Persiapan Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Persiapan Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak - Assalamualaikum korang ! Selamat Sejahtera semua ! Dah siap ke shopping barangan sekolah anak (bagi yang ada anak bersekolah) ? Kami dah siap beli dah, ni pun dah terasa lambat. Kalu lambat sket, pephamlah. Mesti banyak saiz habis. Cuma bab kasut sekolah bebudaK ni dah settle awal-awal. Kasut depa paling penting. Saiz kecik susah sket dapat dan memang cepat habis.


Persiapan Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak


Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak ! Memang sangat lega tau ! Kenapa tak beli online untuk  Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak Kasut beli online bolehlah kot, cara ukur semua dah di beritahu dalam website Pallas. Cuma bab baju ni, susah nak dapat online tak sumua jual sekali harung dalam 1 website. Kebetulan Daim Naufal dah baik demam ChickenPox, so pilih kat kedai je, boleh test! Kali ni, macam lambat pulak Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak, sebab Daim dekat 2 minggu tak sihat kan. 

Syukur Daim dah sihat, makanya meh ler kita shopping barangan sekolah anak-anak. Tahun 2019, 2 orang anak kami akan bersekolah. Kian terasa dah hahahah.

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Beli stokin anak-anak, seorang 3 pasang je. Stokin Dhia tahun lepas ada banyak lagi, 6 pasang kot beli untuk tahun lepas.

Kami shopping stokin kat BB KIM WAH Subang Perdana je, ni best ! Murah ! Sebungkus ada 3 pasang. Harga RM3.90 je !

Stokin dia sangat berkualiti. Warnanya atas putih dan bawahnya hitam. Jenama apa? Tak payah lah jenama sangat pun. Koyak je, beli baru ! Eh..tapi stokin Dhia tahun lepas sket pun tak ada terkoyak tau ! Tahan gilerrrr

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Dalam bakul tu ada seluar track hitam Dzal dan baju tshirt putih. Sebelum dapat baju sukan dari KEMAS, memang kena pakai baju sukan hitam putih terlebih dahulu. Jadi, kami beli 1 set je..dalam sebulan dua nanti dapat baju sukan KEMAS pulak.

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Sebenarnya, baju putih Dhia masih ada lagi. Daddy cakap, biarlah semuanya baru. Sian Dzal pakai hat kakak dia.

Tshirt putih saiz Dzal (5 tahun) dah abes stok (kan dah cakap, lambat je stok habis). Yang tinggal putih berkolar je. Boleh lah, beli lah juga. Harganya RM12.90.

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Manakala track suit hitam tu nasib baik saiz Dzal ada tinggal beberapa helai je, kat kedai BB KIM WAH ni. Jenama CEMERLANG, moga dikau akan jadi CEMERLANG juga ! Hahaha. Harga track suit CEMERLANG RM7.90 je.

Siap Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak

Kenapa shopping kat BB KIM WAH SUBANG PERDANA. Salah satu sebabnya ...kedai ni ada jual uniform TABIKA KEMAS. Alkisah, tahun lepas (sesi sekolah 2018) beli uniform dengan KEMAS. Saiz tersangatlah KECIL, at the end...langsung tak boleh pakai. Kena beli kat luar pulak uniform TABIKA KEMAS Dhia.

So, kali ni  (tahun 2019), cikgu Dhia tak nak amek risiko lagi amek stok dengan KEMAS. Cikgu minta, ibu bapa beli sendiri di luar untuk uniform TABIKA KEMAS.

Uniform TABIKA KEMAS ni bukan senang nak cari tau. Kedai tertentu je, jual. Oleh kerana, kami dah tahu BB KIM WAH ni jual. So, tak pandang kedai lain dah. Memang set p sini je, shopping. Sepasang baju kurung Dhia berharga RM25.90 (kain) tapi kami beli seluar (cikgu prefer pakai dengan seluar) RM12.90 untuk seluar sahaja.

Dzal pulak, baju TABIKA KEMAS berharga RM21.90 dan seluar RM12.90 .

Satu kedai je kami pi untuk shopping semua sekali barangan sekolah anak-anak! 

Jimat MASA, settle shopping sini... kami trus ke Watson's Subang Perdana daddy nak beli toiletries.

Kemudian, kami sempatkan diri ke Family Mart Caltex Subang pekena ODEN Clear Soup makan anak beranak ! Gambar mana? Nan hado, ai is busy fokus shopping dan makan haahahaha
12 comments on "Persiapan Beli Baju Sekolah TABIKA KEMAS Anak-anak"
  1. seronok diorang beli baju baru. hehe

    ReplyDelete
  2. murahnya 3 pasang rm3.90 je...senang dh bli bj2 sekolah ank2 tu kan...ni ing tnk cari kasut je sbb bj sekolah ada dh

    ReplyDelete
  3. Cik Ila pun beli barang sekolah anak2 tak lengkap lagi.

    ReplyDelete
  4. BB Kim Wah nie best.. semua ada tak payah dah nak ke tempat lain.. senang nak settlekan kelengkapan sekolah anak.. Sha tinggal nak belikan kasut dan stoking je..

    ReplyDelete
  5. murahnya..kalau kita kat sini pasarayaku pun murah jugak..Nasib baik kedai ni takde kat kawasan kita..kalau tak dah pi borong dah

    ReplyDelete
  6. Nak cari baju sekolah anak memg kena yempat yang betul dan murah kan.. Hehwhw.. Sekrg semua barg mahal.. Risau nanti nad mcm mne la

    ReplyDelete
  7. anak2 seronok dpt baju2 baru, mak2 seronok sebab murah kan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selesai semua. Senang dah xyah pikir pape dah.

    ReplyDelete
  9. Murahnya kak .Akak dah settle dah. Saya belum lagi .Hari ni baru nak beli

    ReplyDelete
  10. sana sini, promo back to school..selamat shopping la mak pak semua..hehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com