Showing posts with label Gogoprint. Show all posts
Showing posts with label Gogoprint. Show all posts

GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE

GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE . Business Card untuk blogger macam dah nak habis. Nampaknya, nak kena tempah baru. Oleh kerana kekangan masa nak mencari kedai. Mummy memilih print business card di online sahaja. Dah alang-alang buat business card blogger secara online. Mummy terus buat sticker nama Dhia dan sticker Thank You secara online juga. Mummy buat secara online kat Gogoprint je ! Korang pernah dengar kedai printing online GOGOPRINT ni?

Sebelum mummy cerita panjang tentang kedai printing online GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE. Jom tengok hasil business card dan sticker yang mummy buat di kedai printing online GOGOPRINT .


GOGOPRINT TEMPAH STICKER NAMA, STICKER THANK YOU DAN BUSINESS CARD SECARA ONLINE





Inilah hasil business card mummy yang mummy tempah di GOGOPRINT . Hitam dan putih. Semua ini ,mummy design sendiri je.

Nak ikutkan, Gogoprint ada buat perkhidmatan design business card dan sticker. Tapi, mummy macam malas je nak dealing lelama. Mummy macam nak cepat dapatkan business card. 






Tadaaa..hasil sendiri design business card, sticker nama Dhia Batrisya dan sticker Thank You 

Main belasah je design semua tu. Kekonon terlebih rajin haha.

D.I.Y (Do It Yourself) la sangat, mummy !


APA PERKHIDMATAN YANG ADA DI GOGOPRINT?


Kalau korang nak tahu. Macam-macam boleh di buat di Gogoprint. Bagi mummy, jimat masa sangat. Sebab..Gogoprint ni ada perkhidmatan dan printing secara online.

Dalam masa 2 hari boleh siap. Jika tak ada masalah artwork.

Selain business card dan sticker. Gogoprint ada buat perkhidmatan buat letterhead company, digital booklet, offset booklet, flyers, poster, kad, poskad dan bermacam-macam lagi.

KENAPA MUMMY MEMILIH GOGOPRINT UNTUK TEMPAH BUSINESS CARD DAN STICKER? 

Kalau korang nak tahu kenapa mummy memilih Gogoprint untuk tempah business card dan sticker.

Sebabnya, Gogoprint :-

1) jimatkan masa mummy
2) kalau tak reti design, ada juga template ready made. Masukkan data kita sahaja.
3) kalau dah siap design sendiri. Boleh lampirkan design dalam bentuk pdf, jpg, jpeg atau png. 
4) pihak customer service Gogoprint akan call kita jika order kita ada mengalami masalah. 
5) servis Gogoprint sangat cepat dan efektif.

MACAMANA NAK TEMPAH BUSINESS CARD DAN STICKER SECARA ONLINE?

Kalau ada pembaca mummy nak buat business card, sticker dan lain-lain perkhidmatan di Gogoprint.

Boleh cuba ikut step ini :-


1. Daftar dan log in di www.gogoprint.com.my


Pilih pilihan item apa yang nak di tempah. 

Macam mummy ni, nak tempah business card 1 sided. Mummy memilih business card berwarna, finishing glossy dan potongan bulat di hujung kad.

Siap pilih structure business card.

Masukkan poskod kawasan, dan boleh pilih kesesuaian harga dan kuantiti.

Mummy memilih harga paling murah, delivery dalam masa 4 hari. 

Sebab nak murah dan tak berapa urgent sangat.

Harga business card mummy ialah RM51.92 untuk 2 kotak (200pcs), berwarna depan belakang.

Lebih kurang sekotak tu jatuh harga RM26 je. Murah sangat, kan?




Untuk sticker pula mummy tempah 2 jenis.

Saiz 3x3 dan 4x4. Harga pula RM33+ untuk 100pcs

Siap semua


Terus buat payment, upload design dan tinggal tunggu barang sampai depan pintu je !

Oh ya ! Harga tu dah siap kos penghantaran. 

Secara keseluruhan..mummy berpuas hatidengan kualiti percetakan dan servis di Gogoprint. 

Nak tahu lanjut lagi, terus layari ke :


Telefon : 03.26315899