BEG SEKOLAH SMIGGLE ANAK : FROZEN 2 ELSA DAN HOODIE BACK PACK

BEG SEKOLAH SMIGLLE ANAK : FROZEN 2 DAN HOODIE BACKPACK - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti entri sebelum ini, mummy a...

BEG SEKOLAH SMIGLLE ANAK : FROZEN 2 DAN HOODIE BACKPACK - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti entri sebelum ini, mummy ada beritahu yang kami sekeluarga tak ke luar Selangor / KL untuk cuti panjang kali ini. Daddy pun tengah banyak kerja juga tu, ada masa on call kena ke site untuk kerja inspection. Mummy memang dah bersedia jiwa dan raga untuk 2 tahun ini. Daddy bebudak ini akan super duper busy ! Cuti 3 hari Deepavali ini pun, daddy hanya cuti 1 hari je ! Selebihnya, kena turun inspection site ! Apapun, kerja kena dahulukan. Itulah sumber rezeki yang utamakan ! So, cuti sehari daddy tu...kami manfaatkan masa yang ada untuk tengok-tengok barangan sekolah anak-anak.

BEG SEKOLAH SMIGLLE ANAK : FROZEN 2 DAN HOODIE BACKPACK




Terjebak pulak shopping BEG SEKOLAH SMIGLLE ANAK : FROZEN 2 DAN HOODIE BACKPACK. Memula plan asal daddy nak bawa anak-anak ke Zoo Menara KL tu, Farm In The City. Dalam perjalanan ke sana, mummy beritahu daddy yang cuaca dah gelap. Tak sesuai nak ke sana. Ye lah, sekarang ini kan musim hujan. Ada baiknya ke tempat yang berbumbung sahaja. 

Daddy tanya kepada anak-anak samada nak ke Zoo juga ke macam mana? Dhia bagi option tengok barangan Smiggle. Tengok aje katanya !

Daddy pun, terus approve untuk ke Smiggle The Curve.


Tengoklah tu, sakan semua duduk dalam butik Smiggle. Mata kiri kanan tak lekang tengok barangan Smiggle. 

Sebelah kiri anak-anak tu, bag sekolah offer RM140 (PWP with any normal price). Nak ikutkan mummy, biar daddy depa belikan hat mur mur je lah. Tapi, daddy tak berkenan hat diskaun. Adoiii..sapa yang nak sekolah ntah !

Tapi, dah daddy kata dia nak belanja. Okaylah. Mummy ikutkan aje lah ! 

Jangan tak tahu, Daim awal-awal dah chop 1 bag tau.Daim memang addicted dengan lorries, cars. So, nampak bag Smiggle ada gambar lorry terus dia sambar. Huhuhu




Koleksi Smiggle FROZEN 2 dah sampai ! Cuma warna biru lah, Dhia memang tak berapa gemar warna biru hahaha. Sinonim dengan boy biru ni, kan !


Oleh kerana limited edition, dan kat Smiggle The Curve ini hanya ada 2 beg Smiggle Frozen 2. Maka, daddy suruh Dhia pilih hat limited edition.

Okaylah saiz tu ha,,sesuai untuk darjah 1. Bag Smiggle Frozen 2 pun tak berapa berat. Kalau tambah buku. Insyaallah Dhia boleh bawa.




Beg Sekolah FROZEN II dari Smiggle ini nampak kualitinya agak bagus. Dan ada beberapa compartment juga. Korang tengok di YouTube mummy ye. Dhia unboxing Bag sekolah Smiggle Frozen 2 Elsa tu





Ingatkan daddy belanja bag sekolah Dhia je. Rupanya, beli jugak bag sekolah tadika si Dzal. Daddy kata ni hadiah untuk anak-anak sebab dapat anugerah pelajar cemerlang tahun 2019.

Alhamdulillah, moga daddy sentiasa di murahkan rezeki hendaknya.



Bag sekolah Dzal ni Smiggle Junior Hoodies Back pack. Bahagian atas tu, boleh bawa keluar dan tutp kepala jika musim hujan. Bagnya tu tema ikan. Tapi design dari jauh nampak macam corak askar.

Bagi yang tertanya-tanya tentang bag Smiggle FROZEN 2 ini. Mummy cerita sedikitlah bab beg sekolah FROZEN II dari Smiggle ye !


Ada 2 koleksi Smiggle tema Frozen 2 ini. Elsa dan Anna. Koleksi Frozen II Anna ni tak sesuai dengan Dhia sebab agak kecil. Untuk darjah 1, sesuai hat Elsa !

HARGA BEG SEKOLAH SMIGGLE FROZEN 2 ELSA



Harga beg sekolah Smiggle Frozen 2 Elsa ialah RM219.90, botol air Smiggle Frozen 2 Elsa pula berharga RM69.90 dan lunch box Smiggle Frozen 2 Elsa adalah RM104.90


Hat ini cantik, nampak macam gegurl. Tapi tak besar sangat sesuai untuk tadika je ni. Manakala, harga beg sekolah Smiggle Frozen 2 Anna sedikit murah dalam RM150 sahaja.





Koleksi lain yang terbaharu di Smiggle...ada koleksi Star Wars. Peminat Star Wars, bolehlah dapatkan koleksi ni di Butik Smiggle ye !

Nak tengok koleksi lain SMiggle, korang boleh layari ke http://www.smiggle.my/




Baca Ini Juga


10 comments

  1. Teringin nak beli untuk kakak dania..tapi dia nyer jeling tu...maut habis....hahahaha

    ReplyDelete
  2. saya lebih suka Smiggle Frozen 2 Anna sbb kaler pink dan gold. haha. sapa yg nak pi sekolah ni kan. saya mak lak yg excited ^_^

    ReplyDelete
  3. Senang kan beli sesiap barang sekolah anak.. Boleh tahan juga harga tapi kualiti bagus memang berbaloi kan Linda..

    ReplyDelete
  4. Seronoklah masing-masing dalam beg favourite cartoon.semangat nak pergi sekolah

    ReplyDelete
  5. Makin cun kakak dhia sekarang ni...
    Kita tak beli lagi beg sekolah utk anak.. Huhuhu.. Seram pulakkk. Baju sekolah semua dah beli dah

    ReplyDelete
  6. seronok tu ank2 dpt beg dr SMiggle

    ReplyDelete
  7. seronokla diorang dapat bag baru

    ReplyDelete
  8. Cantik beg smiggle tu. Kat area Seremban saya tak perasan pulak ada ke tak Smiggle. Kalau ada nak juga belikan untuk anak anak.. Reward untuk diorang

    ReplyDelete
  9. Cantiknya beg smiggle tu..
    Suka anak-anak daddy belanje ye..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -