Bunuh Cicak


Kat wayang sibuk cerita cicakman selamatkan orang. Tapi, kami dok pikir cemana nak bunuh cicak yang ada kat rumah. Bunuh cicak tu sunat. Nabi kita S.A.W pun sarankan kita bunuh cicak. Banyak fadhilatnya. Tapi, memang geli la nk bunuh cicak cenggitu. Bab-bab nk bunuh macam tu. Kasik pada en suami. Hehehe. Ensik suami pernah berjaya bunuh 1 ekor cicak beberapa minggu lepas.

Saya?? Tak sanggup nak bunuh macam tu (sebab geli). Jadi, solusinya beli je Lizard Glue Trap - Brand Family ni. Alhamdulillah dapat 1 ekor cicak 2 hari yang lepas. Bagus juga, ada glue trap ni. Orang yang penggeli macam saya sangat-sangat lah sesuai. 

Ada juga brand lain, tapi belum pernah cuba lagi. Nanti kalau dah cuba. Boleh la saya ceritakan pengalaman. Tapi, dalam website ada ceritTentang Ridsect Roach Trap

Ada yang tanya, kenapa kene bunuh cicak? Ok..saya copy paste di sini keratan dari blog Ustaz Idris Sulaiman

bunuh cicak


Memang Syarak menganjurkan untuk kita membunuh cicak. Seperti mana di dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat pahala sekian. Barangsiapa yang membunuhnya dengan dua kali pukulan maka dia mendapat pahala sekian (kurang dari yang pertama).” (Riwayat Muslim)

Juga di dalam riwayat yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ
“Barangsiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, dicatatkan baginya pahala seratus kebaikan, dan bila dia membunuhnya pada pukulan kedua, maka pahalanya kurang dari itu, dan pada pukulan ketiga pahalanya kurang dari itu.” (Riwayat Muslim)

Ini kerana dikatakan juga di dalam hadis yang tsabit dari Nabi, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallammengatakan bahawa cicak ini adalah binatang yang buruk ataupun jahat,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا
“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar membunuh cicak dan Baginda menamakannya Fuwaisiq (binatang yang jahat).” (Riwayat Muslim)

Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام
“Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
“Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.”(Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab, kuliah Umdatul Ahkam, 23.04.2013)


1 comment on "Bunuh Cicak"
  1. Tengahh stress macamana nk hapuskan cicak kat rumah.. tahi bersepah tu yang menyampah..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com