RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Mummy memang sejenis memilih sayur, bayam antara sayur yang paling mummy tak suka. Oleh kerana mummy tak makan bayam, maka memang tak pernah masak menu bayam. Macamana kali ni mummy boleh masak tempura bayam atau lebih di kenali sebagai bayam goreng tepung, ya?

Ha..jeng..jeng..jeng. 

Mummy cuba buat tempura sayur bayam atau bayam goreng tepung. Setelah melihat kawan mummy masakkan untuk anaknya.

Macam keropok sayur gitu. Nampak macam menarik untuk di makan begitu sahaja.

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Alhamdulillah mummy boleh makan dah sayur bayam bila di masak tempura atau bayam goreng tepung.

Ranggup sangat.

Bayam ni sebenarnya antara sayur yang paling bagus. Lelagi, untuk ibu mengandung macam mummy ni ha.

Bayam mampu menjaga hemoglobin darah dengan bacaan yang baik.

Korang yang nak cuba untuk anak atau diri sendiri sangat digalakkan. Macamana nak buat bayam goreng tepung? 

Senang je..

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG


BAHAN MASAK TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Bayam
Tepung beras
Garam
Minyak masak

CARA MASAK RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG 

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Bayam di ambil daunnya. Atau pucuk sekali dengan batang bayam pun boleh juga.

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

5 sudu tepung beras

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Bancuhkan tepung beras tadi bersama sedikit air dan garam.

Bancuh jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Agak-agak airnya.

RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Goreng dalam minyak masak yang panas.

Mummy masukkan sedikit demi sedikit daun bayam tu. Supaya ianya tak melekat bila goreng banyak.

Balik-balikkan dan angkat.


RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG

Sedia di makan..anak-anak pun suka sangat. Macam keropok katanya 

7 comments on "RESEPI MUDAH TEMPURA BAYAM : BAYAM GORENG TEPUNG"
  1. Sedapnya.... Tak pernah lg buat bayam goreng tepung.... Boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Wah..boleh buat ni..senang je kan..

    ReplyDelete
  3. dah mcm rumpai laut..sedapnye rangup2

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. sedap dan udah dimasak.?

    ReplyDelete
  5. Kak Sue satu family suka makan sayur,boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  6. Nani ni pun bukanlah peminat bayam. Heheh. Boleh lah try buat yang ni pulak lepas ni

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com