12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL

12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL - Sebelum terlewat lagi, di sini mummy ingin mengucapkan SELAMAT HARI PNEUMONIA SEDUNIA , mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak perasan bahawa semalam 12 November 2019 merupakan hari PNEUMONIA SEDUNIA




Apa itu PNEUMONIA? Dan apa pula penyakit PNEUMOKOKAL? Mummy tahu tentang vaksin ini tetapi tak berapa pasti berapa % bahayanya penyakit ini tanpa vaksin.

Mummy hanya mengehtahui vaksin wajib di Klinik Kerajaan sahaja. Almaklumlah FREE kan, tapi kalau tarikh temujanji di Klinik Kesihatan tak dapat mummy hadiri . Biasanya, mummy akan bawa anak-anak ke Klinik Swasta juga. Mencegah lebih baih dari mengubati. Kalau asyik delay bawa vaksin wajib. Kang risau pulak apa-apa terjadi pada anak kita. Anak kita adalah amanah kita !

GSK lancar kempen kesedaran sempena Hari Pneumonia Sedunia 2019 Semalam 12 November 2019 mummy berkesempatan untuk hadiri ke majlis yang di adakan oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd. (GSK) yang melancarkan kempen Vaccinate for Life di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya vaksinasi serta penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. 

Apa itu Pneumonia ?

Pneumonia, sejenis jangkitan paru-paru, boleh disebabkan oleh bermacam-macam bakteria, virus dan kulat. Di mana penyakit pneumokokal, dalam bentuk invasif atau tidak invasif, adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumococcus) .

Apa pula Pneumococcus ?

Pneumococcus boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan, yang sebahagiannya boleh mengancam nyawa. Malah, salah satu penyebab yang paling umum buat pneumonia yang teruk ialah bakteria pneumokokus. Selain pneumonia, bakteria pneumokokus juga boleh menyebabkan jangkitan telinga dan sinus (tidak invasif).

Bakteria pneumokokus 'invasif' boleh mencerobohi aliran darah yang menyebabkan jangkitan saluran darah (bakteremia) dan meningitis (jangkitan pada tisu dan cecair yang meliputi otak dan saraf tunjang).

Bahaya,kan penyakit ini? Bahayanya ia, tapi ada solusi untuk pencegahannya. Jom kita tengok apakah cara untuk mencegahnya !


12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL



Dr. Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Vaksin, GSK Malaysia menyarankan selain minum air yang bersih vaksinasi merupakan dasar kesihatan awam yang paling efektif dalam mencegah penyakit berjangkit


Ianya sudah terbukti bahawa melalui vaksinasi, penyakit-penyakit seperti cacar air boleh dibasmi. Dengan penambahbaikan dasar kesihatan dan akses, kami akan terus menyaksikan pengurangan kematian dan morbiditi yang disebabkan oleh penyakit berjangkit.


VACCINATE FOR LIFE’ & BANTU LINDUNGI DIRI DARI PNEUMONIA DAN PENYAKIT PNEUMOKOKAL


Dengan legasi yang telah bertapak selama 60 tahun di Malaysia, GSK merupakan sebuah syarikat global diterajui sains berlandaskan misinya yang tersendiri, dan kempen ini bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentingnya vaksinasi sepanjang hayat.

Bagaimana nak mencegah dari penyakit pneunomia ? Ha...dengan cara vaksin PNEUMOKOKAL, kita boleh mencegah dari awal.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia, penekankan pneunomia sebagai salah satu penyakit utama yang boleh dicegah dengan vaksin, kempen ini menunjukkan bagaimana vaksin dapat membantu melindungi kehidupan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

18% KEMATIAN KANAK-KANAK ADALAH DARI PNEUMONIA


Hari ini, pneumonia merupakan salah satu punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak, sebanyak 18% daripada semua kematian kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di seluruh dunia

Kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun adalah amat terdedah kepada penyakit ini terutama mereka yang mempunyai sistem imun terjejas yang mungkin lemah kerana kekurangan zat makanan atau kekurangan makanan, terutamanya bagi bayi yang menyusu selain daripada menyusu badan, walaupun dalam kebanyakan kes, ia sebenarnya dapat dicegah dan dirawat.




Kempen Vaccinate for Life GSK, yang dilancarkan sempena Hari Pneumonia Sedunia pada 12 November, turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin, Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi dan Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr. Lien Pham, Pengurus Besar, GSK Malaysia dan En. David Lin, Pengarah Komunikasi & Hal Ehwal Kerajaan, GSK Malaysia.

Bertapak selama 60 tahun dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia, GSK tetap komited kepada pegangannya yang bertumpukan pesakit; ditekankan lagi melalui kempen Vaccinate for Life dengan objektif:

· Memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penyakit-penyakit yang boleh dicegah vaksin untuk membantu mereka membuat keputusan yang bijak mengenai penjagaan kesihatan mereka.

· Menekankan kepentingan vaksinasi sepanjang hayat untuk setiap orang.


"Kami amat menyokong seruan Kementerian Kesihatan supaya kanak-kanak diberikan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal. Kami turut menerima baik dan mengalu-alukan berita yang ditunggu-tunggu mengenai penyenaraian vaksin konjugat pneumokokus (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) "kata En. David Lin.


"Di samping itu, kempen Vaccinate for Life GSK bukan sekadar menyeru pengambilan vaksinasi terhadap pneumonia dan IPD. Walaupun vaksinasi sewaktu kecil membantu memberikan kanak-kanak permulaan yang sihat dalam kehidupan, ia bukanlah terhenti di situ sahaja. Vaksinasi diperlukan sepanjang hayat untuk melindungi diri daripada penyakit yang boleh dicegah, dan untuk mencegah penyakit daripada tersebar dalam masyarakat, "jelas En. David Lin.

GSK merupakan pemimpin global dalam vaksinasi sepanjang hayat dengan legasi bertahun-tahun lamanya dalam sains vaksinasi dan mempunyai 41 jenis vaksin di seluruh dunia untuk membantu melindungi orang ramai di setiap peringkat kehidupan, dari kanak-kanak sehinggalah sewaktu remaja, kehamilan dan lebih daripada itu; termasuk vaksin pneumokokal dan HPV. Di Malaysia, vaksin GSK yang pelbagai merangkumi 12 vaksin untuk kanak-kanak, 8 untuk remaja dan 8 lagi untuk orang dewasa dan warga emas dengan penuaan yang sihat.


Menekankan lagi betapa pentingnya vaksinasi, Dato’ Dr. Musa berkongsi, "Apabila usia semakin lanjut, sistem imun kita turut bertambah usia. Ini menjadikan kita semakin terdedah kepada penyakit yang mengancam nyawa. Dengan menguatkan sistem imun kita melalui vaksinasi sepanjang hayat, ia pasti dapat melindungi kita dan orang-orang sekeliling kita di mana akhirnya, membantu menyelamatkan nyawa. Vaksinasi yang kita terima sewaktu kanak-kanak pasti dapat melindungi kita daripada penyakit yang mengancam nyawa atau melemahkan. Malah ia turut memperkuatkan asas untuk imuniti yang lebih kuat di masa hadapan."


Sementara itu Dr. Yong Junina Fadzil berkata, "Terdapat tanggapan yang amat salah tentang vaksinasi dan kesannya terhadap kesihatan anak kita. Oleh itu, pendidikan masyarakat yang berterusan, kerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan serta penambahbaikan dalam dasar-dasar negara boleh mengubah sudut pandang masyarakat. Langkah Kerajaan untuk menyenaraikan vaksin pneumokokal ke dalam NIP seharusnya perlu dipuji dan ia menguatkan lagi betapa pentingnya untuk memberikan kanak-kanak vaksin terhadap penyakit berjangkit ini. Sama seperti senaman kerap dan pemakanan yang sihat, mengikut program vaksinasi yang telah dijadualkan adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. "


RM60 JUTA PERUNTUKAN BELANJAWAN 2020 UNTUK VAKSIN PNEUMOKOKAL




Dalam pembentangan Belanjawan 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi suntikan vaksin Pneumokokal yang akan diberikan secara percuma kepada kanak-kanak bawah 5 tahun . Ianya adalah sebagai sebahagian dari Program Immunisasi Negara.

Kalau dah FREE macam ni, siapa tak suka memang mummy pun suka tau ! Boleh bawa Daim Naufal untuk ambil vaksin ini. Masih belum terlambat untuk vaksinkan Daim Naufal.

Harga vaksin ini di klinik swasta atau hospital swasta adalah berharga RM200-300

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai vaksin ini. Sila rujuk pakar profesional penjagaan kesihatan mengenai vaksinasi terhadap penyakit pneumonia dan pneumokokal.
4 comments on "12 NOVEMBER HARI PNEUMONIA SEDUNIA, JOM LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT PNEUMOKOKAL"
  1. Baru tahu 12 november hari pneumonikokol.....good info.

    ReplyDelete
  2. Tahun depan baby yang lahir akan dapat injection vaksin pneumokokal. Bagus ada program kesedaran mengenai pneumonia ni kan. Ramai yang masih pandang enteng

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com