Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?

Hari ini Malindo Air ada buat sales, tarikh promosi tiket murah ini berlangsung dari 23 Mei 2016 hingga 29 Mei 2016. Nak ikutkan dari iklan, harga tiket flight Malindo Air memang murah sebab harganya dari RM9. Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke? Ha..dah kata RM9 katanya..meroyan sekejap  mummy ni ha! Mau mummy tak meroyan, gigih tunggu jam 12 tengah malam tadi tau ! Nak sangat booking tiket murah tu ! Sebelum ni, mummy ada gak tengok-tengok harga tiket MAS dan juga Air Asia

Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?


Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?

MALINDO AIR

Ini iklan Malindo Air. Serendah dari RM9 je tiket untuk perjalanan domestik. Yeay...boleh gi Kelantan naik Malindo Air lah nampaknya ni. Mummy terus buat booking, kekonon nak grab harga murah tiket flight ke Kelantan.

Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?

Malindo Air punya wesite memang agak sesak, tak lepas nak tengok jumlah harga KL-Kelantan, Kelantan-KL masa jam 12 tengah malam tu. Jam 2.30 pagi baru stabil. Mummy dapat tengok jumlah harga tiket ke Kelantan. Tiket kami sekeluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga RM90 sahaja.  Tapi, jumlah tu tak masuk lagi cukai-cukai yang hado. Cukai Malindo Air sahaja sebanyak RM403.95. Mak aiiiiiii..Dasyat betul cukai Malindo Air ini.

Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?

HARGA TIKET FLIGHT MALINDO AIR vs MAS vs AIR ASIA


Kalau nak di bandingkan return ticket KL- Kelantan dengan Malaysia Airlines (MAS) pula sebanyak RM468.52 termasuk cukai RM98.52.

Air Asia pula.. dalam RM700. Harga tarikh yang sama...flight yang berbeza. Kenapa perlu pilih yang mahal. Ye dak? hehehehe. Jadi..Air Asia tu. Awal-awal dah reject kot. Tu.. jauh benau dah tu harganya !

Yang mana satu pilihan hati ye...

Hrm...susah nak buat keputusan.

Mummy tak booking pun ticket flight ini. Masih dalam berkira-kira lagi nak naik flight ke kereta untuk pergi Kelantan.
4 comments on "Malindo Air Tiket Semurah RM9. Betul ke?"
  1. singgah pagi..
    nieyl pun klu btl² nak naik fligh...nieyl akan buka semua website..
    akan buat perbandingan..supaya kita boleh buat pilihan dgn berjimat cermat..

    ReplyDelete
  2. akak rasa kan Linda, better naik kereta sebab boleh singgah banyak tempat...tapi kalau nak mudah boleh jer naik flight..cuma kenderaan nak berjalan jer la kena sewa kot kan...apa2 pun buat pilihan yang tepat ye

    ReplyDelete
  3. lela usha jugak. ingat betul2 rm9. hui kecewa tengok dri kl - trnggnu smpai 2 3 ratus.

    ReplyDelete
  4. Siqah lebih suka naik flight. Cepat dan pantas. Cuma kalau nak singgah makan ke apa tu, tak dapatlah..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com