Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum)

Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum) - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sihat ke tuu? Mum...

Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum) - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sihat ke tuu? Mummy sihat, alhamdulillah. Cuma ada masalah gigi sket. Sepatutnya, dah sampai masa nya untuk berjumpa dengan doktor gigi. Tapi, mummy dok delay. Setiap tahun memang mummy akan berjumpa dengan dentist. Selalunya 6 bln sekali. Terus buat cuci gigi (scaling). Ni, bila dah due tak pi jumpa dentist. Sekarang... Sampai gigi ni dah macam ada bleeding. Masalah gusi lah tu! 


4 Tips Gigi sihat : Sensodyne Sensitivity & Gum Untuk Gigi Sensitif dan Masalah Gusi (Gum) 


Sebenarnya nak gigi sihat ni, tak susah pun. Nak gigi dan gusi sihat, tips utamanya adalah:

1. Berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2x setahun 

2. Gosok gigi, 2x sehari

3. Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai

4. Berus gigi  dengan cara yang betul


Doktor pergigian menemui wujud hubungan rapat antara dua simptom ini, gigi sensitif dan masalah gusi. Gusi menyusut adalah punca utama berlakunya gigi sensitif dan penipisan gusi berlaku kerana masalah gusi. Apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan hal ini boleh mengakibatkan gigi sensitif. 




Laporan mendedahkan hampir separuh (44%) yang mengalami gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas. Hal ini menyebabkan timbulnya lapisan bakteria dipanggil plak. Plak yang tidak dibersihkan dengan berusan gigi dua kali sehari akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Doktor pergigian berpendapat bahawa simptom ini memerlukan perhatian dan pesakit boleh bermanfaat jika menyelesaikan dua masalah ini dengan segera.


Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum baharu telah terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Formula dwi-aksi ini bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi daripada sensitiviti di samping menanggalkan bakteria plak yang akan mengakibatkan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan lain-lain masalah gusi.

Bryan Wong, Pengarah dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, berkata, “Kami melancarkan Sensodyne Sensitivity & Gum untuk mengatasi dua masalah ini secara serentak dan melegakan ketidakselesaan pesakit supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik. Kesihatan pergigian adalah keutamaan kami dan sebagai jenama ubat gigi sensitif nombor



satu di negara ini, kami berbangga melancarkan produk dwi-aksi terkini yang akan memanfaatkan warga Malaysia.”

Gigi sensitif dan masalah gusi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini, tetapi ia sering dipandang remeh dan tidak dirawat segera. Peningkatan bilangan pesakit juga dilihat tidak peka untuk menangani simptom-simptom ini. Dua masalah ini berkaitan antara satu sama lain dan perlukan penjagaan rapi.” kata Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya

SENSODYNE DI SUNWAY PYRAMID



MUMMY sudah ke Sunway Pyramid baru ni untuk saksikan Sensodyne pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum

Korang jangan lupa juga ke Sunway Pyramid Sensodyne yang menganjurkan pameran bersama Farmasi Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid Mall di mana pengguna berpeluang mengenal pasti dan mempelajari tentang isu gigi sensitif dan masalah gusi serta mendapatkan pemeriksaan pergigian bermula 12 hingga 16 September dari 10 pagi hingga 10 malam. 





Berapa harga ubat gigi Sensodyne baru? Sensodyne Sensitivity & Gum boleh didapati di farmasi tempatan dan pasar raya di seluruh Malaysia dengan harga yang dicadangkan RM16.90 sekotak dan RM10.90 untuk berus gigi. Sila rujuk doktor pergigian berdekatan anda untuk maklumat lanjut. 




Sensodyne Sensitivity & Gum dibawakan oleh Sensodyne, Jenama Ubat Gigi Sensitif No. 1 Dunia. 


Selanjutnya, sila layari ke : 

Online Shopping:

Facebook: 

Baca Ini Juga


7 comments

  1. Tapi betul lahh sensodyne ni mmg berkesan.ain ada pengalam ngilu gusi bila berus gigi and gusi berdarah. Tukar ubat gigi sensodyne terus okayy suka sgtt

    ReplyDelete
  2. Sensodyne jenama yang diyakini untuk gigi sensitif.

    ReplyDelete
  3. Sha suka berus gigi jenama Sensodyne ini.. sesuai dengan gigi kami anak beranak..

    ReplyDelete
  4. sensodyne ni memang berkesan untuk sy yg ngilu gigi bila minum minuman sejuk..

    ReplyDelete
  5. mcm sesuai utk akak je.. gigi dan gusi mmmg sensitif yakmat

    ReplyDelete
  6. Ubat gigi jenama ni memang bagus untuk gigi sensitive, i also using this brand.

    ReplyDelete
  7. Kena dapatkan juga produk baru ni. Sebab mmg ada maslah gigi n gusi sensitif jugak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -