Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020

Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020 - Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Korang yang ada anak sekolah tu, dah siap beli barang sekolah dan sesiap beli buku sekolah ke tu? Kami belum lagi siap habis untuk beli barang sekolah anak. Almaklumlah, baru nak darjah 1, tahun 2020 ni. Maka, semua nak kena baru. Semalam.. merupakan hari pertama mummy jejakkan kaki ke kedai buku sekolah anak. Beberapa bulan yang lalu pula, mummy dapat senarai harga bayaran yuran Dhia untuk Sekolah tahun 1, 2020. Jom tengok berapa kos untuk Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020

Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020



Gigih pepagi buta, mummy dah terpacak depan kedai buku sekolah. Memang minda dah set, pagi-pagi terus ke sekolah. Bila mindset dah set gitu, memang alhamdulillah pagi dah sampai. Orang pun tak ramai. Ye lah.. Mummy kan anak pertama kali nak sekolah sini. Maka, kena datang awal, senang nak bertanyakan itu ini dengan ibu bapa lain yang ada di situ. Alhamdulillah, semua ibu bapa yang nak beli buku sekolah anak semalam, peramah belaka. Masing-masing berikan tips yang berguna untuk mummy. Ha... Tu lah motif mummy nak datang awal dan berpagi-pagian. Kita kenal dengan environment sekolah dulu. So, semalam tu, mummy dah boleh agak berapa pasang baju sekolah perlu beli. Sebab seminggu, 2x sukan. Sekali pakai baju PJ dan sekali lagi dalam seminggu akan pakai baju rumah sukan. Maknanya, baju sekolah akan di pakai 3x seminggu je. Lain sekolah, lain cara ya. Bila dapat kenal ibu bapa lain waktu macam ni. Banyak input yang mummy dapat alhamdulillah. Dan, mummy sebenarnya.. I hate last minute job! Walau sebenarnya, mummy bukanlah 100% punctual pun. Okay, sebelum mummy melencong cerita.. Jom tengok kos Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020

Sekolah Kebangsaan


Peralatan keperluan darjah 1 : RM63
PIBG : RM50


Buku + lencana + Seluar Sukan + Baju PJ = RM90

Sekolah Agama


Yuran = RM63
PIBG : RM130


Buku +/- RM90

Jumlah Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020 sekolah kebangsaan + sekolah agama ialah RM486

Baju sekolah : belum beli lagi, nanti dah beli. Mummy update bajet di sini. 

Kasut sekolah : Done

Beg sekolah & alat tulis : Done



Shopping untuk buku dan peralatan sekolah KEBANGSAAN is DONE. Sekolah agama, kedai bukunya pula akan di buka pada 16hb ni. So, get ready mummy menariii cha cha sana sini. Pi sana sini.. bulan ni hahaha. 

Orientasi darjah 1 pula, bakal di ada kan pada 27.12.19. Orientasi Dzal pula 30.12.19. Fuh, peluh tiak uruskan semuanya. Walau bagaimanapun. Semuanya pengalaman yang tak dapat di jual beli. Ye dakkkk... 

11 comments on "Yuran Sekolah dan Buku Sekolah Anak Darjah 1 Tahun 2020"
  1. PIBG paling mahal erk..hehehe...akak dah merasa dah masa anak masuk darjah satu dulu...nak2 dia sorang je anak tunggal. sampai sekarang PIBG memang mahal la dia bayar sorang

    ReplyDelete
  2. Belum merasa lagi zaman anak sekolah ni hihi. Feeling2 jap sambil jenjalan kat blog Mummy 😘😘

    ReplyDelete
  3. Sha dah selesaikan sebahagiannya.. Tinggal nak beli buku je hujung bulan 12 nanti untuk sekolah pagi dan sekolah agama..

    ReplyDelete
  4. saya anak kembar, sorang rm200 jugak la. hehehee

    ReplyDelete
  5. Sekola pagi dan sekolah agama asing asing ye kak. Ingatkan sekali.baju sekolah anak anak sy dah beli seornag dua helai. Kain je x beli sebab kain masih elok dan labuh. Tp nampak gaya baju kakak aina kena beli lain sbb tahun dia pakai baju kaler ungu pulak..

    ReplyDelete
  6. Awalnya beli buku. Baca ni tadi terus cari list buku anak. Nak tengok tarikh beli buku. Hahah.. Sekolah anak saya 26 Dis baru kedai buku dibuka.

    ReplyDelete
  7. belum ada anak lagi.. ahhahhaha.. anywya ini boleh jadi tumpuan pd yang 1st time nk beli buku anak anak

    ReplyDelete
  8. Huihhh la rege sekarang... Semua kena beli yg kat sekolah pulak tuuu... Tapi takpe la demi anak... Hehehe... Good luck kak!

    ReplyDelete
  9. aida lom start membeli, alin.
    izzat skola swasta - byr and sekolah uruskan.
    syuhada baru nak naik form 1. so tunggu la dulu dpt skola mana.
    memang next month punyer gaji utk diorang jer lah.

    ReplyDelete
  10. Yuran PIBG tu dah memang diselaraskan ke?
    Sebelum ni sekolah anak rm30 je, hari tu mesyuarat, naik rm50. Huhuhu.

    ReplyDelete
  11. good info.. kena speend more lah nampak nya.. kita pun anak sorg n first time handle semua nie.. hope semua nie berguna.. tq again..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com