ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD

ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD - Okay, done terjebak malam tadi Episod 1 ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD. Jalan cerita yang ada kisah kelakar, comel, straight forward sememangnya pilihan mummy. As suual lah kan, bila tengok cerita macam ni, boleh release segala mak nenek stress ! Santaikan fikiran !



ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD


Drama adaptasi dari novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tetini adalah gandingan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama. Jom kita baca SINOPSIS DRAMA ENCIK IMAM EKSPRES ni.

SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES

Diya (diyana Aqilah - lakonan Nelydia Rose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.

Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna, menyebabkan Ajim (lakonan Fiqry)  lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad kurang selesa dengan situasi keluarganya.

Awish mula rapat dengan Diya, sehingga mahu memanggilnya Umi. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

JUDUL : ENCIK IMAM EKSPRES
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia


WATAK PELAKON ENCIK IMAM EKSPRESS



Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)
Elisya Sandha sebagai Atun
Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi
Ruzana Ibrahim sebagai Zura
Anne Abdullah sebagai Suriani
Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien

LAGU TEMA / OST 
Ismail Izzani - Bidadari


Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies. Encik Imam Ekspres bersiaran bermula 11 Mac 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.


9 comments on "ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com