Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara

Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara - Alhamdulillah selesai sudah majlis konvo Dhia, kalau seb...

Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara - Alhamdulillah selesai sudah majlis konvo Dhia, kalau sebelum ini anak kami ada terima hadiah pelajar cemerlang dari Tabika nya sendiri (Baca : SINI . Kali ini, naik pentas lagi untuk Tabika KEMAS Dun Kota Damansara pulak. Bezanya, majlis Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara hanya untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Dan ianya bergabung dengan Tabika KEMAS yang lain.

Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi 2019 Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara



Convocation Day Dhia / Hari Apresiasi Tabika KEMAS Zon DUN Kota Damansara untuk tahun 2019 ini di adakan di Kem PERHEBAT Sungai Buloh. Tak jauh dari rumah Tok Mak, dalam 30 minit dah sampai dah. Daddy tak dapat nak hantar kami. Makanya, mummy drive bawa anak-anak. Daim tinggal dengan tok maknya, risau Daim boring dan bosan je kalau ikut. 

Pagi tu, sempat singgah beli air dan roti untuk anak-anak. Mummy pun 1st time ke majlis ini. So, tak tahu ada jual air ke tidak, sarapan ada ke tidak. So, ada baiknya siapkan awal-awal , beli terus sebelum masuk ke kem.





Alhamdulillah, daddy pula datang tepat pada waktunya. Sebelum nama Dhia di panggil untuk anugerah pelajar cemerlang sekolahnya.

Mummy dah daddy di minta iringi anak ketika penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang. Dzal duduk di kerusi jaga tempat je hehehe.

Good boy sorang ni, dengar kata !




Tempat duduk kami pun special, paling depan berbanding ibu bapa lain. Terima kasih Dhia. Kalau Dhia tak terpilih untuk pelajar cemerlang. Mau mummy duduk belakang sekali huhu.

Sebab mummy bantu kawan-kawan Dhia untuk pakai jubah di luar dewan.


Sebelum naik pentas, beratur menanti turn. Terima kasih cikgu ambilkan gambar kami.




Naik pentas mengiringi Dhia. Terharu sekejap, bila mummy daddy di panggil naik.


Cikgu Ina, terima kasih cikgu



Cikgu Ida - Terima kasih cikgu



Bff Dhia, Aimi


Kami bertida sebelum daddy sampai, daddy kerja sebenarnya.


Barisan kawan-kawan Dhia


Barisan pelajar cemerlang dari Tabika KEMAS yang berlainan tempat. Depan Dhia Batrisya, Dhia juga namanya. Dhiya Saffiya (jubah purple) sama sekolah tapi beliau sesi petang. Nama bapa pun sama Mohd F...(sama bermula huruf F)





Gambar beramai-ramai, memasing tak boleh angkat kepala. Dah panas hehehe.

Seronok depa, kecik-kecik dah merasa konvokesyen dan pakai jubah. Dedulu zaman mummy tak ada majlis macam ni. Habis tadika je...Byeeeeeeee..hahaha. 

Konvo bebudak dan konvo dewasa kat U tu tak sama tau. Mencabar lagi handle konvo kids sebenarnya hehe. Nasiblah semua cikgu-cikgu Tadika ni penyabar orangnya.

Next year, Dzal pulak 6 tahun, nanti kita tengok macam mana konvo nya pulak hehehe.


Baca Ini Juga


6 comments

  1. Walaupun baru tadika tapi rasa bangga tetap ada kan kak sebab anak kita pelajar cemerlang..

    ReplyDelete
  2. grand betul budak2 skrg graduate tadika kan..zaman kita kulu x merasa macam ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah Dhia sayang, cantik gambar2 nya mummy kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dhia.... Ingat kita je perasan gambar2 mummy nya cantik...teruja sangat tengok kan.

      Delete
  4. tahniah kakak dhia dah nak masuk sekolah keb dah kan.. semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  5. Yeah!! Dah convo.. Tahniah Dhia..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -