LAST DAY BANDUNG INDONESIA : BDO - KUL BY MALINDO AIR

LAST DAY BANDUNG : BDO - KUL BY MALINDO AIR ! BYE-BYE BANDUNG INDONESIA TILL WE MEET AGAIN - Dari Istana Helmet terus bergegas ke Airport...

LAST DAY BANDUNG : BDO - KUL BY MALINDO AIR ! BYE-BYE BANDUNG INDONESIA TILL WE MEET AGAIN - Dari Istana Helmet terus bergegas ke Airport Bandung Indonesia. Sampai dah ke penghujung cerita percutian kami ke Bandung Indonesia. Sob..sob sedihnya rasa. Tak puas bercuti pun iye jugak ! Hari ke-4 ni, dan dan lah daddy tanya mummy "kenapa kita holidays 4 hari je kat Bandung?" . Hahaha dia buat-buat lupa ke apa tu? Kalau balik KL CNY tu nanti, harga tiket mahal nau. Nak cut cost balik KL sebelum CNY. Sooo...Binimu yang menurut perintah, katanya. No worries ye, next trip (tak tahu bila zaman) kita pi memana seminggu teruih ya ! Cuti sampai lebam haha.

LAST DAY BANDUNG : BDO - KUL BY MALINDO AIR



Selesai shopping helmet, terus bergegas ke Bandung Airport tanpa lunch. Plan nak lunch dalam Bandung Airport aje ! Walau hakikatnya kami dah tahu Bandung Airport ni tak besar mana (kecil dari Subang Airport). Apa boleh buat, masa itu emas. Nak kejar masa, kang makan kat luar takut tak sempat je !


Our supir di Bandung selama 4 hari. Agib namanya dari Kiki Travel. Mummy tak tahu pun, Kiki ni ada banyak staf. Ingatkan memula tu, Kiki tu supir persendirian. Hehe

Sebab harganya murah berbanding 3 lagi supir yang mummy survey harga.

4 hari perkhimatannya (tak masuk parking) adalah Rp1,350,000 dalam RM450. Kalau sewa kereta pun, sehari dah RM100, belum kira isi minyak lagi.  Minyak dorang mahal dahlah pakai ROn90 ke 80 ntah huhu.


Sebenarnya... lagi jimat pakai supir. Dia drive, mummy dan daddy boleh relax. Tak payah kalut buka waze dan lelain !


Macet atau jem pun tak apa, kami boleh tidur dalam kereta (MPV) haha !



Masa untuk check in luggage, naik Malindo Air ini satu je lah best dia. PEACE OF MIND ! Tak payah kalut risau berat luggage terlebih ke apa. Sebab, seorang  setiap kami dapat 25kg. Satu family kami, total entitled for 100kg.

See...baru 47.3kg je 2 bag ni. 

Lepas check in bag, check in diri. Kami makan dalam airport je. Tak ada makanan berat sangat, banyak pastri, roti dan instant mee (macam maggi). Belasah je lah makan kan. Kang lapar pulak bebudak tu.

Kebetulan duit rupiah pun masih banyak lagi, daddy kata pakai aje, habis pun tak pe. So, mummy belikan t shirt Bandung untuk abang dan abah. Dorang memang suka kirim tshirt tempat mana kami pi. Tapi..trip kali ni..memang kami tak sempat nak pergi kedai tshirt pun. 

Rezeki depa jugak, sebab kat airport ada jual. Walau mahal (RM30) tapi sebenarnya tak mahal mana. Kualiti kain keris mas tu memang terbaik !


BYE-BYE BANDUNG INDONESIA TILL WE MEET AGAIN


Bye-bye Bandung till we meet again. Daim seronok dapat tengok kapal terbang. Teruja yakmat !


Terpaksa bekalkan gula-gula untuk elakkan telinga berdenggung dan Daim Naufal sebenarnya gayat bila kapal fly. Tinggi ! Lepas tu ..nanti tarik tangan mummya jak turun hahaha. Abes satu kapal gelakkan Daim !

