19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA !

19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA ! - Semalam, mummy dapat tahu berita tentang Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) nak bersara. Sedih juga dengar, dan bila Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) turut sedih semasa PC semalam. Makin bertambah sedih lagi ! Biasalah mummy ni, cepat tersentuh sket !

19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA !




19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA ! Dalam radio pagi tadi (suria.fm) pihak penyampai radio temubual seorang demi seorang jaguh badminton negara kita untuk bertanyakan pendapat tentang persaraan Dato Lee Chong Wei ini.

Rata-rata memberitahu, Dato Lee Chong Wei tak berapa sihat, tak boleh komit latihan lagi, dan juga nak tumpukan perhatian pada keluarga.

Mummy yakin, Dato Lee Chong Wei juga sudah memikirkan masak-masak tentang persaraannya. Dato Lee Chong Wei juga bukannya akan tinggalkan dunia suka Badminton 100%.

Mungkin ada yang tahu dan tak tahu tentang Dato LCW.

Bagi yang belum tahu...

Beliau bukan sahaja pemain badminton negara kita. Malah beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya... mempunyai akademi badmintonnya sendiri iaitu Lee Chong Wei Badminton Academy di Ipoh Perak. 

Alhamdulillah, mummy pernah di berikan peluang untuk menginap di Master Badminton Club (MBC Klebang Ipoh Perak) yang di punyai oleh Dato Lee Chong Wei.

MBC ini adalah tempat penginapan untuk program latihan badminton yang di jalankan oleh Lee Chong Wei Badminton Academy. Latihan / kursu yang di jalankan kebiasaanya akan di buka satu dunia. Bukan limit kepada rakyat Malaysia sahaja !

Hostel Akedemi Badminton Dato Lee Chong Wei bukan sebarangan hostel ye. Biliknya menngikut tempat tinggal standard antarabangsa. Sangat selesa !




Maaf mummy tak tepek sini ye gambar-gambar lengkap hostel dan bilik-bilik yang ada dalam hostel akademi Dato Lee Chong Wei. Kehadiran kami ke sini bukan untuk di review atau di benarkan buat review. Kena faham, mungkin ada privacy tempat seperti ini !

BLUEBLUE PLAYLAND IPOH PERAK OWNED BY DATO LEE CHONG WEI





Tempat permainan dan trampoline BLUE BLUE PLAYLAND ini juga merupakan perniagaan Dato Lee Chong Wei. Boleh baca di : http://www.azlindaalin.com/2018/08/cuti-sekolah-bawa-anak-ke-blueblue-playland-ipoh-perak.html

Berbalik kepada kisah persaraan Dato LCW, ada baiknya kita hormati keputusan beliau. 

Dato bukan sahaja wira dalam bidang sukan badminton. Malah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Salute dengan beliau !

All the best Dato LCW !


13 comments on "19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA !"
  1. dah tiba masa pelapis baru yang perlu bekerja-keras di dalam mengharumkan nama negara...

    ReplyDelete
  2. Sedih tgok dia nangis semalam kan...dia pun dh x sihat..masalah kanser hidung kan

    ReplyDelete
  3. baru tahu Dato seorg ahli perniagaan..

    ReplyDelete
  4. Memang sedih bila jaguh badminton bersara sebab faktor kesihatan. Tak tahu pulak dia ahli perniagaan tapi takpelah at least dia ada business untuk backup life dia

    ReplyDelete
  5. Kak Sue pun sedih juga bila tengok berita semalam. Baru tau rupanya Dato LCW ada bisnes rupanya.. hebat!

    ReplyDelete
  6. sedih bila orang berbakat macam ni hilang kan linda.. mujur dia dah ada back up plan..

    ReplyDelete
  7. it's about time LCW rehat. He has contribute so much to Malaysia

    ReplyDelete
  8. Sedih bila dapat tahu berita tentang LCW ni...tetapi ini pilihan terbaik beliau.

    ReplyDelete
  9. Mummy tak payah risau, ramai pelapis ada Nak ganti dato.cuma tak nampak je Dia Orang ni di tv.

    ReplyDelete
  10. Sudah sampai masa dia untuk berehat dan sudah sampai masa kita mencari pelapis baru. Selain sebagai ahli perniagaan dan sukan yang berjaya, Dato LCW juga seorang menghormati insan lain dan rendah diri.

    ReplyDelete
  11. masa untuk beliau bersara.. Giliran generasi baru pula..

    ReplyDelete
  12. Thank you Dato LCW atas sumbangan selama 19 tahun utk malaysia.

    ReplyDelete
  13. Sedih lah tgk Dato LCW sedih ja nk bersara hari tu.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com