RAWATAN KECANTIKAN MUKA DAN PELANGSINGAN BADAN DI MAYFAIR BODYLINE PAVILION KUALA LUMPUR


Salam dan Selamat sejahtera semua !

Lama betul mummy tak ke pusat kecantikan untuk buat facial dan juga rawatan badan. Nak ikutkan, sebulan sekali kita kena jaga kulit muka dan badan ini.

Kebiasannya, mummy bersihkan dan melakukan pembersihan muka di rumah sahaja...biasanya, perkara asas je mummy buat. Cuci muka, pakai toner, pakai pelembab, serum, skrub dan mask muka.

Tapi, bila cuci kurang bersih, akan terjadi pula pori tersumbat, pori besar, jerawat, jeragat, bintik hitam dan putih pun keluar ! Lagi bertambah masalah !

RAWATAN KECANTIKAN MUKA DAN PELANGSINGAN BADAN DI MAYFAIR BODYLINE PAVILION KUALA LUMPUR

Mummy tak mahu rumitkan keadaan...terus zaaaaaas ke MAYFAIR BODYLINE Pavilion Tingkat 7. Ada beauty center rupanya. Hahaaha kolot benar mummy...selama ini, ingatkan Pavilion tu ada tempat membeli-belah barangan berjenama sahaja.

Muka sebelum rawatan !

Rupanya, ada tempat kecantikan diri yang di khaskan !

Kali ini, mummy memilih Mayfair Bodyline untuk membuat rawatan muka dan badan. 

KENAPA MEMILIH MAYFAIR BODYLINE SEBAGAI TEMPAT RAWATAN PELANGSINGAN BADAN DAN KECANTIKAN MUKA?


Mayfair Bodyline antara pusat pelangsingan dan rawatan muka yang terkemuka di Malaysia. Kalau berkesempatan dan di berikan kesempatan. Siapa yang tak mahu ke sini, bukan?

Hasil kerja profesional dari Mayfair Bodyline mendapat testimoni yang positif di kalangan rakyat Malaysia termasuklah artis, blogger dan lain-lain.

Rugilah kalau mummy tak rebut peluang keemasan ini !!

Untuk yang belum mengenali Mayfair Bodyline

APAKAH ITU MAYFAIR BODYLINE ?


MAYFAIR BODYLINE SDN BHD (589793-M) adalah peneraju dalam bidang kecantikkan dan pelangsingan di MALAYSIA! Dengan 31 tahun pengalaman rekod cemerlang, ia turut merupakan jenama yang memperkenalkan ilmu pelangsingan dan kecantikan terkini serta mendorong gaya hidup yang sihat di Malaysia.



Sebagai peneraju pusat pelangsingan badan, muka dan pusat spa, syarikat Mayfair Bodyline sentiasa mengutamakan kesejahteraan and keselesaan. Direka sebagai pusat one stop center kaum wanita, Mayfair Bodyline bersedia memenuhi keselesaan dan kecantikankan pelanggannya dengan teknologi yang terhangat serta dengan suasana yang selesa warna hangat dan nada halus. Dikendalikan oleh pakar terapi dan perunding profesional yang terlatih dan mahir! Mayfair Bodyline berjanji , ia boleh menenangkan badan dan jiwa pelanggan yang datang dengan perkhidmatan rawatan pelangsingan dan kecantikan yang paling berkesan di MALAYSIA.



Mayfair Bodyline, pakar pelangingan yang boleh percayai!



Paras rupa sebelum rawatan 

Badan ini pun lama tak terbela, tempoh berpantang setahun lebih yang lepas tu pun macam tak berapa nak jaga. 


Setelah berat dan ketinggian di ukur, mummy terus di bawa ke bilik consultant. Mummy diberi penerangan tentang kandungan lemak yang ada di badan dan  bacaan BMI mummy. Korang nak semak sendiri pun boleh. Semak DISINI

Berat Sekarang : 60kg
Tinggi Sekarang : 151cm 
BMI : 26.3 (berat badan lebih)

Kandungan lemak dalam badan : 32 

Alamak.....semua dah lebih ni !!! Apa dah jadi?? Nangis sekejap ! Eh..tak perlu nangi-nangis. Jom buat rawatan pelangsingan badan di Mayfair Bodyline. Dalam masa 5 minit dah boleh nampak perubahan. Betul atau tidak? Ni yang mummy nak cuba ni....


Kemudian, kulit muka mummy pula di analisis ! Alhamdulillah...Tak ada masalah sangat bab kulit muka.


Cuma bintik hitam, putih dan pori tersumbat tu ada. Tipu kalau tak ada kan...baru lepas tepek make up tu kot ! hehehehe

Selesai sahaja analisis, mummy di berikan penerangan tentang rawatan yang akan di berikan untuk kecantikan wajah dan rawatan pelangsingan badan mummy.

RAWATAN PELANGSINGAN BADAN UNTUK MUMMY DI MAYFAIR BODYLINE





Mesin Slim Master Therapy adalah rawatan pelangsingan badan yang pertama untuk mummy.

Slim Master Mayfair Bodyline.

Apa yang best dengan rawatan ini? Ianya pecahkan molekul lemak tepu untuk di jadikan lemak kecil. Bila lemak menjadi kecil. Proses pembuangan lemak melalui sistem limfa akan berlaku. Semasa rawatan ini, mummy dapat dengan 
bunyi  molekul lemak ini di pecahkan. 

Jika bunyinya kuat..maka banyaklah 
lemak. 

Dalam proses ini juga badan akan melepaskan enzime LPL, dimana ia 
akan membantu seraian lemak yang berlebihan.

1 sesi Slim Master sama dengan Liposuction 
 lemak sebanyak 125mg.


Mayfair Slim Master merupakan teknologi
 pelangsingan terkini yang mengaplikasikan 
tekanan positif dan negative untuk menjana
 gelembung mikro bagi memecahkan selsel 
 lemak. 

Mayfair Slim Master merupakan 
teknologi pelangsingan 
ekslusif yang selamat, tidak invasive dan tidak memancarkan sinaran bahaya 
untuk mengelakkan kesan sampingan negatif.



Ciri-ciri Istimewa Rawatan Pelangsingan Badan Slim Master di Mayfair Bodyline :-

  • Detoksifikasi
  • Menghapuskan Lemak Degil
  • Menggalakkan Metabolisme        
  • Menghapuskan Selulit
  • Menjana resonans untuk samaan dengan Liposuction lemak sebanyak 125gm
KESAN SELEPAS RAWATAN PELANGSINGAN MELALUI SLIMMASTER :-

Mummy di berikan rawatan sebelah badan terlebih dahulu. Selesai siap, mummy dapat lihat keputusan yang berbeza di bahagian kanan dan kiri. Sebelum dan selepas rawatan. Pinggang mummy agak firm dan ada shape. Berbeza dengan sebelum rawatan.

VIBE Kinetic Therapy





Seterusnya, mummy di berikan perkhidmatan Vibe KT. Berdiri di atas alatan ini sambil pegang kiri kanan tempat pemegang.

Alatan ini akan bergetar sambil di pasang infra red.



Mesin ini di reka bentuk khas untuk membakar 500 kalori dengan masa 10 minit sahaja! Kesan ini dicapai dengan kesan getaran yang ketara, ditambahkan pula dengan bantuan Infra-merah untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan.
  • seperti 2 jam latihan fizikal (berlari atau berjogging) 
  • Sesama seperti 2 jam Tenis dan skuasy 
  • Sesama seperti  2 jam latihan pengukuhan (berenang)
  • Sesama seperti 1 jam latihan fizikal gimnasium 
  • Sesama seperti 1 jam latihan kaki


Best sangat !!


HEAT CIRCULATION TREATMENT -
 HEAT BLANKET & CLA CHILI SLIMMING WRAP



Rawatan pelansingan badan yang ketiga ini 
pun agak relax. Mummy di sapukan krim CLA - eksen yang diekstrek daripada biji cili - pada satu badan. Kemudian di balutkan dengan plastik. 

Elemen aktif dalam krim CLA dengan bantuan Heat 
Blanket akan membantu 
dalam mempercepatkan penguraian lemak. 

Heat Blanket ini juga membantu dalam otot - otot relaks dan mengurangkan pengekalan air 
yang berlebihan dalam badan.



Siap di balut, mummy baring dalam hot blanket ini. Akan rasa suam-suam kuku di dalamnya. Tunggu punya tunggu mummy pun tertido. Sedap dan selesa sangat lah tu.


RAWATAN MUKA
R3 PRO COLLAGEN REVITALISING FACIAL



Rawatan yang terakhir ialah rawatan muka, mummy telah di beri rawatan yang di namakan PERFECT SKIN I.

Muka mummy di cuci bersih, di buang segala bintik hitam dan putih.

Mesin yang digunakan ialah Mesin NL 909 semasa rawatan ini. Ianya mempunyai getaran gelombang frekuensi tinggi yang menggabungkan 10 faedah.

NL909 ION STATIC BERTUJUAN SANGAT ISTIMEWA :-

UNTUK BADAN
di lapikkan satu alas di bahagian belakang badan ketika rawatan muka di jalankan.

  • Hapuskan toksin dalam badan
  • Singkirkan minyak dalam badan
  • Tingkatkan kualiti tidur
  • Menyempurnakan peredaran darah
  • Menghindarkan sembelit
  • Meninggikan kadar metabolisma
  • Menyegarkan otot, dan mengurangkan sakit di bahagian badan.

UNTUK MUKA
  • Mengembalikan kecerahan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Merangsang kolagen




Seperti biasa mummy di berikan rawatan sebelah muka dahulu. Untuk menampakkan perbezaaan sebelum dan selepas.

Sebelah kiri adalah bahagian yang telah di berikan rawatan.
  • Kulit nampak tegang dan anjal
  • flawless
  • Cerah
  • Nampak kulit lebih sihat 




Selesai rawatan mummy untuk pelansingan badan dan kecantikan muka di Mayfair Bodyline Pavilion !

KENAPA PERLU BUAT RAWATAN PELANGSINGAN BADAN DAN RAWATAN KECANTIKAN MUKA DI MAYFAIR?

Kesimpulan dari rawatan mummy di Mayfair Bodyline ini, mummy dapati teknologi di sini amat canggih ! Satu kali rawatan dah boleh nampak perbezaannya. 

Tapi, untuk dapatkan hasil yang berpanjangan. Satu sesi ini mungkin tidak mencukupi. Beberapa sesi tambahan, mungkin membantu pelangsingan dan kecantikan muka yang berpanjangan dan konsisten. Insyaallah.


RAWATAN KECANTIKAN MUKA DAN PELANGSINGAN BADAN DI MAYFAIR BODYLINE PAVILION KUALA LUMPUR

Muka tanpa make up, selesai rawatan muka. Kulit nampak sihat dan ceria kan? Pada yang berminat untuk dapatakan RAWATAN KECANTIKAN MUKA DAN PELANGSINGAN BADAN DI MAYFAIR BODYLINE . Boleh ke Mayfair Pavilion ini atau cawangannya di tempat lain. 

Program Impian Anggun, inisiatif Kumpulan 
Mayfair dalam menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan juga menjadi 
testimoni kepada kita boleh percaya terhadap 
servis-servis yang diberikan oleh Mayfair. 

Dalam laman FB dia juga terdapat banyak tips dan informasi yang berguna 
dalam memgembalikan keyakinan diri dengan menyelesaikan masalah berat 
badan dan kulit sekalian.

Maklumat lanjut, boleh layari laman web 
berikut:


Mummy ada berita baik untuk semua!

 Untuk semua pembaca mummy, anda 
bepeluang untuk memenangi rawatan
 pelangsingan badan atau facial daripada 
Mayfair! 

Jawab soalan berikut dalam ruang komen di 
bawah:

Mengapakah anda ingin mendapat rawatan khas daripada Mayfair?

10 pemenang yang bertuah akan dipilih, jadi sertailah ramai-ramai! Jangan lupa tinggalkan komen tau!

Keterangan lanjut, sila layari :-
Website : http://www.mayfairbodyline.com/
Instagram: @mayfairbodyline



7 comments on "RAWATAN KECANTIKAN MUKA DAN PELANGSINGAN BADAN DI MAYFAIR BODYLINE PAVILION KUALA LUMPUR"
  1. flawesss dah muka.. oo nak tnya .. tk berapa paham . perlu senaman ke tak tu ?

    ReplyDelete
  2. Nampak cerah berserilah kulit mummy

    ReplyDelete
  3. mama : mmg nampak beza hehehe
    Lisa: kene juga..sbb akk tak sign up pakej.. 1x treatment tak nampak kesan 200%

    ReplyDelete
  4. wahhh...memang nampak perbezaan laaaa....

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa...lama x memanjakan diri macam ni...ntah bila la berpeluang..tahniah Linda

    ReplyDelete
  6. Wahh..terbaik..part muka tu obvious selepas rawatan, nampak flawless..

    ReplyDelete
  7. bestnya sekali sekala dpt rawatan camni..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com