PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

JOM GEGAR SIBER | PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Kata alu-aluan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusoff

Ahad lepas, Mummy telah menghadiri Majlis Minum Petang "Hi-Tea" bersama pihak pengurusan korporat PTPTN yang bertempat di Pullman Hotel, Bangsar Kuala Lumpur. Program ini, di namakan Jom Gegar Siber bersama Tabung Pendidikan (PTPTN).




Haaaa......bila sebut PTPTN semua rasa nak lari, nak marah, nak sakit hati kan ! Sebab apa? Sebab ada tunggakan, lah tu ! hehehe. Bahaya tau, bila ada tunggakan ini. Sebab PTPTN sudah masukkan rekod pemiutang ke sistem rekod hutang (CCRISS). Kalau ada tunggakan... Memang pasti, tak boleh buat apa-apa pinjaman di bank ! 



PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK


Fuh !!! Masak ni,kan? Nak beli rumah, nak beli kereta, nak mohon kredit kad... Semua TAK LULUS lah nanti jawabnya ! 


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Haaaa...naya,kan !!
Sebenarnya, mummy bukan nak cerita pasal bab hutang. Tapi, apa yang mummy nak kongsikan di entri kali ini ialah bab SIMPANAN ANAK-ANAK KITA melauli SSPN-i Plus.

Mummy lama dah tahu tentang kewujudan simpanan anjuran PTPTN, iaitu SSPN-i sebelum ini. Cuma, macam tak berapa pasti apa kelebihannya dan agak tak faham program ini. 

Kalau nak kata menyimpan..Erm..simpanan di bank, ASB dan Tabung Haji itu lebih menguntungkan. Kan?? Betul,kan? 

Eh... salah,ye?

Entah..mummy pun kurang pasti sebenarnya.


PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK



Ha, bila tengok gambar di atas, kita nampak perbezaan simpanan kita. Kan? Baru mummy nampak fungsi sebenar SSPN-i Plus ini.


APAKAH ITU SSPN-i PLUS?

SSPN-i PLUS merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pengajian tinggi. SSPN-i Plus di tambah baik dari SSPN-i sebelum ini. Di mana SSPPN-i PLUS ini terdapat perlindungan takaful yang murah dan koperehensif.

Di mana, ada beberapa pakaj komitmen yang di tawarkan serendah RM30 sebulan.


SSPN-i Plus Mempunyai Kelebihan Seperti :-

    PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

  • Komitmen serendah RM1 sehari
  • Patuh Syariah - Simpanan Islamik bukan Konvensioanal
  • Pelepasan Cukai  "Tax Relief"
  • Keuntungan Dividen (Ikut Syariah)
  • Pampasan Kematian
  • Manfaat Takaful 36 Penyakit Kritikal
  • Elaun Hospital
  • Khairat Kematian
  • Tiada Pemeriksaan Kesihatan
  • Tidak perlu Medical Check up
  • Simpanan DI jamin oleh Kerajaan
  • Layak Memohon Pembiayaan PTPTN


SYARAT PEMBIAYAAN PELAJARAN DARI PTPTN DIPERKETATKAN




PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Ada anak kawan mummy ini, sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Nottingham University Semenyih. Kos yurannya setahun adalah RM60,000 . Sebulan lebih kurang RM5,000 kene simpan. Huhuhu. 

Kalau lah kita mengharapkan pinjaman semata-mata RM60,000 untuk setahun. Yakni RM180,000 untuk tempoh 3 tahun. 

Jika harapkan pinjaman. Memang tersiksa nak membayarnya kelak tu, nanti !!

Ini, yuran zaman 2016. Lagi 20 tahun, macamana pula kos yuran Dhia dan Dzal tu, ye?

Allahuakbar ! Pening pulak mummy, di buatnya.

Nak bergantung pada pinjaman PTPTN? PTPTN pun, dah ketatkan syarat. 

SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN PINJAMAN PTPTN :


  • Pelajar atau penjaga penerima BR1M, boleh mendapatkan 100% pinjaman PTPTN.
  • Jika, pendapatan ibubapa tidak melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M, kelayakan maksimum pinjaman PTPTN sehingga 75% sahaja.
  • Manakala, pendapatan penjaga melebihi RM8,000 sebulan dan bukan penerima BR1M. Pembiayaan PTPTN yang layak hanya 50% dari jumlah maksimum.
Hrm,,,,nak tak nak. Mummy kene paksa juga, diri sendiri untuk menyimpan. Sedikit-sedikit, lama-lama membukit.

Lagi pun, anak-anak tu amanah Allah s.w.t. Tak rugi menabung untuk anak !

PAKEJ SSPN-i PLUS

PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK

Sejak mummy update pakej SSPN-i PLUS serendah RM30 sebulan di facebook dan instagram. Ramai yang PM mummy bertanyakan tentang pakej SSPN-i Plus ini.

Haaa...teruja,kan ! Memang murah sangat pakej ni.


MACAM MANA NAK REGISTER SSPN-i PLUS SECARA ONLINE?

Pakej sebelum ini SSPN-i boleh di daftarkan di pejabat PTPTN atau agen terpilih seperti bank. 

Tapi, untuk mendaftar simpanan SSPN-i PLUS ini boleh register secara online ! Mudah !



1. Klik link SSPN-i Plus ini 

2. Klik Pembukaan Akaun SSPN-i Plus










3. Selepas siap, isi butiran. Terus boleh pilih portal pembayaran menggunakan kad debit, kredit atau bank transfer.



Yeay...berjaya !! Mudah kan?



Manakala, untuk bayaran bulanan nanti. Hanya tekan butang penambahan deposit sahaja


MACAMANA JIKA NAK KELUARKAN DEPOSIT SSPN-i PLUS ?

Senang je, boleh tinggalkan minima deposit sebanyak RM1,000 


NAK TUTUP AKAUN SSPN-i PLUS BOLEH?

Boleh ! Jika nak tutup akaun, penyimpan boleh dapatkan semua simpanan yang ada berserta dividen.

Selamat menyimpan kawan-kawan, adik-adik, anak-anak !


Gambar bersama Chief Executive Officer (CEO) PTPTN - Encik Wan Ahmad Wan Yusof. 





Mummy dapat external hard disk 500GB. Jangan jeles, sangat ! Sebab lucky draw penyimpan SSPN-i Plus lagi lumayan hadiahnya. Rumah berharga RM500,000 meruapakan hadiah utama. Best tak? Mestilah best. Bukan ada rumah je. Ada kereta, motosikal dan banyak lagi hadiah untuk cabutan bertuah SSPN-i Plus ini.

Keterangan lanjut boleh layari :

Buka Akaun SSPN-i Plus : REGISTER sini
Web Rasmi PTPTN : www.ptptn.gov.my
Instagram:@instaptptn
Twitter : @twitptptn
9 comments on "PELAN SSPN-i PLUS TABUNG PENDIDIKAN NASIONAL PTPTN SEMURAH RM30 SEBULAN UNTUK ANAK"
  1. wah...rezeki tu mummy...
    Bagus sebenarnya pelan SSPN-i Plus nie...
    nieyl kalau ada anak..InsyaÁllah..nieyl akan buat yg terbaik untuk masa depan dia...
    thanks mummy...

    ReplyDelete
  2. Setuju..!! Memang banyak faedah dan manfaat account SSPN-iPlus ni..
    Mudàh lak tuu

    ReplyDelete
  3. Menarik skim dia..insya'allah ada anak nanti, boleh la plan nak menyimpan untuk dia.. ;)

    ReplyDelete
  4. bagus skim ni sebab menggalakkan orang untuk menyimpan duit..tapi tu laa kite x penah menyimpan duit..tahu menghabiskan duit je..hihi

    ReplyDelete
  5. Senang nak faham SSPN-i plus ni. Lagi2 org yg boros mcm min ni. Sesuai invest mcm ni utk future

    ReplyDelete
  6. Akak dah register pakej Intan tu untuk si kembar dah :-)

    ReplyDelete
  7. dah buka acc sspni untuk anak.. suami uruskan semua.. lain-lain info tak bape nak paham hihiii

    ReplyDelete
  8. untung sapa yang daftar sspn ni.. Time yanie blajar dulu tak ada tabung simpanan sspn ni..

    ReplyDelete
  9. aida ada sspn-i jer utk anak2 bertiga :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com