BILA HUSBAND BELIKAN MAKE UP M.A.C

BILA HUSBAND BELIKAN MAKE UP M.A.C - Fuh, MAC Cosmetics in the house. Siapa yang tak suka dengan  MAKE UP M.A.C   Cosmetics ni kan. Mummy b...

BILA HUSBAND BELIKAN MAKE UP M.A.C - Fuh, MAC Cosmetics in the house. Siapa yang tak suka dengan MAKE UP M.A.C Cosmetics ni kan. Mummy bukan seorang isteri yang demand, ye. Apa-apa brand yang selamat dan cantik di pakai. I am okay je, pakai je ! Cuma adalah satu hari tu, mummy beritahu daddy yang mummy agak penat nak cari lipstik merah menyala. Pure red gitu. Dan mummy beritahu daddy, nanti nak tengok di MAKE UP M.A.C Cosmetics , biasalah MAC memang tak pernah mengecewakan. Cakap je, nak warna apa kat MAKE UP M.A.C tu...semua warna ada di MAKE UP M.A.C !

BILA HUSBAND BELIKAN MAKE UP M.A.C

Hasil makeu up MAC gitteww

Tup tup tup...dia bawa pulak mummy ke MAKE UP M.A.C . Husband terus direct cakap,"masuk dan carilah barang yang awak nak tu". Mummy apa lagi, terus aim lipstik la kan. Dah asalnya beritahu daddy nak cari lipstik warna merah.

Memula mummy ambil lipstik M.A.C saiz biasa harga dalam 80-90 (tak berapa ingat..faktor dah berumur barangkali). Bila nak ke kaunter nampak pulak mini lipstik limited edition. Hehehe, mummy kan jimat cermat orang nya. Dalam hati, amek yang saiz kecil aje lah. Lagi pun, lipstik kat rumah pun banyak. Tak perabih walau bertahun.

So, siap pilih warna (nasib baik warna yang Mummy nak tu ada). TERUS tunjuk pada daddy. Mummy dah pilih lipstik paling murah RM49 (muka dengan bangganya tunjuk pada daddy). Daddy dengan muka serius nya tanya pada mummy ," cukup ke kecik tu?".. Dalam hati mummy.."aik, bagi green light ke nak uji aku ni).

Mummy jawab balik, cukup lah kecil ni. Lipstik banyak dah kat rumah. Tapi, macam berkenan juga warna pink daring hat RM49 juga ni. Daddy terus menjawab,"amek je". 

Ehem, ok amek je ! 2 batang lipstik yang berlainan color ni hado. Best !

Settle pilih lipstik, mummy ajak daddy pi kaunter bayaran. Daddy tanya lagi "awak memang pakai make up macam ni je ke. Lipstik je ke?".

Mummy tanya balik,"eh,awak nak belanja make up ke?" . Husband berkata lagi,"amek je apa yang awak selalu pakai"

Huhuhu mau beribu kang kalau amek ikut apa yang mummy pakai. Terus tanya daddy bajet beliau berapa. 

Daddy beritahu bawah RM500. So, apa lagi...terus cari MAKE UP M.A.C di bantu oleh sales assistant di situ.

Siap minta try lagi, nak matchkan dengan warna kulit mummy. Tu yang best pi Mac. Dorang boleh bagi try dan tolong pakai kan kat muka as demo. Tapi, Jangan ko melebih try semua Warna lipstik, bedak, eyeshadow, make up full dan keluar tak beli apa-apa. Tu dah consider nak make up service for free. Tak baik tau! 

MAC ada juga menyediakan make up servicing. RM180 tak silap mummy. 

OK jom tengok apa yang mummy shopping dalam MAC Cosmetics ni.. 

Hasil rembatan di MAKE UP M.A.C



MAC Mineral Blusher Pink Color RM131
Mummy sukakan blusher waran oren sebab nampak natural gitu. Tapi, beauty consultant ni suruh mummy try pink pulak. Since lipstik warna pink dan merah. So, mummy okay dan setuju memilih pink.


