Online Business atau Jualan Dalam Dalian Mungkin Akan Di Kenakan Cukai Tahun Depan

Berita hangat semalam, online business atau jualan dalam talian mungkin akan di kenekan cukai oleh Kerajaan. Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai ke atas online business / perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini.

Online Business atau Jualan Dalam Dalian Mungkin Akan Di Kenakan Cukai Tahun Depan

Online Business atau Jualan Dalam Dalian Mungkin Akan Di Kenakan Cukai Tahun Depan 2017



Huhu mummy pun, buat online business atau jualan dalam talian juga ni. Acaner lah, kalau benda ini approved ya ! Beli barang pun dah kene GST, pos barang pun ada GST, semua lah ada GST kot. Tang mana lagi nak cas cukai tu,  ye? Takat jual barang kecil-kecilan je kot..mummy bukan bisnes besau puluhan ribu sebulan.

Impaknya pula,,semua barang akan naik harga lah cenggini. Nak kene tampung kos CUKAI pulak. Betul,tak? 

Nak dapat untung ribu-ribuan sebulan pun belum tentu lagi..

Tak pe mummy...mummy tok sah melenting lagi.. bab kene cukai untuk online business atau jualan dalam talian. Ini baru cadangan je, ni !! 

........
...
.

Pihak LHDN yang telah menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan membuat kajian tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, MOF sudah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu.

"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperolehi pendapatan boleh dicukai.

"Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam - Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Irwan berkata pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat-syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan pihak SSM.

"Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang mereka perolehi," tegasnya.

Menurutnya, kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai.



Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000.



Terdahulu, ketika berucap, Mohd Irwan berkata kerajaan kekal komited kepada inisiatif pengukuhan fiskal dalam usaha memantapkan kedudukan kewangan serta bagi mencapai sasaran bajet seimbang pada 2020.

Beliau turut menyuarakan rasa optimisnya bahawa hutang kerajaan dapat berada di paras kurang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kita berharap dapat merendahkan lagi paras itu kepada kurang 50 peratus menerusi langkah pengurangan pembaziran serta perbelanjaan secara berhemat, namun ini pastinya akan memakan masa," katanya.

Mengulas tindakan melindungi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan, beliau berkata MOF kini bekerjasama untuk melaksanakan penggubalan akta Syarikat Milik Kerajaan dan GLC (SOGA).

Jelasnya, SOGA bertujuan memantapkan GLC dan memacu ekonomi domestik dan pada masa sama membolehkan syarikat berkenaan kekal berdaya saing baik di peringkat tempatan serta global. 



Sumber: BERNAMA


3 comments on "Online Business atau Jualan Dalam Dalian Mungkin Akan Di Kenakan Cukai Tahun Depan"
  1. Kalau pendapatan sikit je, dorang tak boleh mintak cukai. Ok la. Kihkih. Sikit2 cukai, sikit2 cukai. Haih

    ReplyDelete
  2. sekarang ni sana sini cukai kan
    sampai bisnis online pun dah nk kena cukai
    kdg kesian dgn peniaga kecil2an ni kan

    ReplyDelete
  3. Mcm MN kita nk cari duit sampingan..menteri pun suruh buat 2 kerja kan..acaner kalau semua Di kenakan cukai...aduhai....

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com