BAJET SHOPPING ONLINE DI ZALORA DENGAN RM100 UNTUK 5 BARANG ! MURAH DAN BERBALOI !
Entri yang lepas, mummy ada cerita pasal bajet mummy beli pakaian lebih kurang RM100 untuk 5 helai. Kali ini, cerita yang sama gak, bajet RM100. Tapi, kali ini..bajet untuk membeli-belah di Zalora. Pening juga nak beli barang dengan bajet RM100 ni ! Mana tak pening. Nak yang murah, nak dapat banyak dan nak yang lawa gak ! Haru mummy ni !
Tahun lepas, mummy bajet RM100 pembelian di Zalora juga. Masa tu, mummy memilih pembelian tudung Sugarscarf Limited Edition. Tudung raya kekononnya. Nak jugak merasa pakai tudung mahal sekali sekala. Tapi, tak sampai RM100 pun, harganya RM99 sahaja !
Berbalik kepada pemilihan bajet RM100 di Zalora, akhirnya....mummy memilih beli pakaian juga ! Pilihan brand kali ini, Mummy nak mencuba produk dari Zalora sendiri !
Love Fridge Hem Jacket - RM39.90
Koleksi jaket kasual mummy memang tak banyak dalam almari tu. Jadi....Pemilihan pertama shopping online ni, mummy pilih jaket !
Ripped Jersey Long Sleeve Tee - RM29.00
Pilihan kedua mummy, semestinya baju lengan panjang kasual. Niat di hati, nak mencari warna hijau gelap. Tapi, tak jumpa pulak harga mampu milik. Akhirnya hitam juga pilihan di hati. Ok juga hitam ni kan ! Tak nampak kotornya. Kalau pakai. Senang jaga !
Saiz M, sedang elok mummy pakai. Tak sendat sangat, tak kecil sangat, tak singkat sangat dan tak terlalu besar!
Stripe Long Sleeve Twin Pack T-Shirt RM29.00
Pemilihan seterusnya, mummy pilih baju lengan panjang juga. Baju ni pakej dua (2) helai terus ! Satu untuk mummy dan satu untuk daddy ! Sedondon gitu !
Mummy pilih saiz M. Tapi, saiz M untuk jenis ini agak besar sedikit. Lengan tangan pun panjang sedikit. Daddy pakai pun, besar sedikit. Almaklumlah dia tu suka yang fit ! Nak tukar balik dengan Zalora macam malas. Sebab Dhia dah koyakkan kertas invois. Lengan tu nanti lipat je la kot !
Owl Hijab Pin - RM7.00
Jumlah keseluruhan dah jadi RM97. Ada lagi RM3 nak cukupkan RM100. Tapi, mummy tak jumpa barang RM3. Jumpa pin tudung RM7 ni je.
Tak pe la..Tambah sket nanti. Mummy pun terus beli satu (1) set hijau pin yang comel ini. Sebab koleksi pin hijab mummy ada satu (1) set sahaja kat rumah tu.
Jumlah keseluruhannya dah jadi RM104.00. Lebih RM100 pulak ! Tak pe lah kan. Bukan senang nak bagi ngam-ngam RM100. Lagi pun delivery chargers PERCUMA dah tu. Jimat banyak !
Website : Zalora
Berbaloi ni....bila zalora nak bagi kat i plak ni...
ReplyDeletewa best best :)
ReplyDeleteKalau beli kat Zalora ni, rasa semua nakkk..
ReplyDeleteRambang mata kalau buka zalora tu...
ReplyDeleteNgeh2
syoknya shopping :D
ReplyDeletewahh tshirt ala ala couple gituw biru tu hehe.
ReplyDeletebetul tu RM100 memang cukup sangat nak beli bebanyak kat Zalora sebab kc dulu pun dapat gak and puas hati dgn servis kat Zalora :)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com