Showing posts with label Scotch-Brite. Show all posts
Showing posts with label Scotch-Brite. Show all posts

3M™ SCOTCH-BRITE™ PEMBERSIHAN DAPUR SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA LEBIH MUDAH

Setiap keluarga pastinya sibuk membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Juadah-juadah tradisional untuk dihidang kepada tetamu pasti dinantikan walaupun persediaannya rumit dan memerlukan banyak perkakas dapur. Daripada rendang sehinggalah dendeng; kadangkala, membersih periuk dan kuali akan menjadi mencabar mengikut bahan masakan yang digunakan. Memahami keadaan ini, jenama terkemuka 3M™ Scotch-Brite™ memperkenalkan barisan span, penyental dan kain pembersihan dapur bagi memenuhi keperluan sepanjang perayaan sebulan ini.

3M™ SCOTCH-BRITE™ PEMBERSIHAN DAPUR SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA LEBIH MUDAH


 

PEMBERSIHAN DAPUR SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA LEBIH MUDAH  DENGAN 3M™ SCOTCH-BRITE™



Kerja-kerja pembersihan selepas memasak kini menjadi tugas mudah dengan produk jenama Scotch-Brite™ memberikan anda lebih masa untuk meraikan perayaan bersama keluarga dan yang tersayang.

Setiap keluarga pastinya sibuk membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Juadah-juadah tradisional untuk dihidang kepada tetamu pasti dinantikan walaupun persediaannya rumit dan memerlukan banyak perkakas dapur. Daripada rendang sehinggalah dendeng; kadangkala, membersih periuk dan kuali akan menjadi mencabar mengikut bahan masakan yang digunakan. Memahami keadaan ini, jenama terkemuka 3M™ Scotch-Brite™ memperkenalkan barisan span, penyental dan kain pembersihan dapur bagi memenuhi keperluan sepanjang perayaan sebulan ini.


3M™ SCOTCH-BRITE™ PEMBERSIHAN DAPUR SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA LEBIH MUDAH


Walaupun sibuk seharian menyediakan juadah Hari Raya dan beramah mesra bersama tetamu yang berkunjung, ruangan dapur tetap akan kekal bersih berkilat dengan penggunaan produk-produk Scotch-Brite™. Rangkaian produk ini telah direka khusus untuk memberikan prestasi pembersihan luar biasa, menjadikan pembersihan selepas sambutan perayaan lebih lancar dan mudah.

“Inovasi adalah pemacu kami di 3M, dimana rangkaian produk Scotch-Brite™ kami terkenal kerana ianya boleh memudahkan dan meningkatkan kecekapan proses pembersihan. Menjelangnya Hari Raya, jenama Scotch-Brite™ sedia membantu semua orang untuk mewujudkan suasana yang  lebih bersih dan meriah. Tidak kira sama ada untuk membersihkan pinggan mangkuk, atau mengemas kediaman bagi menyambut tetamu, produk-produk Scotch-Brite™ boleh membantu anda menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting– iaitu meluangkan masa dengan meraikan perayaan istimewa ini bersama keluarga tersayang,” kata Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran Pembangunan Kategori Jenama Scotch-Brite™, 3M Malaysia dan Singapura.


3M™ SCOTCH-BRITE™ PEMBERSIHAN DAPUR SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA LEBIH MUDAH


Bersih Berkilat dengan Scotch-Brite® Heavy Duty* dan Easy Clean Antibacterial Scrub Sponge: Ucapkan Selamat Tinggal kepada Kotoran Degil dan Helo kepada Perkakasan Dapur Yang Bersih Berkilat!

Sepanjang musim perayaan, setiap keluarga pastinya teruja untuk menyambut tetamu serta berkumpul untuk beramah mesra diiringi dengan gelak tawa dan makanan yang enak. Namun, di penghujung hari, kesan daripada tinggalan masakan di dapur bakal mengundang cabaran besar. Timbunan pinggan mangkuk, sisa makanan dan kotoran degil pastinya sukar untuk dibersihkan.

 

Mujur Scotch-Brite® Tough Clean Antibacterial Scrub Sponge * yang diperbuat daripada 100% bahan gentian penyental kitar semula, mampu menanggalkan kesan degil dengan mudah dan mengurangkan bakteria untuk cucian bersih berkilat. Bukan sahaja ianya  antibakteria, malah span ini cukup berkuasa menanggalkan kotoran hangus dan degil. Reka bentuk 'S' pada span memberikan cengkaman yang lebih baik dan sesuai digunakan pada perkakasan memasak tanpa salutan dan rak ketuhar. Sifat antibakterianya pula menghalang pertumbuhan bakteria pada bahagian dalam span.  Manakala bagi perkakasan memasak yang memiliki salutan tidak melekat, permukaan kaca dan plastik, Scotch-Brite® Easy Clean Antibacterial Scrub Sponge lebih sesuai digunakan untuk menanggalkan kotoran dan sisa makanan tanpa mencalarkan permukaan dan memelihara keadaan asal perkakas perkasas tersebut.

 

Dengan pilihan antara Scotch-Brite® Tough Clean Antibacterial Scrub Sponge untuk tugasan berat membabitkan kotoran degil; dan Scotch-Brite® Easy Clean Antibacterial Scrub Sponge khusus untuk periuk kuali yang memiliki salutan tidak melekat, anda boleh memilih span dapur berbeza mengikut keperluan selepas berhempas pulas memasak di dapur. Hasilnya, keadaan huru hara di dapur akan lebih terkawal dan menjamin sambutan Hari Raya yang lebih lancar.

 

Bagi Masalah Tumpahan dan Kesan Melekit, Bersihkannya dengan Mudah Terokai Kunggulan Scotch-Brite® Sponge Cloths!

Memastikan dapur sentiasa bersih pasti menjadi keutamaan, terutamanya ketika menerima kehadiran tetamu. Kadang kala perkara yang tidak dapat dielakkan seperti air minuman soda atau jus oren tertumpah berlaku. Selain itu, perkakasan dapur dan peralatan memasak yang baru dicuci perlu dilap untuk mengeringkannya dengan betul. Oleh sebab itu, memiliki kain yang sesuai untuk membersihkan tumpahan air dan mengeringkan perkakasan memasak akan meringankan bebanan tuan rumah. Scotch-Brite® Sponge Cloths adalah pilihan terbaik apabila anda perlu untuk  membersihkan tumpahan air dan mengeringkan perkakasan yang dicuci. Kain buatan Jerman ini mampu menyerap cecair sehingga 10 kali ganda daripada berat asalnya seperti span dan mengelap bersih seperti kain untuk memastikan dapur kekal berkilat sepanjang perayaan. Hanya bilas, perah dan keringkannya apabila selesai digunakan. Kemudian jika diperlukan lagi, kain span ini sedia digunakan semula pada bila-bila masa!

 

Atasi Sisa Kotoran Degil dengan Scotch-Brite® Tough Clean Scrub Pad* dan Scotch-Brite® Stainless Steel Spiral Ball*

Untuk masalah sisa masakan degil yang melekat pada kuali tanpa salutan, Scotch Brite® kini memperkenalkan dua penyelesaian yang hebat: Tough Clean Scrub Pad dan Stainless Steel Spiral Ball. Gentian yang berkualiti pada Scotch-Brite® Tough Clean Scrub Pad ini menawarkan ketahanan dan kecekapan untuk menghilangkan kesan hangus dan sisa kotoran degil pada perkakasan memasak tanpa perlu direndam terlebih dahulu. Manakala, Scotch-Brite® Stainless Steel Spiral Ball mempunyai keupayaan menyental bagi tugasan-tugasan berat, memanfaatkan dawai keluli tahan karatnya bagi membantu mengatasi kotoran degil yang melekat pada perkakasan memasak. Dengan keberkesanannya dalam menjalankan tugas pencucian yang berat, produk ini mampu memudahkan kerja pembersihan dapur agar pengguna dapat menikmati lebih banyak masa bersama mereka yang tersayang.

 

Melonjakkan Taraf Pembersihan dengan Produk Isi Rumah Scotch-Brite™

Ucapkan selamat tinggal kepada tekanan melakukan pembersihan dan helo kepada peluang untuk meluangkan masa yang lebih bersama orang tersayang. Dengan peralatan pembersihan dapur Scotch-Brite, proses pembersihan selepas perayaan semakin mudah. Eratkan hubungan keluarga dengan melakukan pembersihan bersama, mengagihkan tugas mencuci sesama ahli keluarga, dan jadikan ia usaha kolaboratif untuk menyemarakkan lagi suasana perayaan agar ianya lebih bermakna.

 

Jadikanlah Hari Raya ini lebih bersinar dengan jenama Scotch-Brite™! Ketika berkumpul untuk memasak dan membersih, pilihlah Scotch-Brite™ sebagai pembantu dapur yang diyakini, menjanjikan tugas pembersihan lebih mudah dan sambutan perayaan yang lebih menyeronokkan!

Sebagai persiapan menjelangnya Ramadan dan Hari Raya, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 40%** bermula hari ini sehingga 30 April 2024 untuk  produk Scotch-Brite™ terpilih di kedai dalam talian rasmi 3M di Lazada dan Shopee  atau peruncit fizikal terpilih berhampiran anda. 


Peralatan pembersihan Scotch-Brite™ kini boleh dibeli di kedai-kedai terkemuka di seluruh Malaysia dan Singapura. Pembeli dalam talian boleh melawati kedai dalam talian rasmi di Malaysia atau Singapura.


Lazada dan Shopee (Malaysia)

Lazada dan Shopee (Singapura)

 

*Barisan produk Scotch-Brite® Tough Clean Scrub Sponges/Pad dan Stainless Steel Spiral Ball mungkin akan meninggalkan kesan calar. Sila uji produk terlebih dahulu di kawasan terselindung dan tunggu sehingga kering untuk mengesahkan tiada kerosakan pada permukaan. Tidak sesuai untuk kegunaan akuarium.


**Tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada. 3M berhak untuk mengubah suai atau membatalkan tawaran ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

 

Scotch-Brite adalah tanda dagangan bagi 3M. 

 


Mengenai Scotch-Brite™

Selama 65 tahun, jenama Scotch-Brite™ telah menceriakan kediaman dan kehidupan melalui kepakaran pembersihan serta penyelesaian berinovatif untuk mengatasi  masalah kotoran degil bagi memberikan anda nikmat kehidupan yang bersih. Menerusi barisan produk yang sentiasa berkembang, kami kini menjadi peneraju yang dipercayai dalam keperluan pembersihan dan produk utama isi rumah seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di https://www.3m.com.my/3M/en_MY/p/c/b/scotch-brite/i/consumer  

Mengenai 3M 

3M yakin bahawa sains membantu mencipta dunia yang lebih cerah bagi semua. Dengan memanfaatkan kuasa insan, idea dan sains untuk membentuk semula apa yang mampu dilakukan, pasukan global kami berusaha secara unik untuk mengambil peluang dan menangani cabaran yang dihadapi pelanggan, komuniti dan bumi kita. Ketahui cara kami berusaha menambah baik kehidupan dan langkah kami seterusnya di 3M.com/news 


Facebook (MY) - https://www.facebook.com/ScotchBriteMalaysia  

Facebook (SG) - https://www.facebook.com/ScotchBriteSingapore  


3 Kali Lebih Bersih, Tahan Lebih Lama ! Scotch-Brite

3 Kali Lebih Bersih, Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite. Siapa ada dengar iklan ni kat radio? Mummy ada dengan iklan "3 Kali Lebih Bersih, Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite" kat radio Suria FM.  Tapi, iklan tu memang tak tipu. Sebab mummy sendiri dah pakai barangan jenama Scotch-Brite ni. Memang dah lama, berangan nak barangan dari jenama Scotch-Brite. Bukan takat 3 Kali Lebih Bersih,Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite. Tapi....


3 Kali Lebih Bersih, 3 Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite


3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

3 Kali Lebih Bersih, Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite ni sebenarnya dapat kurangkan beban mummy. Tengok tu...Dhia Batrisya 5 tahun pun boleh bantu ringankan kerja rumah mummy. Produk dari Scotch-Brite ni, sangat sangatlah user-friendly ! 

Syiokkkk mummy weekend, boleh rehat sket ! Sket je lah ! 


3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite


3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

Scotch-Brite High Performance Cloth ni, kitorang buat lap meja, dapur dan rak tv yang cepat berhabuk. Memang best pakai Scotch-Brite High Performance Cloth ni, sebab habuk tak berterbangan. Melekat terus kat kain ni.

Dhia jugak lah, bantu mummy lap rak tv !

3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite


3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

Scotch-Brite Easy Sweper ni, seakan akan penyapu. Yang bestnya, habuk dan kotoran kat lantai tu melekat terus kat wipes.

Wipes tu, boleh terus buang lepas pakai. Very hygiene ! Rumah ada anak kecil ni, memang kena cari penyapu macam ni lah ! Senang sapu, cepat sapu dan hygiene di kawal

Batang Scotch-Brite Easy Sweper ni pula, boleh laras. Nak panjang, nak pendek serta bahagian dpan tu pun boleh bergerak 360 darjah. 

Senang sangat menyapu guna Scotch-Brite Easy Sweper ni. Tak letih ketika menyapu !



Scotch-Brite Single Spin Mop Bucket pula, memang idaman mak-mak luar sana? Betul tak. Mummy pun sama, lama weiii simpan wishlist nak kan Scotch-Brite Single Spin Mop Bucket ni.

3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

Span basuh pinggan Scotch-Brite pun sejak azali mummy gunakan untuk kerja membasuh. Ada beberapa range span basuh pinggan dari Scotch-Brite.

Apanyng bestnya, tahan lama lah ! Span dia tu tak mudah terkopek dan terurai. 1 span berbulan-bulan tahan. Demi hygiene, mummy akan kerap juga tukar dalam sebulan atau tiga bulan sekali. Tengok pada kekerapan cara pemakaian. Yang penting,,,,,,,

Jimat duit hehehe. 


3 Kali Lebih Bersih, 3 Kali Tahan Lebih Lama ! 3M Scotch-Brite

Kesimpulannya, ayat iklan "3 Kali Lebih Bersih, Tahan Lebih Lama ! Scotch-Brite" memang tak menipu tau ! 

Sumpah best pakai produk dari Scotch-Brite ni ! Lebih bersih dan lebih tahan lama. Highly recommended 😘

Nak beli kat mana produk Scotch-Brite ni? Korang boleh dapatkannya di pasaraya atau secara online di LAZADA atau SHOPEE juga !