Showing posts with label Imunisasi. Show all posts
Showing posts with label Imunisasi. Show all posts

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Baru-baru ini, anak kami Dhia Batrisya baru sahaja dimasukkan ke wad hospital gara-gara Influenza B. Bukan sahaja beliau menghidapi demam, selesema dan batuk. Malah, keputusan darah juga tidak cantik. Ngam selepas itu pula, mummy ikuti forum GSK sempena minggu imunisasi sedunia.


GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA



GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


GSK turut mengadakan Raya Open House ketika perbincangan imunisasi sempena minggi imunisasi sedunia yang bertempat di One World Hotel Damansara.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia, kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara. Dengan memastikan individu menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangkan produktiviti, mengekalkan sumbangan kepada ekonomi tempatan, dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, walaupun mereka memasuki usia emas.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April]


Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April] ini merupakan masa untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan impak sosioekonomi vaksinasi secara global serta meningkatkan perubahan dasar yang diperlukan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan, terutamanya di Malaysia.


Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah individu berumur 65 tahun dan ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini. DOSM juga mengunjurkan bahawa Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada golongan muda (18.6%) dan golongan berusia (14.5%) pada tahun 2040. Hal ini bermakna dalam tempoh kurang 2 dekad, golongan berusia akan melepasi 6.0 juta, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berusia.


Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2024, GlaxoSmithKline (GSK) menganjurkan wacana yang tepat pada masanya, menghimpunkan pakar tempatan dan global untuk berkongsi perspektif mereka tentang landskap vaksin yang semakin berubah, faedah vaksin kepada orang dewasa yang lebih tua, dan nilai sosioekonomi imunisasi dewasa.

Acara ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan panel tempatan yang menampilkan perbincangan yang bernas, perbahasan yang rancak dan perkongsian pengetahuan yang luas dalam memperlihatkan keberkesanan pencegahan penyakit cegahan vaksin (VPD) dalam kalangan orang dewasa Malaysia, cabaran utama yang dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan, serta peluang untuk membangunkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan dalam peralihan ke arah masyarakat semakin berusia yang lebih sihat di negara ini.


Registered in Malaysia Company No. 195801000141(3277-U)


Dr. Thanabalan Fonseka, Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia berkata: “Inisiatif imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang tinggi. Berbeza dengan situasi ini, cabaran utama berhubung dengan vaksinasi golongan dewasa terletak pada kurangnya kesedaran mengenai VPD dan pilihan pencegahannya. Akibatnya, ramai orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemaskini vaksinasi yang terkini atau mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan untuk suntikan penggalak atau vaksin yang baharu yang boleh didapati apabila mereka semakin berusia."

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Selain itu, halangan logistik, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kekangan kewangan, terus menjejaskan kadar vaksinasi dewasa. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan kesedaran, menambah baik kebolehcapaian, serta menekankan betapa mustahaknya memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa dewasa. Kita mesti beralih daripada "penjagaan sakit" kepada penjagaan kesihatan pencegahan sebenar untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina kepercayaan terhadap nilai vaksinasi dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia," tambah Fonseka.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Apakah Imunisasi Dewasa?


Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventable diseases, VPD). Pemvaksinan dewasa yang paling lazim antara lainnya termasuklah COVID-19, influenza, penyakit pneumokokal, herpes zoster, dan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV).


Siapakah yang Berisiko?


Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa berbeza-beza bergantung pada penyakit. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan oleh faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berusia selalunya berisiko lebih tinggi, penyakit tertentu boleh menjejaskan orang dewasa dari semua peringkat umur. Selain itu, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat imunosupresif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit tanpa mengira usia.


GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Semasa Minggu Imunisasi Sedunia, GSK bersatu secara global untuk menekankan betapa mustahaknya imunisasi dewasa. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kelebihan kesihatan, struktur dan sosioekonomi meluas yang berpunca daripada penggunaan ekstensif vaksin dewasa untuk setiap individu di seluruh dunia. Dengan kerjasama pihak berkepentingan merentas industri, kami menetapkan sasaran untuk menyokong Program 50 tahun Perluasan Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melakukan apa-apa yang boleh dilakukan secara manusia, iaitu menyelamatkan nyawa melalui imunisasi.

GSK terus menekankan betapa pentingnya pencegahan sebagai asas penjagaan kesihatan. Dengan salah satu portfolio vaksin yang paling luas di seluruh dunia, GSK komited untuk melindungi individu dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa yang lebih tua dan membentuk semula dasar berhubung dengan imunisasi dewasa untuk kekal berada di hadapan dan meneruskan momentumnya untuk memainkan peranan dalam penambahbaikan kesihatan awam di Malaysia.


