2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020

2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020 - Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Tak sabar ...

2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020 - Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Tak sabar nak ke wawasan 2020 . Eh ! Tahun baharu 2020 lah ! Cerita tentang awal tahun atau tahun baru ini, mummy suka lepak dengan family atau keluarga santai makan-makan. Tempat lepak dan makan yang mummy suka pastinya di GrandBlueWave Hotel SHah Alam. Tempat makan yang tenang, teratur, cukup fasiliti seperti kemudahan parking, bilik air dan surau. Nak borak-borak pun best, sebab suasana di sini tak bising !

2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020

Kalau korang nak tahu, sempena 2020, Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu 2020 dengan Hi-Tea Tahun Baharu di Restoran Royale Songket, Aras G. Nak rasai semangat musim perayaan dengan menu buffet yang menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan keceriaan sambutan Tahun Baharu? Jom nikmati 2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020



Sebelum mummy bercerita tentang 2 Jenis Promosi di Grand BlueWave Hotel Shah Alam untuk Hi-Tea, Dinner New Year 2020. Kalau korang nak tahu, mummy paling suka dessert di sini. Dan terawal mummy akan terjah ialah misi mencari dessert hehe. Tengok tu ha. Penuh pinggan weiiii. Puas makan hi-tea kat sini.






Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri kal;au ke hotel. Hi-Tea Tahun Baharu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel. Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé. 


Makan reramai , nak buat gathering memang mummy highly recommended sini, lah !



Tetamu boleh memulakan keterujaan menikmati hi-tea dengan pelbagai pembuka selera seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil. 



Tumpuan utama hi-tea adalah barisan masakan utama yang pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay. 


Seterusnya, pengunjung dapat menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos. 




Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons. 



HARGA HI-TEA DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. 

Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019. 


Promosi 

New Year Hi Tea : RM69.00+ setiap orang (dewasa) 
Tempoh promosi : 1 Januari 2020 (Rabu) 
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G. 

Makan malam ambang Tahun Baharu : RM95.00+ setiap orang (dewasa) 
Tempoh promosi : 31 Disember 2019 (Selasa) 
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801 atau 019-2757801. 

Layari laman web www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

Baca Ini Juga


7 comments

  1. Sedap-sedapnya nampak hidangan yang disediakan tu. Terus rasa lapar memalam ni tengok makanan yang disajikan dengan penuh menarik sekali

    ReplyDelete
  2. Memamg salah satu hotel yang selesa dan best nak lepak sambil makan-makan kan Linda. Pilihan makanan pun banyak, berbaloi sangat..

    ReplyDelete
  3. Makanan semua nampak sedap.. nak-nak macaron yang berwarna warni tu sedapnye

    ReplyDelete
  4. Sedapnya semua makanan...lama dah x pi makan2 best macam ni...

    ReplyDelete
  5. waa menariknya promosi bluewave ni

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap makanannya semua, kalau hotel ni kat KL mesti dah pergi.

    ReplyDelete
  7. Puas hati tengok menu makanan dia..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -