CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN

CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN  -  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Mummy sihat alhamdulillah. Nah M...

CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Mummy sihat alhamdulillah.

Nah Mummy share tips untuk kulit segar dan berseri-seri yang anda impikan... VITAMIN C! Vitamin C mengandungi antioksidan yang kaya dan juga merupakan anti penuaan semula jadi .


CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN


Pendek kan cerita, proses oksidasi secara semulajadi akan merosakkan sel kulit kita (Ibarat macam kalau kita potong buah epal, lepas itu kita biar kan atas meja, lama-lama buah epal jadi lebam sikit kan? Itulah oksidasi). Sebab itu penting ada vitamin C... Vitamin C mampu untuk repair dan memperbaharui sel kulit kita, so kulit rasa lagi 'hidup dan fresh' dan dengan pengambilan vitamin C ni dapat lah merangsang penghasilan kolagen so nampak lah berseri-seri (so tak payah lah nak spend 5 jam tengok make-up tutorial nak nampak berseri dan cerah punya pasal). Cerita pasal kulit cerah, semua orang tahu kan, vitamin C mampu mencerahkan kulit, , vitamin C ni ibarat macam agen peluntur semulajadi. 

And for your information (cewahhh) Kalau tak cukup kolagen didalam sel kulit kita, nanti wajah kulit cepat kendur dan berkedut. So jom jauhi kulit kendur dan kedut di usia muda (muda ke? Hehe) dan start jaga kulit kita dengan vitamin C! Dan baru baru ni, I start consume BiO-LiFE Nat C ni yang mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi. I rasa kulit I start menjadi lebih cerah dan flawless 

Hakikatnya, kita perlu makan 32 biji oren bersaiz sederhana untuk mendapatkan manfaat 1000mg Vitamin C, namun ada jalan penyelesaiannya! 


Nak kekalkan kesihatan ni, mummy memang akan ambil suplemen / vitamin. Tak makan buah ke? Dalam buah ada vitamin juga? Okay, tu betul lah tu...buah adalah real vitamin. Mummy ambil buah juga setiap hari. Tapi, mummy rasa tak cukup intake yang mummy ambil. 

Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan bimbang, kajian telah menunjukkan bahawa paras pengambilan yang dibenarkan untuk Vitamin C, khusus untuk orang dewasa adalah 2000mg/sehari.



Tapi dapatkan suplemen Vitamin C yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia (try beli di pharmacy seperti Caring, Guardian dan Watsons). 

Biasalah, kita kekangan masa, kejar masa, kejar buat itu dan ini. So, ada kala sempat ambil 1 potong atau 3 potong buah sehari je. Huhuhu teruk,kan? Tu yang kena ada backup plan, so Mummy start ambil Vitamin C. Tapi nak pilih vitamin c pun kena buat research jugak. So baru-baru ni Mummy ada nampak artikel tentang produk Bio-Life. Mummy share kat sini apa yang Mummy faham

Korang ada masalah yang sama dengan mummy tak? Intake pengambilan buah atau sayur tak mencukupi piawaian? Kalau ada masalah yang sama. Kita dah sama-sama kena ambil supplemen tapi Mummy memilih BiO-LiFE NAT C 1000mg



KENAPA MUMMY MEMILIH Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg


Mesti korang tertanya-tanya,kan? Kenapa mummy memilih Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg padahal banyak je vitamin C di luar sana. Kalau korang nak tahu, mummy suka dengan BiO-LiFE NAT C 1000mg kerana 

1. Ianya mengandungi 1000mg vitamin C yang diperkaya dengan bioflavonoid sitrus, hesperidin, rosehip dan acerola. 

2. BiO-LiFE NAT C 1000mg menyediakan 1000mg vitamin C untuk mengekalkan kesihatan umum 

3. BiO-LiFE NAT C 1000mg mengandungi 6 dalam 1 formula 


4. Sekali sehari sahaja pengambilan BiO-LiFE NAT C 1000mg dos yang mudah . Orang yang tak banyak masa macam mummy, eloklah ambil sebab sekali sehari je kan hehehe. Kalau lupa jugak nak makan, erm...tak dapeklah nak nolong 

5. Dan paling best, ianya lembut pada perut BiO-LiFE NAT C 1000mg direka khas untuk memberi kesan asid rendah untuk melindungi saluran gastrousus (GI). Siapa yang ada perut sensitif, korang boleh ambil BiO-LiFE NAT C 1000mg

Bagaimana Nat C 1000 membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik? 

* Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas. 

* Orang-orang yang berisiko mengalami kerosakan oksidatif (perokok, pendedahan yang kerap terhadap pencemaran alam sekitar dan cahaya matahari) harus memastikan pengambilan vitamin C sebagai asas untuk melindungi mereka daripada kerosakan radikal bebas. 

* Bioflavonoid telah ditunjukkan untuk meningkatkan tindakan terapeutik vitamin C. 

* Ia mengandungi sumber semula jadi vitamin C dari rosehip dan acerola. 


Siapa yang disyorkan untuk mengambil BiO-LiFE NAT C 1000mg? 



Siapa yang patut ambil vitamin C BiO-LiFE NAT C 1000mg ? 


1. Mereka yang mengidam kulit cantik dan berseri-seri

2. Orang dewasa yang lebih suka kandungan suplemen selain vitamin C 

3. Perokok

4. Individu yang suka ambil makanan dan minuman berkafien

5. Individu yang tak suka makan buah dan sayur

Apakah dos yang disyorkan? 

Dewasa: Ambil satu tablet setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau doktor

Selanjutnya, boleh layari ke :



Baca Ini Juga


6 comments

  1. Menarik...akak memang consume product Biolife, la ni baru habis fish oils, ada multivitamin dan rasa tertarik plak ngan Vit C ni..nanti nak pi cari la..

    ReplyDelete
  2. Memang kita dah berusia 30 tahun ke atas ni kena ada supplemen atau vitamin untuk menyegarkan kulit dan kesihatan dalaman kita. LeYa pun memang ambil vitamin c ni.. Mudah sangat. Hanya sekali sehari je makan. Lagi-lagi Otomen, kaki tegar perokok. Memang suruh dia makan jugak.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. yes saya pun suka vitamin C. memang dok konsisten amek ^_^

    ReplyDelete
  4. Wajib amek supplement vitamin c sekurang-kurangnya utk kesihatan kulit kita ...

    ReplyDelete
  5. Tak termakan kalau Sha ini.. besar sangat tablet dia..

    ReplyDelete
  6. Vitamjn C memang bagus untuk kecantikan dan kesihatan dalaman

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -