Sultan Johor Nak Tubuhkan Bank of Johor

Hari ini 14 April, merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibubapa mummy. Tahniah untuk mak dan abah ! Proud of you !

Kebetulan pula, mak abah berasal dari Johor. Viral berita hari ini, pun keluar cerita tentang negeri Johor. 


Kebetulan pula !  

Mummy terbaca berita tadi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan Bank of Johor.


Sultan Johor Nak Tubuhkan Bank of Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim bertitah. Penubuhan bank berkenaan bertujuan untuk  memberi perkhidmatan perbankan kepada rakyat negeri Johor. 

Bukan sahaja untuk tujuan perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan dan pelaburan.

“Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank of Johor ini,” titah baginda merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim.
 

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Johor dengan penubuhan 'Bank of Johor' seperti yang dititahkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. "Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dengan tilik pandang jauh DYMM Ayahanda saya, wujudnya 'Bank of Johor' bagi membantu Bangsa Johor yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tetapi juga untuk simpanan tabungan dan pelaburan"
-----

BANK OF JOHOR

I wish to congratulate the Government of Johor for the establishment of the Bank of Johor as decreed by HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim. I am very happy and grateful because with the vision of His Majesty, a Bank Of Johor now exists to help and assist the less fortunate people of Johor to get banking services not only in terms of securing housing loans or project development loans but also saving and investment.
 - HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Bangga sekejap mummy..walaupun mummy bukan 100% anak jati Johor. Sebab di lahirkan di negeri Selangor. Tetapi darah Johor tu tetap ada kan ! 


7 comments on "Sultan Johor Nak Tubuhkan Bank of Johor"
  1. Wahhhh macam menarik ni... Ehhh... Happy anniversary for your parents...

    ReplyDelete
  2. Wah, Happy Anniversary untuk Mak Ayah Sis ;)
    Hidup Johor!! ehh terover pulak

    ReplyDelete
  3. Bagus sultan Johor ini..
    Berjiwa rakyat..
    Tahu apa keperluan rakyat..
    Sehingga GST pun tiada di Johorkan..

    ReplyDelete
  4. Amazing! Terbaik cara pemerintahan Kerajaan Johor!

    ReplyDelete
  5. jeolous gile dengan orang johor! :(

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary buat parents sis =). Respect Sultan Johor...sgt berfikiran jauh dan mesra rakyat.

    ReplyDelete
  7. Nak jadi rakyat johor bleh tak?#ehhhh

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com