Tradisi Memberi Duit Raya

Salam Jumaat semua. Salam 3 Syawal. Ada yang dah kene kerja ke hari ini? Selamat bekerja pada yang dah mula bekerja. Macam mana tahun ni beraya? Memberi duit raya ke masih jadi penerima duit raya? Atau keduanya sekali? Seronok kan bila dapat duit raya. Mummy masih ingat kecil-kecil dulu. Sanggup berjalan satu kampung demi nak kutip duit raya. Dah dapat duit banyak-banyak tu. Masukkan dalam tabung. Tak pun pergi masukkan duit raya di Bank Rakyat. Entah kenapa Bank Rakyat dulu jadi pilihan. Mungkin sebab Bank Rakyat rajin datang kat sekolah. Senang nak deposit duit. Hahaha. macam banyak duit sangat ye !

Mak tak keje dulu, mengasuh anak orang. Tu pun tak lama, abah polis je. Bukan polis berpangakat. Polis orang bawahan aje. Berapa ratus je gaji masa tu. Tak dapat nak mewah-mewah pun. 

Bila dah besar, tradisi bertukar... mummy pula kene memberi duit raya. Sebenarnya, tradisi memberi duit raya ini amat bagus nilai murninya. Orang dahulu kala, yang cipta tradisi ini. Secara positifnya, menggalakkan tangan kita supaya rajin memberi. Bukan menerima sahaja. 

Tradisi Memberi Duit Raya


Seperti biasa, setiap tahun..Duit raya akan di sediakan oleh daddy. Daddy akan sediakan duit tukar. Untuk duit RM5 tu, memang dari awal tahun mengumpul. Duit RM1 pun sama, ada yang kami kumpulkan dari awal tahun.

Kurang beban nak berbelanja selepuk terus. bila tiba nya Syawal !

Kami laki bini memang tak berapa gemar preparation last minute. Nak raya ni..tau la kan. Belanja memang sangat besar. Kalau mampu..nak selepuk semunya tak apa !

Bajet duit raya ni...paling penting bagi kami terutamanya untuk mak abah. Duit raya untuk mak abah dan bapa mertua sendiri tu, mummy berikan atas peruntukan mummy. Daddy pun sama. Asing-asing bagi.

Sampul duit raya untuk tahun ini pula...tak banyak dapat yang baru. Guna pkai yang mana ada. Banyak koleksi tahun-tahun lepas..tak pakai lagi. Tahun ni, kita guna sampul duit raya mana yang ada je.

Untuk tahun depan, kita fikir cara lain pulak kalau dah tak ada stok sampul duit raya. Tapi, sampul raya customized family kami 6 tahun lepas (sebelum mummy kahwin) masih banyak lagi. Banyak buat order tu dulu. 

Family kecil tak ada pun sampul raya customized. Sebab daddy tak minat. huhu tapi..........mummy minat !


Sebahagiaan dari ang pow duit raya yang anak terima. Terima kasih pada yang sudi memberi. Moga kalian di murahkan rezeki selalu. Amen

3 comments on "Tradisi Memberi Duit Raya"
  1. wah...seronok..bagus cara linda ni..kumpul dari awal tahun...akak tahun ni x tukar pun duit raya...rumah pun tertutup..kami beraya kat ijn

    ReplyDelete
  2. Sama laa kita, dr awal tahun dah mula kumpul duit utk buat duit raya, tak rasa beban sgt

    ReplyDelete
  3. belum ada rezeki nak bagi duit raya tapi kite pulak yag dapat duit raya..hikhikhik

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com