Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Tetiap Tahun Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut AnakKalau kasut pilihan untuk anak-anak, memang daddy sangat particular. Selalunya, memang setiap tahun daddy peruntukan sepasang kasut clarks untuk Dhia dan Dzal. Kasut Clarks ni, tahan lama, selesa kalau berjalan lama dan kalau berlari pun tak licin.

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak


Awal tahun lagi daddy dah ngatkan mummy untuk survey kasut anak-anak. Daddy tak nak kasut raya anak last minit beli nanti ada masalah macam tak ada saiz lah, tak ada pilihan lah. 

Mummy dan daddy tak pe...tak berkasut raya pun ok. Kasut lama masih banyak. Kaki pun tak membesar mana.

Anak-anak ni, setiap tahun kaki membesar lebih kurang 2 saiz. Walaupun, setiap kali beli kasut kami belikan besar 1 saiz (nak jimat untuk pakai lama?

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Sabtu aritu daddy kerja, tak balik. Biasalah kalau projek tengah jalan ni. Jadual daddy bekerja, kadang-kadang sampai pagi. 

Demi untuk keluarga dan anak-anak. Mummy ok je..bab kerja daddy memang tak kacau sangat.

Berbalik pada hari daddy kerja pagi (lebih kurang dekat 24 jam gak la kena kerja). Tetiba daddy whatsapp mummy, tanya pasal kasut anak-anak. 

Mummy memang malas nak ke shopping mall kalau daddy tak ada. 

Tapi, bila daddy kata nak bank in duit untuk pi shopping. Terus mummy automatik jadi yakin nak shopping dengan anak-anak tanpa daddy.

Hahaha dasar perempuan kan..bab shopping laju je. Walau hakikatnya, nak beli barang anak-anak. 

Mummy dapat window shopping pun, dah rasa bahagia gilaaa...dah

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Konon-konon nak buat gaya macam iklan drama Isteri Tuan Ihsan pegang paper bag banyak-banyak.

Dasar budak drama...memang macam ni šŸ˜…

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Muka cebek...ala-ala tak dapat shopping banyak-banyak

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Ni pulak muka happy dapat shopping pada harga sales kat Clarks.

Mummy pun suka gak. Mana nak dapat 30% diskaun kat Clarks.

2nd pair je pun dapat 30% diskaunnya. Tapi, mummy dah happy gilerr.

KASUT CLARKS SALES - CLARKS 2ND PAIR AT 30%


Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Pilihan kasut untuk anak-anak. Dorang ni, dah ada taste tersendiri. Kami memang bagi dorang belajar buat keputusan sendiri.


Mummy pilih design ni untuk Dzal harga agak murah berbanding kasut lain.

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Dhia pula, minat kasut ini. Entah kali ini, cepat pula Dhia buat keputusan.

Selalunya, Dhia lah orang paling lama pilih barang. 

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Untuk Dzal Aidi Fiqry, akhirnya. Ini lah kasut pilihan muktamad. Ada gambar train tepi tu. Comel je ...

Alhamdulillah..syukur. Siap dah persiapan kasut anak-anak yang bertemakan grey. 

SERVIS KEDAI CLARKS DI AEON SHAH ALAM TERBAIK !


Mummy 1st time ke Clarks AEON Shah Alam. Dalam banyak-banyak kedai kasut Clarks. Mummy rasa, staff di sini paling the best. Peramah, siap tolong test dan bukakan kasut lama anak-anak.

Padahal kami datang dengan baju sememeh je. Tau kan sememeh tu apa? 

Anak-anak pun pakai baju tidur. Dengan Dhia berselipar jepun je.

Kalau butik tempat lain..tengok kita pakai cenggini. Haram nak layan, kan !



13 comments on "Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak"
  1. wah...kalau dah puas hati dengan satu brands tu memang susah nak tukar kan...

    ReplyDelete
  2. Cantik designnya... betul tu kaki budak2 cepat membesar...

    ReplyDelete
  3. nieyl belum pernah lagi try brand nie...
    InsyaƁllah coming soon.. :)

    ReplyDelete
  4. Senang Linda beli awal - awal kan..cantik pilihan kasut untuk anak - anak Linda..

    ReplyDelete
  5. Mummy cool tanpa daddy
    Mummy cool bawa anak shopping
    Mummy cool bila daddy topup duit shopping
    Mummy cool setiap masa. Hoyehh!!

    ReplyDelete
  6. Wah Clarks gituuu..ok dgn Dhia dan Dzal nampaknya..seronok ler tu dpt kasut baru..Dhia omey angat buat muka cebek..

    ReplyDelete
  7. wahhh... terbaik la... kg baru tau brand ni tau...comel jer gaya dhia

    ReplyDelete
  8. wah... dah shopping raya... bdk2 skrng dah pandai pilih2 kan. kita pilihkan yg ni, dia nk yg tu... layankan ajelah... hehe

    ReplyDelete
  9. kasut clarks selesa.harga pun boleh tahan dengan kualiti

    ReplyDelete
  10. Nani suka jugak brand clarks ni sebab tahan lama kasut diorang walaupun guna untuk lasak. Hehee

    ReplyDelete
  11. kalau dah setia dgn satu produk mmg susah nak tukar lain

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com