Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Demi Meatball IKEA

Demi Meatball IKEA - Tekak mak buyung ini kan, lain mcam sekarang. Nampak macam kuat makan, tapi sebenarnya selera dah berkurangan sangat. Makan sedikit je, terus macam hilang selera. Oleh kerana nak pulihkan selera makan mak buyung. Kita pi makan meatball IKEA hehehe. Orang lain pi IKEA shopping barang. Kami shopping makanan kat IKEA. 

Kalau kata weekend nak ajak daddy ke IKEA tu, macam tahu sangat jawapannya. Jadi kali ini, mummy pujuk pergi weekdays. Balik kerja, terus zassss whatsapp daddy. Memula daddy macam malas juga nk ke IKEA. Dengan parking selalu penuh, nak makan pun ramai orang.

Pujuk punya pujuk. Berjaya mak buyung akhirnya. Hehehe. Nak ikutkan, mummy boleh je drive sendiri kalau teringin nak makan meatball IKEA. Tapi, tak feel la makan sengsorang. Makan satu family, baru ada feel. 
  
Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara


 Bergambar sebelum makan, eh nape macam nampak juling je mata mummy tu? hahahaha.

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara, mushroom soup

Kami order tak banyak pun, mushroom soup, meatball IKEA 15 pcs, set kids kentang goreng nuget dan kepak ayam goreng. 

Daddy siap tanya, datang jauh-jauh.. makan ni je? Nape tak order banyak?. Kita bukan nak makan berpinggan pun, dapat rasa setengah pinggah meatball IKEA dah kenyang sebenarnya.

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara, Chicken Wings 

Tulang je ni ha yang tinggal, tak sempat snap gambar kepak ayam goreng.
 
Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara,

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara 

Demi Meatball IKEA, IKEA Damansara

Dinner on weekdays kat IKEA, memang tak beratur lama sangat. Nak cari tempat duduk pun mudah. 

Demi Meatball IKEA
 
Port makan kami, dekat play ground. Senang monitor anak main. Tapi, sebelum main.. kena makan dulu. Syarat utama untuk anak-anak sebelum bermain.

Demi Meatball IKEA

Sempat pusing-pusing sekejap dalam IKEA, seperti biasa anak-anak excited nampak bilik showroom yang comel dan lawa.

Siap mintakan mummy ambilkan gambar lagi tu.

Tapi, kalau mummy masuk ke IKEA ini...memang tak sah, kalau berangan lebih. Di sebabkan rege nya pun boleh tahan juga. Hanya mampu berangan je lah



Demi Meatball IKEA

Wajah-wajah kesayangan yang triple happy. Stay sampai IKEA tutup. Tapi sempat gak memborong karipap telur kat IKEA. Lama tak makan karipap telur IKE. Happy tummy la mummy.

Bye IKEA, ada rezeki nanti. Kami datang lagi..............

PERSONAL SHOPPER IKEA DAN KAISON DI TAIPING PERAK

Sebulan berkali-kali Personal Shopper IKEA dan KAISON ke KL dari Perak. Nampak sangat Personal Shopper IKEA dan KAISON Taiping Perak ini adalah trusted seller. Zaman sekarang ni, macam-macam berita mummy dengar yang berlaku antara seller dan buyer online ni, kan? Bagi mummy, sangat sangat sangat penting memilih trusted seller. Pilih personal shopper yang betul-betul boleh di percayai. Silap letak kepercayaan boleh rugi nanti.

Cerita bab IKEA dan KAISON. Ramai mak mak pak pak yang suka design rumah ala konsep IKEA dan juga KAISON. Sebab dekorasinya agak santai dan mengikut trend. Harga barangan IKEA dan KAISON juga tidak terlalu mahal seperti jenama lain.

Mummy pun suka..ada jugalah barangan IKEA dalam rumah. Tapi, belum 110% guna pakai konsep Ikea. Buat masa ni, rumah kami konsep anak-anak ... yang di penuhi dengan mainan. hahahaha.

Mesti ada peminat konsep IKEA dan KAISON stress sebab cawangan IKEA dan KAISON tidak banyak di Malaysia. Tapi..jangan risau. Sekarang ini, dah ada personal shopper untuk IKEA dan KAISON.

Jimat dan duit tol, minyak dan masa. IKEA ni bukan sentiasa lenggang. Si daddy budak-budak ni sendiri pun kurang gemar ke IKEA. 

Jadi...nak mudah kerja. Order dan beli sahaja dengan Personal Shopper IKEA dan KAISON .

Berita baik untuk orang PERAK terutama di TAIPING. Ada trusted Personal Shopper IKEA dan KAISON di sana tau !!

Personal Shopper IKEA dan KAISON Taiping


PERSONAL SHOPPER IKEA DAN KAISON DI TAIPING PERAK


Boleh jumpa mereka dan cuci mata barangan IKEA dan KAISON di facebook PS Ikea/ Kaison Taiping

Atau terus ke group Whatapps Ps Ikea/Kaison Taiping dengan klik di https://chat.whatsapp.com/BBX4yOhzDc9IBRPYlUUJYm

Lepas klik link di atas, terus automatik akan masuk group Personal Shopper IKEA dan KAISON ðŸ˜ŠðŸ˜Š

Mudah je !!