Sessi Memanjakan Diri di SPA AIRELLYN BEAUTY STUDIO

Hari ini, mummy nak review tentang SPA kecantikan yang berada di Shah Alam iaitu SPA AIRELLYN BEAUTY STUDIO. Lama dah mummy tak memanjakan diri di SPA Beauty Saloon. Kali ini, berkesempatan juga mummy ke SPA untuk sessi memanjakan diri. 

SPA AIRELLYN BEAUTY STUDIO berikan mummy perkhidmatan Facial Express Oxygen Facial Treatment dan Facial Whitening Chocolate. Sebelum sessi FACIAL dimulakan. Terlebih dahulu, mummy di terangkan oleh beautician tentang produk yang sesuai untuk jenis kulit mummy, selepas bacaan kelembapan dan masalah kulit sudah di analisis terlebih dahulu.




Proses pembersihan, skrub, steam dijalankan sebelum treatment facial mula.


Ini pula, proses melembutkan pori-pori mummy supaya blackhead dan whitehead mudah di singkirkan. 

Selepas pembuangan blackhead dan whitehead, proses Facial Express Oxygen Facial Treatment dijalankan bersama-sama cold steaming dan head and sholder massage. Sejuuuuuuuk dan sedap je rasa. Sampai terlelap-lelap jugak ler di buatnya. 

Harga rawatan Facial Express Oxygen Facial Treatment ini hanya RM98.

Perubahan terus boleh nampak selepas sesi rawatan. Efektif sangat!



Setelah selesai rawatan untuk perbaiki liang roma. Kulit mummy di belai dan di rawat melalui rawatan - White Treatment Chocolate.Fuh, bau coklatnya rasa macam nak makan je. Sedap baunya. Bau coklat juga membuatkan kita lebih rasa tenang ketika rawatan muka sedang di jalankan. Mood mummy yang sama juga macam rawatan tadi. Mood selesa sangat.


Harga rawatan Facial Whitening Chocolate ini sangat murah:
RM68 - 1 pax
RM120  - 2pax


Di sini, juga menyediakan SPA untuk bakal-bakal pengantin. Set Bridal serendah RM198 je.

Bagi sesiapa yang ingin memanjakan diri. Saya mencadangkan anda ke Arellyn Beaty Studio ini. Kerana produk, servis dan layanan disni sangat bagus. Kami berikan 5 bintang ;)


Untuk tempahan, boleh hubungi:



AIRELLYN BEAUTY STUDIO
No.6A, 1st Floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 



Instagram: @spa_best_murah 
@spa_best_murah 
@spa_best_murah 


10 comments on "Sessi Memanjakan Diri di SPA AIRELLYN BEAUTY STUDIO"
  1. akak tak pernah pergi spa..
    nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  2. Sy pn x pnah g spa..g saloon bese la..nti nk g spa n sauna sekali..skali skali manjakan diri sndiri apa salahnya kan..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau yoorin ni dah jilat2 dah..hihi.. 1st time dengar coklat facial ek

    ReplyDelete
  4. wahhh kekal cantik lepas ni...

    ReplyDelete
  5. lama tak massage ni..nak kene rest gak cari spa

    ReplyDelete
  6. Mask coklat!!!
    best giler...
    bertuah badan :-)

    ReplyDelete
  7. best nyer dapat manjakan diri..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com