MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY


APA? DAH MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY??


Lama benau mummy simpan entri DIA SEMANIS HONEY dari episod 1 hinggalah dah minggu akhir DIA SEMANIS HONEY tak siap-siap hehehe. Ni gigih nak siapkan. Ohoiiii...penyakit apakah ini duduk dalam draft lama sangat, mummy oi ! Huhu..


MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY


Mummy suka layan drama yang chicky chicky, fun, straight forward macam DIA SEMANIS HONEY. Setelah penat kerja, jaga anak, kemas rumah dan macam-macam benda-benda yang kadang-kadang boleh merungsingkan fikiran. Adakalanya, mummy nak tonton cerita santai-santai je di rumah. Sambil relakkan otak dan fikiran. Terapi !

Lagi satu, mummy nak sangat tonton lakonan Nana (Siti Nordiana). Zaman muda-muda dulu mummy adalah salah seorang dari ahli Nana FC (Fan Club). Siap berkampung kat rumah mak pak Nana di Taman Puteri Chreas (rumah kartun) dulu. Dok ikut Nana buat road show sampai ke Perak. Tapi tu, dulu lah... Zaman muda mudi.

Sekarang?? Tak ada daya lah kot nak ber fan club lagi. Banyak kerja penting nak buat dan nak meng'kais' huhu.

Tapi, kan...masa episod awal DIA SEMANIS HONEY ini, mummy dah meroyan dah. Kenapa lah (Honey) Hani Safira pilih Ahnaf, dah la suka berahsia..pastu suka buat tindakan yang mengecewakan (batalkan majlis pernikahan semasa majlis). Hrm...walaupun niatnya tu baik. Nak bantu ex-girlfriend dia yang sedang menghidapi kanser tu kan. Apa salahnya terus terang dari awal dengan (Honey) Hani Safira. Tak suka betul lah, perangai lelaki gini ! Maaf..mummy emo sekejap hahaha !

Dalam masa yang sama, Adam Hazrul kan hado ! Setia menanti kot 3 tahun cinta si (Honey) Hani Safira tu.

Dok meroyan sendiri tengok cerita DIA SEMANIS HONEY lak ye ! Daddy sampai tegur..ala...tu drama je la. Drama melayu typical gitu lah ! Hrm..orang lelaki tu je lah dia tahu..

GIGIH REKOD SEMUA EPISOD DIA SEMANIS HONEY



MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY

Esok episod last untuk DIA SEMANIS HONEY. Berdebar-debar juga nak tengok sebab perangai jahat si Bella dan Dato (majikan Bella) semakin menjadi-jadi.

Huhu walaupun mummy tahu, hero dan heroin tak akan mati ;)

SINOPSIS DIA SEMANIS HONEY

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?


LAIN TENTANG DRAMA DIA SEMANIS HONEY



JUDUL : DIA SEMANIS HONEY

EPISOD : 16 Episod

TARIKH TAYANGAN : 2 Mei 2016

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
NOVELIS : Dila Dyna
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren, Lan Kristal, Adam Mika, Zainol Macwiilson, Danish Hazriq, Fatihah Baharum

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana sebagai Hani Safira
Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul
Hafeez Mikail sebagai Hanafi
Farez Ridzwan sebagai Hakimi
Ziha Salleh sebagai Ara
Nadya Syahera sebagai Bella
Falisha Crossley sebagai Ariana
Aleza Shadan sebagai Puan Munirah
Nina Juren sebagai Puan Sri Hartini
Lan Kristal sebagai Hafiz
Adam Mika sebagai Nabil
Zainol macwiilson sebagai Dr Farid
Danish Hazriq sebagai Rayyan
Fatihah Baharum sebagai Aishah

LAGU TEMA / OST DIA SEMANIS HONEY
Tajuk : Memori Berkasih
Artis : Alif Satar & Siti Nordiana


3 comments on "MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY"
  1. Rajin tgk tv.. ss x sempat nak layan.. mcm best je citer ni

    ReplyDelete
  2. laaa, nak habis dah citer ni..pasni takde dah laa yang meroyan kat ahnaf lagi..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. tak layan cerita ni..tengok sinopsis macam best..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com