Resipi Mudah dan Senang Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor

Resipi Mudah dan Senang Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor. Nak juga title ala Johor kan. Padahal beranak kat Selangor. Dah kata keturunan Johor. Memang harus lah letak ala Johor kan. Hehehe. Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor ni sesuai di makan dengan sup, bihun sup atau pun pisang goreng.

Ha......hanya di Johor je jual pisang goreng bercicahkan Sambal Kicap Cili Padi.

Resepi buatnya mudah je tau..mummy memang suka buat Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor. 3minit siap !

Resipi Mudah dan Senang Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor

Resipi Mudah dan Senang Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor


Resipi ni anggaran mummy untuk 5kali makan.
  • 1 biji limau nipis untuk di perah. Boleh letak lemon atau limau kasturi juga.
  • 5 sudu kicap dan sedikit air. Ikut rasa nak cair ke nak pekat. Agak-agakkan.

Bahan tumbuk :
  • 5 batang Cili api @ cili padi sebab laki ki gastrik. Tak leh pedas sangat. Sapa suka pedas. Boleh letak 10 kot.
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih yang kecil
  • 1 batang serai
  • Sedikit halia

Cara buat Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor

1. Tumbuk semua bahan yang di tumbuk.
2. Masukkan dalam bekas bersama kicap
3. Sangai tanpa minyak. Masak sekejap. Suami saya kata untuk hilangkan pijar. Tak mahu sangai pun boleh.
4. Campurkan semua bahan dan di perahkan limau.
5. Kalau tawar boleh tmbahkan kicap atau gula dan garam. Boleh adjust ikut rasa.

Siap !!! Boleh la makan dengan sup panas atau pisang goreng. Cicah dengan ayam goteng pun sodap tau hehehe.


2 comments on "Resipi Mudah dan Senang Sambal Kicap Cili Padi Ala Johor"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com