Perihal GSK



GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Kami menetapkan sasaran untuk memberikan impak yang positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita kami yang tinggi untuk pesakit dicerminkan dalam komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketara dalam prestasi. Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 65 tahun, sejak memulakan operasi pertama kami pada bulan Oktober 1958. Dalam tempoh enam dekad yang lalu, GSK Malaysia telah berkembang dengan ketara baik dalam infrastruktur, operasi perniagaan mahupun asas bakat. Kini beroperasi dengan lebih 400 pekerja yang ditempatkan di dua entiti perniagaan kami – Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan. Ketahui selanjutnya di Malaysia | GSK.

Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles” Door To Door Service di Rumah Kami

Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles” Door to door service di rumah kami. Klinik Kesihatan Kajang dengan usahasama JMB kami dan apartment sekitar rumah kami telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”. Mulanya, memang mummy tak ambil endah sangat Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”. Almaklumlah Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles” tak wajib,kan?

Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”


Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”


Lagi pun, semua orang akan merasa demam campak dan chicken pox ini. Tak kene semasa kecil, akan kena pada dewasa nanti.

Awal pagi Sabtu lepas, rumah kami telah di ketuk oleh nurse dari Klinik Kesihatan Kajang. Ha…siap door to door service tau. Best,kan !

Selepas mummy buka pintu, terus nurse minta buku kesihatan anak-anak. Memang mummy simpan rapi rekod kesihatan anak-anak. Ramai yang beritahu mummy pentingnya simpan buku rekod kesihatan anak-anak sehingga sekolah nanti.

Alhamdulillah setelah di periksa, di dapati semua vaksin wajib anak-anak lengkap.

Nurse minta kami turun ke dewan apartment kami untuk Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”

“wajib ke imunisasi tu, nurse?” Mummy bertanyakan kepada nurse. 
Nurse menjawab, dulu tak wajib..tapi sekarang dah diwajibkan. Turun ambil injection ye !”

Baru mummy tahu, dah diwajibkan rupanya Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”. 

Mummy terus mengiakan dan terus bawa anak bersiap-siap ke dewan.


Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”



Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”

Mummy confident Dzal Aidi Fiqry tak akan menangis bila kene injection Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles” . Sebab semasa ambil darah tempoh hari, Dzal steady je.

Dhia pula….erm….biasalahkan budak girl ni. Mesti nangis lah !

Sekali, tekaan mummy silap da……….dedua anak nangis bila kena Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles” ! Daddy seperti biasa kerja,kan. Jenuh mummy nak pujuk dua orang anak dalam satu masa. 

Dukung sekejap lah dua-dua. Perut czer yang kene potong 2x langsung mummy tak fikir. Sebab fikiran dok nak tenangkan anak-anak.

Pujuk punya pujuk..dapat idea nak bawa anak-anak pi rumah adik ipar. Lagi pun, adik ipar yang tinggal di Taiping pun ada sana. 

Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”


Terus hilang nagis sedu sedan bila dengar nak bawa ke rumah cousinnya. Sebab rumah cousin nya in banyak mainan. 

Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”

Tu..yang mereka happy semacam, kalau mummy nak bawa ke sana.

Berbalik kes Imunisasi Vaksin Demam Campak “Measles”, di wajib kan kerana Peningkatan kes Measles.

Menurut KKM.  Sehingga minggu pertama Jun 2016 (minggu epid 23), sebanyak 66 wabak(oubtreak) measles dilaporkan, meningkat antara 4 hingga 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Pada tahun 2014, hanya 11 wabakmeasles dilaporkan dan meningkat kepada 57 wabak pada tahun 2015. Pada tahun 2016, majoriti wabak melibatkan rumah persendirian (42 episod; 63.6%), diikuti oleh institusi (19 episod; 28.8%) dan komuniti (5 episod; 7.6%). Bilangan kes juga meningkat sebanyak 340% (873 kes) berbanding tempoh yang sama pada 2015 (197 kes). Sepanjang tahun 2015, terdapat sebanyak 1,318 kes dengan 2 kematian, manakala belum ada kematian pada 2016.

Pada tahun 2016, bilangan wabak chickenpox adalah 10 episod berbanding 12 episod dalam tempoh yang sama pada 2015 dan 9 wabak pada tahun 2014. Majoriti episod pada tahun 2016 melibatkan institusi (9 episod; 90%) seperti taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat tahanan. Bilangan kes 2016 juga menurun sebanyak 34.7% (109 kes) berbanding 2015 (167 kes) dan 2014 (125 kes). Tiada kematian akibat chicken pox pernah dilaporkan dalam tempoh 3 tahun.

Pesakit yang kurang daya melawan tubuh boleh mengalami komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan telinga tengah (otitis media 5-15%), diarea, jangkitan peparu (bronkitis dan pneumonia 5-10%) dan jangkitan pada otak (subacute sclerosing panencephalitis 1/10,000-1/100,000 kes), di mana ia boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kematian. Komplikasi akibat penyakit chicken pox hampir serupa dengan measles, tetapi jarang berlaku.