GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE

GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE . Business Card untuk blogger macam dah nak habis. Nampaknya, nak kena tempah baru. Oleh kerana kekangan masa nak mencari kedai. Mummy memilih print business card di online sahaja. Dah alang-alang buat business card blogger secara online. Mummy terus buat sticker nama Dhia dan sticker Thank You secara online juga. Mummy buat secara online kat Gogoprint je ! Korang pernah dengar kedai printing online GOGOPRINT ni?

Sebelum mummy cerita panjang tentang kedai printing online GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE. Jom tengok hasil business card dan sticker yang mummy buat di kedai printing online GOGOPRINT .


GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE





Inilah hasil business card mummy yang mummy tempah di GOGOPRINT . Hitam dan putih. Semua ini ,mummy design sendiri je.

Nak ikutkan, Gogoprint ada buat perkhidmatan design business card dan sticker. Tapi, mummy macam malas je nak dealing lelama. Mummy macam nak cepat dapatkan business card. 






Tadaaa..hasil sendiri design business card, sticker nama Dhia Batrisya dan sticker Thank You 

Main belasah je design semua tu. Kekonon terlebih rajin haha.

D.I.Y (Do It Yourself) la sangat, mummy !


APA PERKHIDMATAN YANG ADA DI GOGOPRINT?


Kalau korang nak tahu. Macam-macam boleh di buat di Gogoprint. Bagi mummy, jimat masa sangat. Sebab..Gogoprint ni ada perkhidmatan dan printing secara online.

Dalam masa 2 hari boleh siap. Jika tak ada masalah artwork.

Selain business card dan sticker. Gogoprint ada buat perkhidmatan buat letterhead company, digital booklet, offset booklet, flyers, poster, kad, poskad dan bermacam-macam lagi.

KENAPA MUMMY MEMILIH GOGOPRINT UNTUK TEMPAH BUSINESS CARD DAN STICKER? 

Kalau korang nak tahu kenapa mummy memilih Gogoprint untuk tempah business card dan sticker.

Sebabnya, Gogoprint :-

1) jimatkan masa mummy
2) kalau tak reti design, ada juga template ready made. Masukkan data kita sahaja.
3) kalau dah siap design sendiri. Boleh lampirkan design dalam bentuk pdf, jpg, jpeg atau png. 
4) pihak customer service Gogoprint akan call kita jika order kita ada mengalami masalah. 
5) servis Gogoprint sangat cepat dan efektif.

MACAMANA NAK TEMPAH BUSINESS CARD DAN STICKER SECARA ONLINE?

Kalau ada pembaca mummy nak buat business card, sticker dan lain-lain perkhidmatan di Gogoprint.

Boleh cuba ikut step ini :-


1. Daftar dan log in di www.gogoprint.com.my


Pilih pilihan item apa yang nak di tempah. 

Macam mummy ni, nak tempah business card 1 sided. Mummy memilih business card berwarna, finishing glossy dan potongan bulat di hujung kad.

Siap pilih structure business card.

Masukkan poskod kawasan, dan boleh pilih kesesuaian harga dan kuantiti.

Mummy memilih harga paling murah, delivery dalam masa 4 hari. 

Sebab nak murah dan tak berapa urgent sangat.

Harga business card mummy ialah RM51.92 untuk 2 kotak (200pcs), berwarna depan belakang.

Lebih kurang sekotak tu jatuh harga RM26 je. Murah sangat, kan?




Untuk sticker pula mummy tempah 2 jenis.

Saiz 3x3 dan 4x4. Harga pula RM33+ untuk 100pcs

Siap semua


Terus buat payment, upload design dan tinggal tunggu barang sampai depan pintu je !

Oh ya ! Harga tu dah siap kos penghantaran. 

Secara keseluruhan..mummy berpuas hatidengan kualiti percetakan dan servis di Gogoprint. 

Nak tahu lanjut lagi, terus layari ke :


Telefon : 03.26315899


14 comments on "GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE"
  1. wahhhh menarik ni. murah pun murah. macam² ada rupanya ye. TQ share info linda.

    ReplyDelete
  2. Menarik nie Linda.. nanti nak tempah juga lah..

    ReplyDelete
  3. Menariknya kak. Nak usher lah sebab memang nak buat name card pun ni.

    ReplyDelete
  4. eh !! murahnye kak kalau 2 kotak RM 51.++ tu.. em.. tapi kad kite banyak lagi.. hee~ nanti dah habis baru tempah kat GoGoPrint ni..

    ReplyDelete
  5. Murahnya..rugi buat dek je email diorang ari tu...

    ReplyDelete
  6. Wahh murah dan menyenangkan keja kita, nanti dah habis kad lama ni leh le tempah kat sini pulak. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  7. Nenarik. Ika ingat nk tukar name card design sekarang. Nak tambah beberapa gambar dalm name card. Boleh lah ika usha.

    ReplyDelete
  8. Menariknya name card dan sticker dari gogoprint.
    Kena g usha jugak ni...hihi

    ReplyDelete
  9. Nice..boleh design ikut taste sdri kn..xda la yg xpuas hati lps ni

    ReplyDelete
  10. Wah terima kasih share mmg mencari2 jugak. Kadang sticker utk nk letak nama anak. Sticker utk besday party anak. Tq😘

    ReplyDelete
  11. Menariknya dapat buat name kad dan sticker tu harga pun berpatutan. Boleh cuba order ni.

    ReplyDelete
  12. Kita pernah guna khidmat Gogoprint ni bagus mereka dan memang menikut kehendak kita lah...

    ReplyDelete
  13. Nak try guna gogo print pula. sebab memang nak buat namecard baru utk blog ni. sebab dah nak habis.

    ReplyDelete
  14. I have done order with them and the staff is helpful to assist.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com