Selesai Membeli Baju Sekolah Anak!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua. Kalau korang ada baca entri sebelum ni . Mummy ada buat perbandingan harga untuk 3 buah keda...

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua. Kalau korang ada baca entri sebelum ni. Mummy ada buat perbandingan harga untuk 3 buah kedai sebelum membeli baju bebudak ni. Kedai mana jadi pilihan kami untuk membeli baju sekolah Dhia? 

Selesai Membeli Baju Sekolah Anak! 


Okay, satu kelegaan bila Selesai Membeli Baju Sekolah Anak! 

Kami pi shopping hari Sabtu, 3 minggu yang lalu. Sabtu petang tu, daddy Whatsapp mummy  dari tempat kerja ya... Beliau suruh siap-siapkan anak. Daddy balik je dari kerja, nak ke kedai beli baju sekolah anak-anak. 

Daddy macam biasalah, akan bertanyakan pada PA dia ni (mummy) kain sekolah yang mana bagus, kedai mana yang ok. Mummy pun bacaan terus apa yang dah di tulis di blog (ni lah keguaan blog). Jadi rujukan diri sendiri gitewww haha. 

Daddy nak ke satu buah kedai je. Sebab daddy nak kena sambung g kerja balik. So, kami terus ke BB KIM WAH je lah. Sebab sesebelum ni,  kami pernah shopping baju sekolah anak. memang ok kedai tu 


Test... Nk tudung macam ni. Tak nak tudung sarung. Huhu. Oklah.. Koshibo kain ya. Tak licin sangat, tak keras sangat. Warna pun ok, ala-ala biru nila


Sampai rumah posing sat.. Aloalaolo... Dah besar anak mummy. 


Baju sekolah agama. Pakai tudung tu je Berjam-jam.. Alahai anak. Melawa lama sangat

Bajet burst sket dari apa yang plan sebab daddy nak kualiti untuk seluar sukan, baju dalam, stokin. 

Nasib baik semua bajet anak-anak ni daddy yang keluar hehehe. Mummy bajet untuk benda lain. Hehe

Shopping baju sekolah ni.. Boleh tahan juga untuk 1st time anak sekolah ni kan. Tak pe lah, bukan tiap-tiap bulan pun nak kena beli. Setiap awal tahun aje. 

Next year, Dzal pulak 1st time masuk sekolah darjah 1. Seram pulak tengok anak semakin membesar. 

Walau semua bajet daddy. Tapi, mummy bukan lah isteri pisau cukur. Tetap mencari tempat membeli belah yang harga patut

Berjimat cermat lagi bagus. Yang lelebih tu nanti boleh lah kita buat pi holiday. 

Hehe cuti November Disember ni, kami tak holiday keluar Selangor KL. 

Insyaallah raya cina, kami keluar bercuti... Ke mana? Jeng... Jeng.. Jeng 

Stay tune.... 


Baca Ini Juga


9 comments

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah lega rasa hati kan bila selesai beli baju sekolah anak2 ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah siap semua dah beli ya. Kita pun tunggu baju anak sekolah tadika siap..bila la cikgu nak contact. Adoi tak boleh kemana2.

    ReplyDelete
  3. Lega kan dah shopping baju sekolah anak. Saya tinggal baju Aina dan tudung diorang je. Yang lain dah settle

    ReplyDelete
  4. seronoknya dhia nak bersekolah, siap dah persiapan sekolah Dhia, Mummy senang hati dah kan!

    ReplyDelete
  5. Lega kan bila dah siap semua barang sekolah anak. Kak Sue tak beli lagi Linda.. tinggal Adik sorang ja sekolah tahun nie, tu pun ingat nak beli jubah aja sebab yang lain semua dah ada dah..

    ReplyDelete
  6. Akak x beli lagi baju dan barang sekolah kakak Dania...dapat gaji nanti la kot...

    ReplyDelete
  7. legaa kan.. satu perkara dah setel

    ReplyDelete
  8. kita pun dah start seram walaupun anak baru masuk tadika je.

    ReplyDelete
  9. Bab pakaian sekolah anak-anak ini memang kena cari yang terbaik.. sha pun beli kain Koshibo, lebih selesa untuk anak-anak pakai..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -