Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN.


Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kempen kesedaran untuk ibu menyusukan anak mereka secara esklusif selama 6 bulan.








Sebagai seorang mummy saya memang berhasrat dari awal tempoh mengandung untuk meyusukan anak-anak saya. Persediaan awal mummy untuk menyusukan anak ialah dengan menyediakan diri dan keluarga. Banyakkan membaca buku dan artikel berkaitan penyusuan susu ibu. Selain itu, sering dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu dengan doktor dan jururawat klinik kesihatan atau hospital kerajaan ketika pregnancy check up. Perancangan rapi seperti penyediaan bekas susu simpanan dan pam susu amat penting untuk persiapan penyusuan.




PENYUSUAN ANAK PERTAMA

Pada 22 Mac 2013, saya telah melahirkan seorang puteri bernama Dhia Batrisya. Di lahirkan secara emergency ceaserian. Selepas pembedahan selesai, Dhia Batrisya terus di masukkan ke NICU untuk pemerhatian sepenuhnya dari pihak pakar. Saya sangat berdukacita kerana tidak dapat menyusukan untuk kali pertama. Saya tidak berputus asa, malah gigih pam susu di Hospital Serdang. Hospital Serdang adalah sebuah rakan bayi iaitu hospital yang menyokong penyusuan ibu sepenuhnya. Segala botol susu tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam. Nasib baik, mereka menyediakan pam susu elektrik untuk di pinjam oleh ibu-ibu di wad Hospital Serdang. Dapatlah saya mengepam susu untuk mengeluarkan kolostrum untuk di berikan pada anak saya kali pertama.



MENGANDUNG ANAK KEDUA

Dhia Batrisya masih menyusu  dari susu badan mummynya sahaja. Pada umurnya 6 bulan, kami telah menerima berita gembira. Iaitu telah mengandungkan adik kepada Dhia Batrisya. Teruja dengan kehamilan sekali lagi. Dalam masa yang sama, saya amat risau tentang penyusuan Dhia Batrisya. Sedih untuk putuskan penyusuan badan. Doktor juga meminta saya berikan alternatif lain untuk Dhia. Nasib pada masa itu umurnya sudah 6 bulan. Dhia sudah boleh di berikan solid food.  Sepanjang kehamilan anak kedua. Saya amalkan pemakanan sihat. Kerana saya ingin menjaga nutrisi bagi 3 orang (diri sendiri, anak yang sedang menyusu dan anak yang sedang di kandungi).



Sepanjang kehamilan saya, Dhia terus tidak mahu minum susu badan melalui botol susu. Dhia hanya mahukan direct breastfeed. Setiap kali waktu rehat. Saya korbankan masa rehat saya untuk menyusukan Dhia. Saya tidak membuat EBM (simpanan susu beku). Hanya direct breastfeed sahaja sepanjang tempoh kehamilan anak kedua. Saya akan menyusukan direct breastfeed pada waktu pagi sebelum pergi ke pejabat, waktu rehat dan balik kerja. Alhamdulillah, susu badan mencukupi untuk Dhia sepanjang kehamilan kedua saya.




KELAHIRAN ANAK KEDUA

25 Jun 2014, saya telah melahirkan seorang putera bernama Dzal AIdi Fiqry. Bersalin secara pembedahan juga. Ada yang berkata, bersalin secara pembedahan ni. Susu badan tidak akan ada pada hari pertama? Ok itu tidak benar sama sekali. Saya dapat menuyusukan anak saya sejurus selepas pembedahan. Setelah pulang ke rumah dari hospital sehingga hari ini. Saya masih menyusukan dua orang anak saya.



Syukur, sehingga kini saya dapat susukan anak sepenuhnya secara esklusif 6 bulan dan dapat diteruskan sehingga berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.



Kenapa mummy memilih menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan dan di teruskan sehingga berumur 2 tahun? Kerana banyak kebaikan untuk ibu dan anak seperti :-






Kebaikan Susu Ibu untuk anak:-


Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan :-

  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. 
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  •  Susu ibu, terutamanya kolostrum dan menguatkan sistem imuniti bayi.
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lai
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  •  Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



 

Kebaikan Ibu yang menyusukan anak:-




  •          Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  •          Membakar kalori (sehingga 600 kalori) dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  •          Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  •          Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan:



  •          Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  •          Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
  •          Jimat perbelanjaan seisi rumah.

 

MERANGSANG PENGHASILAN SUSU.




Sentuhan kulit bayi dan anak.



Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama serta merangsang penghasilan susu.



Permulaan awal



Bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti merengek atau memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.



Menyusu mengikut kehendak bayi



Menyusu mengikut kehendak bayi bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.



Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)



Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.




Untuk ibu berkerjaya, boleh cuba untuk membuat susu simpanan (EBM). Mummy juga membuat stok untuk di bekalkan ke rumah pengasuh.



9 comments on "Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN."
  1. Seriau wawa baca ban operate tu.. Memang susu ibubsgt bagus uyk bayi, dpt timgkatkan imun dioerg disamping merapatkan lagi anak n ibu..

    ReplyDelete
  2. Susu ibu adalah yg terbaikkkkk

    ReplyDelete
  3. seronok nya dpt chance bf 2-2 anak.. sayang plak rasanya putuskan susu irine.. betul bf ni dapat eratkan kasih syg anak dengan ibu.. waktu bf, dia tenung kita, alahai..syahdunyaa

    ReplyDelete
  4. saya sokong! alhamdulillah tiada masalah bagi ketiga-tiga anak saya

    ReplyDelete
  5. Sememangnya amat bagus jika dilakukan sebegini . Segala khasiat yang akan diperoleh oleh bayi tersebut

    ReplyDelete
  6. Susu Ibu yang Terbaik !!.. Titisan Emas yg tiada tandingan... kurniaan dr Ilahi...

    ReplyDelete
  7. suka entry ni...tapi pelik tang mengurangkan kolesterol tu...hehehe...asal la macam tak kurang je ni...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah BF ag.. sbb blom kawen. Hehe tp dlu ng mak..sampai dh masuk tingktan pon still nyonyot pting mak.. hehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com