Pekena Boat Noodle Jaya One Petaling Jaya sebelum puasa aritu. Sebelum ini , mummy pernah ke Boat Noodle Damansara . Boa Noodle Damansara memang ramai sangat pengunjung...beratur punya lah lama. Tapi, mungkin sebab datang sekumpulan kot ! Tu yang amek masa sedikit nak dapatkan meja makan. Dan...Baru-baru ini, mummy ada ke Boat Noodle lagi. Tapi buka di Boat Noodle Damansara. Mummy sekeluarga ke Boat Noodle Jaya One Petaling Jaya. Kebetulan ada event di sana. Datang awal nak lunch dulu. Tetiba ternampak Boat Noodle. Terus bawa semua ke Boat Noodle untuk lunch. Tak sesak sangat, mungkin kami datang awal pada waktu itu.
Gelagat anak-anak dengan sepupu mereka. Bab nak berjalan memang sangat tak sabar.
Tenang Makan di Boat Noodle Jaya One Petaling Jaya
Dah sampai Boat Noodle Jaya One PJ, Tok abah pertama kali nak makan Boat Noodle. Ayat pertama keluar dari mulut Tok abah, " tak mahal ke makan sini?" Berapa harga makanannya?". Mummy senyum sambil jawab soalan Tok abah bebudak ini,"Tak mahal, abah. RM1.90 je semangkuk!"
"eh..murahnya..betul ke tempat macam ni makanannya murah?" ..Abah ni, memang jimat orangnya..tak suka membazir. Bab harga maknanan, memang sangat particular.
Selfie bersama-sama sebelum makan. Kami order teh ais dan green tea ice. Kongsi anak-anak dan anak buah. Teh di Boat Noodle ni memang sedap ! Tok abah and tok mak pekena air teh botol je.
Menu standard di Boat Noodle. Ada 4 jenis. Empat-empat kami amek untuk 2 set ! Kongsi reramai !
Cuma kan...Mangkuk di sini sumbing-sumbing. Kene hati-hati bila anak makan. Mummy dah cuba minta tukar mangkuk lain. Tapi, staff sini kata...memang mangkuk mereka macam tu. Semua sumbing..huhu. Pasrah je lah !
bertingkat-tingkat !
berselera sungguh Bella dan Rayyan
Habes !! Ni yang mummy sayang korang ni ....tak membazir !
Kenyang makan..kita main ..yeayyyy.
Alamat Boat Noodle Jaya One PJ
100-P2.033 The School ,
Jaya One, 72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Menggugat keimanan ena tengok time bulan puasa ni.. hahahaha... Dah la hantu boat noodle ena ni
ReplyDeletesedapnya... boat noodle... Bonde suka makan tom yam dia Sedap tak cukup semangkuk
ReplyDeleteNani selalu lepak sini. Itu lah memang mangkuk banyak sumbing kat sini T_T
ReplyDeletelama tak makan nih.. jue bukan 1 mangkuk bnyak2 mangkuk sebab skit sangat.. hahahah.. air teh dia perghhh nyaman kalo selalu minum mau kena potong kaki.. heheheh
ReplyDeletesemangkuk memang tak cukup. apatah lagi 4 mangkuk tu :D
ReplyDeletetak pernah lagi makan boat noodle..teringin jugak..hehe
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com