Pewangi Kereta Berharga 30 Sen Je

Lama tak membela kereta mummy, dan lama juga tak pi cuci kereta. Bau dalam kereta pun hapak dah huhu. Sentiasa dok fikir-fikir, nak beli pewangi kereta. Kedekut taik idung masin? Ya, memang mummy sangat kedekut nak beli barang untuk diri sendiri. Dalam pada memikir, mummy dapat idea beli pewangi kereta yang murah. 30 sen je pewangi kereta mummy. APA?? 30 SEN. Ye 30 sen sahaja pewangi kereta mummy.



Pewangi Kereta Berharga 30 Sen Je


Mummy beli daun pandan je sebagai pewangi kereta. Ikatkan 2 helai daun pandan dalam 10 ikat. Letak tiap penjuru kereta. Yeayyyyy........jimat sudah !! Wangi pun wangi.

Mummy memang tak gemar nak habiskan duit pada kereta mummy. Sebab jarang-jarang guna kereta. Pergi kerja, mummy hanya berjalan kaki je. 

Kereta mummy ini kereta lama, dah 12 tahun umurnya. Sayang nak jual, sebab ianya pemberian mak dan abah dari zaman UiTM dulu. Sekarang buat kenderaan pi pasar, pi market dan buat jalan dekat-dekat je. Mummy pun maintain untuk yang penting-penting je. Nak bela betul-betul kereta ini, memang tak habis lah nak membela. Banyak juga sakitnya. Kereta lama,kan.........
6 comments on "Pewangi Kereta Berharga 30 Sen Je"
  1. Morning mummy...
    kalau nieyl.asben letak arang dkt bawah seat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. morning..wow..boleh try gak ni :) tq sharing ya Nieyl

      Delete
  2. Memang wangi kalau buh daun pandan.. Wangian semula jadi..

    ReplyDelete
  3. Laju2 akak klik..sekaliiiii...amboiii...daun pandan free je kat umah akak..heheh

    ReplyDelete
  4. lagi bagus kalau rajin hiris buat bunga rampai dan letak minyak wangi sikit.... harummmmm...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com