Weekend Treats Breakfast Dominos

Weekend Treats Breakfast Dominos - Ahad hari penuh dengan plan ! Mummy ambil keputusan untuk bawa anak-anak Weekend Treats Breakfast Dominos selepas mummy jumpa PR. Upah depa sketlah kan, dah teman mummy buat kerja mummy. Takkan tak nak bagi rewards. Tapi, depa memang suka pun kalau dapat keluar selalu macam ni. Tak payah cakap apa, tetau je semua pandai dah siap. Pilih baju sendiri melawa.

Weekend Treats Breakfast Dominos 


Weekend Treats Breakfast Dominos

Dah settled mummy jumpa PR, dah kemas baju-baju lama Dhia untuk hantar rumah adik, kemas sket-sket almari bebudak tu, nak kemas bebanyak ikut Marie Kondo tu, belum ada kekuatan lagi.

Sebelum ke rumah mama su depa, kita makan dulu kat Dominos. Bebudak ni, request nak makan ayam dan sup ! Tak semua cawangan Dominos ada sup. So, kalau balik Kajang dan singgah Dominos. Tak pernah, tak order sup !


Weekend Treats Breakfast Dominos

Sementara menunggu makanan siap, posing dulu. Dak Dzal ini kemahen bergaya. Pilih baju seluar. Padahal nak pi makan Dominos depan rumah je pun huhu.


Weekend Treats Breakfast Dominos

Acah-acah intagrammerr sangat, ni pun lagi sorang bergaya nombor satu. Pandai pilih baju apa nak pakai. Tak nak kita tentukan dahhhh huhu


Weekend Treats Breakfast Dominos

Makanan dah sampai, 2 sup, 2 air teh o ais limau, 5pcs drummet 

Ni memang fav dorang ni

Pizza memang tak order, sebab kang depa ratah isi je. Malas mumny nak perabihkan hat roti semata. 

Weekend Treats Breakfast Dominos

Weekend Treats Breakfast Dominos

Zoom sket drummet, ntah kenapa ntah depa suka sangat drummet ni ha..

Weekend Treats Breakfast Dominos

Mushroom soup ni, memang favorite...ikut mummy. Mummy pun suka makan soup, kalau kat rumah tu selalunya memang ada je standby Kimball Mushroom soup ni.

Weekend Treats Breakfast Dominos

Teh Lipton ni sorang satu depa nak, harga kat DOminos ni agak boleh tahan jugak lah. RM4.20 se tin.


Weekend Treats Breakfast Dominos

Drummet Dominos pulak, harganya dalam RM13 lebih.

Weekend Treats Breakfast Dominos

Si kecik ni, seronok sangat main belon. Makan pun tak nak sangat. Belikan fries McD je. Giler fries dak kecik ni. 

Nasi pun kuat makan jugak. 

Weekend Treats Breakfast Dominos

Pizza, drummet Daim tak suka sangat. Mungkin sebab tak selalu makan kot, sekali sekla je makan...jadi Daim macam tak gemar sangat.

Mummy pun masih try n error food untuk Daim. Apa yang Daim suka dan tak suka.
8 comments on "Weekend Treats Breakfast Dominos"
  1. Dah besar dah ye.. baju pun nak pilih sendiri.. comel memasing bergaya..

    ReplyDelete
  2. liez suka drummet tu klau yang hot.. memanag hantu sgt...yg dominos jugak best

    ReplyDelete
  3. wohoo bestnya ada treat.. akak pun suka dominos gak

    ReplyDelete
  4. x pernah dine in kat dominos, alin.
    delivery jer selama ni :)

    ReplyDelete
  5. wah happynyaaa muka hee. dominosss mmg sedap gilos hee.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com