Menonton Filem Angry Birds Bersama Keluarga, Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Bersama Ronald McDonald

Menonton Wayang Di TGV Filem Angry Birds bersama Ahli Keluarga, Kanak-kanak Dari 3 Buah Rumah Kebajikan Bersama Ronald McDonald


Sabtu lalu, bertempat di TGV Bukit Indah, Johor Bahru, mummy di beri kesempatan untuk bekerjasama dalam aktiviti program amal yang melibatkan 3 buah rumah kebajikan sekitar Johor Bahru anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) MALAYSIA iaitu program menonton wayang filem Angry Birds bersama-sama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian.



MENONTON FILEM THE ANGRY BIRDS DI TGV BUKIT INDAH JOHOR BAHRU


Filem The Angry Birds merupakan filem animasi adaptasi dari games yang agak terkenal di seluruh dunia. Siapa yang tak tahu dan tak kenal Angry Birds,kan? Dhia dan Dzal pun kenal! Games Angry Birds...antara games kegemaran kami sekeluarga. Bila The Angry Birds di jadikan filem, mummy dan anak-anak sangat teruja nak tonton ! 






Ini merupakan kali kedua anak-anak menonton wayang. Kali pertama mereka tengok wayang adalah pada Hari Ibu tempoh hari. Kali ini, juga agak istimewa buat anak-anak. Kerana mereka dapat menonton wayang bersama anak-anak yang kurang bernasib baik dari 3 buah rumah kebajikan sekitar Johor Bahru dan juga menonton wayang bersama Ronald McDonald. memang seronok sangat Dhia dan Dzal !

Sebelum tayangan bermula..kami sempat bergambar dengan kanak-kanak dari 3 buah rumah kebajikan ini bersama Ronald McDonald :-

Asrama Kebajikan Ar-Rayyan - Persatuan Insani Darul Takzim


Dhia bersalam-salaman dengan kakak-kakak dari Rumah Kebajikan Ar-Rayyan

Ronald McDonald bersalam-salaman dengan anak-anak dari Rumah Kebajikan Ar-Rayyan



Muka ceria dari anak-anak ini...di sebaliknya mungkin ada terpalit kesedihan atau keperitan yang kita tak nampak 

Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos 





Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Islam Pontian Johor



Mummy sangat bersyukur sangat dapat bersama-sama kanak-kanak ini, meraikan kegembiraan bersama-sama menonton wayang filem Angry Birds. 

Bersama-sama, anak-anak yatim, miskin, asnaf dan yang kurang bernasib baik ini, sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri ini. 










Masing-masing ambil tempat masing-masing mengikut nombor tempat duduk yang disediakan. Kali ini, kami dapat duduk di tempat duduk berkembar (twin seat). Paling atas, sederet dengan Ronald McDonald.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN IKHLAS DARI RONALD McDONALD HOUSE CHARITY (RMHC) KE RUMAH KEBAJIKAN YANG TERLIBAT


Sebanyak RM5,000 untuk Persatuan Insani Darul Takzim

Sebanyak RM5,000 untuk Villa Paulos

Sebanyak RM5,000 untuk Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pontian

Selesai majlis penyampaian sumbangan, tayangan Angry Birds terus ditayangkan.


"The Angry Birds Movie" 2016

Filem animasi "The Angry Birds Movie" 2016 merupakan sebuah film animasi Hollywood terbaru oleh dua sutradara sekaligus iaitu Clay Kaytis dan Fergal Reilly. Di tulis oleh Jon Votti. 


Sinopsis Film The Angry Birds Movie (2016)


Filem "The Angry Birds Movie" menceritakan tentang kehidupan sekelompok burung yang hidup di sebuah pulau, mereka iaitu Red (Jason Sudeikis), Chuck (Josh Gad) dan Bom (Danny McBride). Red adalah ada salah satu ekor burung yang mempunyai masalah dengan emosinya.

Suatu hari, ada sebuah kapal yang membawa sekumpulan khinzir yang di pimpin oleh Leonard. Kedatangan Leonard dan kawan-kawannya merubah kehidupan Red bersama teman-temannya. Rupanya, kehadiran khinzir itu mempunyai niat tersendiri. Hubungan Red dan kawan-kawannya mulai terusik. Red telah menyelinap kapal khinzir, dia dapati ada niat tak baik. Tekaan Red benar, sekelompok khinzir tersebut ingin mencuri telur-telur mereka. Pada mulanya, kawan-kawan Red tak percaya.

Setelah lama-kelamaan, kekacauan khinzir-khinzir tersebut mulai menjadi-jadi. Akhirnya semua percaya. Red bersama dengan Chuck, Matilda, Bomb dan yang lainnya cuba untuk menyerang balik para khinzir jahat tersebut, demi keselamatan telur-telur mereka.

Review Film The Angry Birds Movie (2016)


"The Angry Birds Movie" 2016 merupakan sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah game bernama "Angry Birds". Film ini ternyata berasal dari Finlandia, dan dalam pembuatan filem ini, Columbia Pictures telah mengeluarkan dana sekitar 80 Juta USD untuk membuat filem ini untuk menjadikannya menarik di mata penonton.

Apa yang mummy rasa menariknya filem The Angry Birds Movie ialah karakter Angry Birds sedikit berbeza dengan yang ada di dalam video game. Nak tahu apa perbezaannya? kenelah tonton filem ini. Tak best lah kan, kalau semua mummy cerita !

Mummy berikan 8/10 bintang untuk filem ini, kerana sesuai untuk tontonan kanak-kanak, jalan cerita yang tak bosan, ada lagu-lagu rancak dan efek filem ini sangat perfect, penuh warna warni !

Krew dan Pelakon yang terlibat dalam The Angry Birds Movie (2016)


Genre : Animasi, Adventure
Sutradara : Clay Kaytis, Fergal Reilly
Produser : John Cohen, Catherine Winder, David Maisel
Penulis  : Jon Votti

Antara suara yang terlibat dalam The Angry Birds Movie :

Jason Sudeikis sebagai (Red)
Josh Gad sebagai (Chuck)
Danny McBride sebagai (Bomb)
Bill Hader sebagai (Leonard)
Peter Dinklage sebagai (Mighty Eagle)



Selesai sudah tayangan Angry Birds, semua kanak-kanak dari 3 rumah kebajikan di hidangkan HAPPY MEALS dari Mc Donalds untuk makan tengah hari.

TENTANG RONALD McDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC) MALAYSIA



Ronald McDonald House Charities (RMHC) MALAYSIA 
(RMHC) Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan non-profit organisation . Ianya adalah sebahagian daripada 300 bahagian RMHC di seluruh dunia dengan visi yang jelas untuk membantu dan meringankan beban kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu kanak-kanak ini untuk mencapai impian mereka.


Untuk sumbangan dan keterangan lanjut mengenai Ronald McDonalds House Charities (MHC) Malaysia, sila layari http://rmhc.org.my
3 comments on "Menonton Filem Angry Birds Bersama Keluarga, Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Bersama Ronald McDonald"
  1. Sesekali terlibat dlm aktiviti mcm ni mmg best kan..akak dulu selalu join aktiviti ni masa jd PR event management... Seronok Sgt...

    ReplyDelete
  2. Bonde tak berkesempatan lagi tengok Movie ni... memang ada cadangan nak pergi tengok hi hi hi..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com