CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB

CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah check dividen Amanah Saham Bumiputra - ASB ke? Mesti ramai yang runsing tak dapat nak tengok lagi dividen ASB, kan? Yang tak dapat tengok dividen ASB tu, mungkin sebab korang tak buat lagi online di myASNB . Betul, tak ? Jangan risau ! Jom mummy kongsikan CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB.


CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB
Dari tahun 2017, mummy dapat tahu yang ASNB akan hapuskan penggunaan buku. Tetapi, pengeluaran dan pertambahan unit masih boleh di buat di pejabat ASNB - PNB atau agen sah untuk ASNB - Amanah Saham Nasional Berhad.  Selepas dapat perkhabaran sebegitu, mummy dan daddy terus ke Pejabat ASNB - PNB di Seksyen 14 Shah Alam untuk register akaun ASB / ASNB secara online.





9 LANGKAH CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB


Macamana nak register akaun AMANAH SAHAM di myASNB? Jom tengok 9 Langkah CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB :- 


1. Sebelum korang CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB , langkah pertama memang wajib ke pejabat ASNB / PNB terdekat ye. Benda ni penting untuk pihak ASNB register nombor telefon kita ke sistem mereka. Kiranya, untuk keselamatan dan TAC purpose.


2. Selesai register di pejabat ASNB - PBNB , seterusnya korang dah boleh ke website ASNB iaitu di https://www.myasnb.com.my/


CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

3. Klik di bahagian "Daftar di sini" (kanan sebelah atas)

4. Jawab beberapa soalan dan terma syarat ASNB

5. Masukkan butiran No Kad Pengenalan dan salah satu akaun yang korang ada di ASNB samada ASB, ASB, ASW2020, atau apa sahaja amanah yang korang ada.



CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

6. Seterusnya, masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan ASNB. Dalam masa beberapa saat, pihak myASNB akan berikan TAC dan korang isikan nombor TAC tersebut.

CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

7. Isi butiran seperti di atas dengan lengkap dan klik butang TAMAT di bahagian penjuru bawah sebelah KIRI

CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

8. Bila dah terima kata laluan sementara (temporary password) dari myASNB. Korang boleh klik ke butang LOG MASUK dan masukkan kata laluan sementara serta menukarkannya kepada kata laluan sendiri (password sendiri)



CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

9. Tadaaaaa...TAHNIAH ! Anda selesai register online untuk akaun ASNB korang ! Lepas ni korang bolehlah CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB ye. Jangan lupa passoword, udah !

Di sini, korang bukan je boleh lihat akaun ASB korang je tau, kalau korang ada akaun ASN / ASW2020 / AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA atau lain-lain amanah. Korang dapat lihat kesemua akaun di my ASNB ni. Mudah, kan! 


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, korang boleh direct berhubung dengan pihak ASNB di :

Telefon : 03-2057 3000




11 comments on "CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB"
  1. wah.. nak buat jugak la.. tq linda bg info!

    ReplyDelete
  2. Oo..kena ke pejabat asnb utk register dulu ke?Patut la buat masa sistem online ni diperkenalkan, asyik error je..

    ReplyDelete
  3. Senang sekarang semua dihujung jari je kan..

    ReplyDelete
  4. Tw for sharing kak..ingat boleh terus buat secara online je.

    ReplyDelete
  5. nak kena persi asb dulu la ye.. bilalah nak ke sana

    ReplyDelete
  6. Ada kawan beritahu dah boleh semak online, tapi kena dapatkan pin ASNB dulu , kena pi ASNB Putrajayalah nampaknye ni

    ReplyDelete
  7. Dr tahunepas buat. Memg senang nak simpan duit guna online. Cuma klik tambah dana je.senang..tak payah beratur dah

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cik, saya nak tanya macam mana cik ubah password sementara tu kepada password sendiri. Saya dah try letak password baru tapi still tak boleh masuk dia smpai tulis 'kata laluan baru tidak boleh mempunyai selain huruf kecil dan nombor' jadi saya nak mintak tolong cik sat untuk guide saya buat password. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Tq for info. 😀😀

    ReplyDelete
  10. Mcmne ye nk bca bacaan jumlah akaun.. Sbb Duit Yg Sy Simpan xsama dgn jumlah besar Yg dipaparkan.. Tlg jwb sis..tq

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com