MAC Studio Fix Bedak muka with foundation RM159
Bedak mummy banyak lagi, tapi tak pe. Bedak memang cepat habis. Bedak MAC pun boleh tahan best. Memang perlu sangat. 

Tak pakai foundation pun dah nampak comel. 

Mummy jenis malas kadang-kadang tu nak pakai make up banyak-banyak. Dah ada 2 in 1 ni, beli 2 in aje lah. Jimat pun, jimat


MAC Prep+Prime Fix+  Spray RM105
Fix+ Prep + Prime MAC ini untuk apa? Sebelum kahwin dulu, kitorang beli make up MAC untuk hantaran mummy. Daddy tengok muka mummy sebelum dan selepas menggunakakan spray ni nampak lain masa tu. Make up mummy nampak smooth dan lebih lawa kata daddy. Masa tu je lah daddy beli spray tu, sebab bila mengandung Dhia mummy kurangkan pakai make up dan elakkan badan mummy dari bahan kosmetik, pewangi dan banyak lagi pantang. Almaklumlah, anak 1st kan, semua jaga dari luaran hingga dalaman.So, tak reepat beli.

Anak dah besar, nak melaram balik lah kekdahnya hehe

So, apa fungsi Fix+ Prep + Prime MAC? Ianya  bekerja sebagai setting spray, pakai sebelum dan selepas make up. Bertindak sebagao penyegar, hanya dengan sembur di wajah untuk membantu kulit kelihatan segar dan menambah sedikit penghidratan pada kulit.

Kaya dengan Vitamin B5 dan botani seperti chamomile dan timun, Mac Prep+Prime Fix+ juga boleh memulihkan kulit yang letih, sensitif atau rosak akibat daripada masalah pencemaran udara.


MAC Lipstick RM49 x 2
Lipstik dua color, yeay..warna favorite Ruby Woo dan Breathing Fire mummy dah ada di tangan. Memang puas hati warna dia seperti apa yang mummy inginkan.





Warna breathing fire. Tema pink hari ni, oleh kerana harini ada appointment client. As usual, mummy apply corporate rules. Tak melebih 3 warna pada pakaian. Pink dan biru aje mix and match color for today. 

Kasut macam biasalah bila jumpa client, mesti bertutup hitam, handbag match dengan kasut warna gelap dan tak ketinggalan lipstik pun pink šŸ¤£

Oh ya.. 



Korang dah tengok Maleficent: Mistress of Evil Angelina Jolie pakai Russian Red. Lebih kurang Ruby Woo mummy. Tapi Russian Red tu, a bit gelap sket. 

Kalau ada event, atau 2nd, 3rd appointment client. Mummy suka gunakan lipstik merah menyala. Menandakan kita firm dan confident. Eh... Eh.. Masuk bab Warna dan personaliti pulak dah. 

Gambar masa konvo Dhia, mummy pakai lipstik Ruby woo. Merah pure! 

Huhuhu. Berbalik kisah MAC.. .husband belikan make up MAC untuk apa? Dia memang macam tu, tak ada ribut taufan. Tetiba ada je surprise. Suka nau la laki kita tu buat surprise. Thank you so much dear ! Moga sentiasa di murahkan rezeki melimpah ruah !




Baca Ini Juga


5 comments

  1. wow...bestnya ada yang belanja....

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Linda.. sesekali dapat suprised macam nie memang bahagia ja rasa..

    ReplyDelete
  3. Eh murah plak lipstick MAC tu..fav make up akak ni..tapi x leh beli selalu..mahal

    ReplyDelete
  4. wah untungnya abang sayang. kalau mama lagi tak digalakkan bermekap.. so jimat haha

    ReplyDelete
  5. MAC Prep+Prime Fix Spray tu nampak menarik..
    Alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki encik suami mummy..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -