Pertandingan Bowling Di Bangi Gateway


AMPANG SUPERBOWL - PERTANDINGAN PERSAHABATAN KELUARGA BOWLING DI BANGI GATEWAY

Hari minggu yang sibuk sekarang ini, semenjak daddy budak-budak ini bekerja di hari Sabtu. Kami mempunyai satu hari seminggu sahaja untuk beriadah di hujung mingu bersama-sama. Demi mencari rezeki keluarga kami. Ahad baru-baru ini, daddy telah terpilih untuk mewakili keluarga untuk perlawanan persahabatan bowling. Bertempat di Ampang Superbowl Bangi Gateaway. 

Bila daddy ada games, kita tak nak konsentrasi daddy terganggu. Untuk berikan anak-anak feel yang sama. Seperti biasa 1 lane untuk anak-anak bermain. Bukan main baling-baling bola bowling. Kita main tolak je bola bowling tu. hehehehe





Kalau dah kene keluar pagi-pagi. (Yang tak berapa nak pagi sebenrnaya).Mood anak-anak pun suam-suam kuku kata orang. Nak belikan makanan untuk anak-anak pun dah macam tak sempat, perlawanan di jangkakan bermula pada jam 10.30 pagi. Tapi, kami 10.40 pagi pun masih belum sampai. Dasat,kan ! NAsib baik lah makcik bebudak ini dah belikan sesiap makanan. Menumpang sekaki lah bebudak dan mak budak ni.


Selfie bertiga sahaja...daddy tengah sibuk. Biar daddy fokus dengan perlawanannya.


Inilah wajah-wajah JUARA. Kumpulan bowling yang di wakili oleh bapa mertua, suami ku (mestilah,kan !), abang ipar, adik ipar dan sepupu-sepupu sebelah suami.



Yeay!!! Kami ucapkan TAHNIAH buat kumpulan daddy. Dan TAHNIAH untuk daddy kerana mata tertinggi untuk pusingan yang kedua. Berapa mata daddy? Erm..biarlah rahsia ...hehehe

Best ke Ampang Superbowl Bangi Gateway ini? BEST !! Sebab tandas ada dalam tempat bowling ini. Tapi, ada yang tak best...palang atau alat bantuan untuk budak-budak main tak ada.

Berbanding dengan tempat bowling di IOI Putrajaya (entri lepas di : SINI ) , anak-anak boleh bermain dengan alatan bantuan. Tapi, tandas pula jauh nak pusing.

Lain tempat, lain lah caranya kan !! Eh..eh..eh mummy ni...KOMEN aje tau ....
4 comments on "Pertandingan Bowling Di Bangi Gateway"
  1. Wahhh... bestnye hujung minggu bersama keluarga. Tahniah buat suami akak sebab menang. Haha

    ReplyDelete
  2. lama tak lepak bangi gateway huhuuu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya main bowling.. Lame dah tk riadah..")

    ReplyDelete
  4. yayac jujur ni...yayac tak reti main boling..hihihihi

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com