Selamat Hari Malaysia, 16 September !

Selamat Hari Malaysia 2016 buat semua pembaca blog mummy ! Yang bestnya Hari malaysia pada hari ini 16 September 2016 ialah cuti umum ! Yeayyyy sekali lagi. Cuti di hari biasa. Tak perlu ambil cuti tahun ! Jimat cuti!



Selamat Hari Malaysia, 16 September !


Kenapa ada Hari Malaysia,ye? Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963. Ianya juga sejarah bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia


16 September, Hari Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina meperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan.. akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

16 September ini, bukan sahaja cuti umum semata-mata. Sejarahnya, jangan di lupakan sama sekali. 

Moga anak cucu cicit kita akan datang memahami erti Merdeka dan juga Hari Malaysia ini.

Cuti ni, korang pi mana? Mummy pi berjalan ke Lumut,Perak. Aummmm...jom bercuti !
6 comments on "Selamat Hari Malaysia, 16 September !"
  1. Selamat hari Malaysia ya. Bersama bersyukur dengan nikmat kemerdekaan.

    Kalau pergi lumut perak mesti tak sah kalau tak singgah pulau pangkorkan

    Bestnya dapat makan seafood fresh

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Malaysia ya. Bersama bersyukur dengan nikmat kemerdekaan.

    Kalau pergi lumut perak mesti tak sah kalau tak singgah pulau pangkorkan

    Bestnya dapat makan seafood fresh

    ReplyDelete
  3. selamat hari malaysia...cuti yg penting heheh!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Malaysia..
    Sha x ke mana pun.. Berehat di rumah sahaja..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com