Nasib baik, masa balik kapal tak penuh. Mummy pindah seat belakang daddy duduk berdua dengan Daim je. 

Sebab Daim tak selesa ada orang tak kenal duduk berdekatan dengan dia. Adoi, nampaknya kena beli kapal sendiri lah ye, Daim !


Ada entertaiment, nak tengok movie ke tidur lagi sedap hahaha.


Lepas dapat noti, seat belt boleh buka. Daddy terus ke belakang tenangkan Daim. Dhia dan Dzal masa ni tidur dah. Tapi, stewardess ingatkan kami, jangan tinggalkan anak bersendirian.

Lepas Daim dah bertenang, bukakan YouTube (save & download). Mummy makan sampai kenyang. Barulah daddy ke tempat duduk daddy accompany Dhia dan Dzal.

Daim pun tidur sampai KLIA. Alahamdulillah, semua baik-baik sahaja dalam kapal terbang !

pizza cheese, jus, air mineral


Fly ke Bandung dapat makan ni je. kek ke brownies. Hijau warna nya. Sedap !

Masa pi Bali aritu lagi best. Boleh pilih pasta, pizza atau nasi. Macam-macam nasi ada ! Maybe perjalanan ke Bali ambil masa 3 jam. Berbanding Bandung 2 jam 15 minit sahaja.

Kami touch down KLIA dalam 5.25petang. Sampai sahaja di bahagian Kastam. Helmet kami semua kena rampas. Kastam on hold sebab nak kena ada surat dari JPJ terlebih dahulu.

Anak-anak kami dah nak nagis haha. Helmet depa tak boleh bawa balik. 

Kastam cakap, helmet luar tak ada SIRIM. Hrm...helmet basikal bebudak ni lagi fragile kot beli kat Malaysia. Lambang SIRIM lagi lah ! Langsung tak de. 

Apa pun kena hormat staff Kastam. Ikut je lah kehendak mereka ! 

Paling rasa peliknya tu,,, dalam flight Bandung kami..kami je yang kena tahan. 

Lepas CNY, kami ke JPJ untuk minta surat pelepasan helmet. JPJ pula ambil masa 2 minggu macam tu untuk siapkan surat.

Setelah siap surat dari JPJ, kena pi balik Kastam KLIA untuk hantar surat dan tunggu jawapan Kastam macam mana pulak.

Mak aiiiii, pengalaman kami pertama kali kena tahan dengan Kastam !

P/s : Sehingga harini, kami belum ambil lagi surat di JPJ. Baru hantar surat kebenaran lepas CNY. Ada surat JPJ tu, baru boleh bawa ke KASTAM KLIA. Dan tunggu jawapan Kastam pulak. 

Baca Ini Juga


7 comments

  1. Adoilah.. dugaan ye sis mengenai helmet tu.. sabar jelah..
    Semoga dipermudahkan.. Aamiin..
    comel je aksi Daim..

    ReplyDelete
  2. Alahai...helmet kena rampas..abih tu dah dapat balik ke belum linda? sayangnya...next time benda2 macam ni tak leh beli la kat sana kan..

    ReplyDelete
  3. Kena rampas helmet tu ya. Sabar ya akak.

    ReplyDelete
  4. Helmet tu dapat balik ke idak sekarang ni?leceh jugak la kalau macam tu..nak kena ke JPJ bagai kastam pulak..

    ReplyDelete
  5. adeh..leceh bila kena tahan bagai cam ni kan..kita ni malas je nak argue,kan...ikut je la rentak & prosedur gomen..huhu...

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat jalan-jalan bercuti macam nie.. semoga ada rezeki nanti untuk Kak Sue sekeluarga juga nanti. Leceh pulak kan macam-macam keja pulak nak kena buat bila dah kena rampas gitu.. sabar ya Linda..

    ReplyDelete
  7. Nasib kami kat kastam airport Penang tak kena tahan. Suami dah cuak juga sebab ada kawan dia yang kena tahan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -