Bagaimana melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama?

Hai ..Assalamualaikum semua. Siapa yang memandu kereta atau van? Mummy dah lama memandu kereta, tapi selalu pening bab timing belt. Ada masa, malas nak layan. Biar laki ku sahaja yang layan hahaha. Oh ya, alang-alang bercerita tentang timing belt ini, Bagaimana korang melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama? 

Ada setengah workshop kata setiap 3-4 tahun tukar je timing belt tu. Nak paling bagus, tukar setiap 2 tahun. Perghhhh...

Bagaimana melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama?




Ada yang tak tahu apakah itu timing belt? apakah itu tali sawat ? dan kenapa ia begitu penting bagi enjin kereta korang ? 

Pada dasarnya ia adalah tali - biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi - yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak. 

Dengan kata lainnya, tali sawat dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik. 

Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika tali sawat rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Sebenarnya ini adalah senario kes terbaik. 

Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila tali sawat putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka. 


Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah. 

Semua ini, boleh mengakibatkan kesan buruk dan membebankan jika tali sawat rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar tali sawat mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan. 

Memandangkan penukaran tali sawat tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah penyelenggaraan. 




Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian tali sawat untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir. 

Untuk menggunakannya, hidupkan enjin terlebih dahulu. Kemudian ambil botol WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing bersama straw kuning yang tersedia dan goncang sebelum menyembur produk ini secara perlahan pada permukaan dalam tali sawat - berdekatan takal terkecil atau paling tinggi. Elakkan menyembur secara terus ke arah takal. 

Kemudian, biarkan enjin hidup beberapa minit supaya set terbabit dapat dibersihkan. Penyelesaian ini boleh diulang semula jika perlu. 

Langkah mudah ini adalah cara yang diperlukan untuk memastikan tali sawat anda tahan lebih lama. 




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan produk pakar penyelesaian automotif, boleh melayari https://wd40.asia/

MENGENAI SYARIKAT WD-40® 

Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu 

ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive 

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.


2 comments on "Bagaimana melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama?"
  1. ray x pernah betul2 study pasal ni

    ReplyDelete
  2. Baru tahu boleh jaga timing belt dengan wd40. Selama ni tahu drive je, langsung tak ambil tahu pasal kereta2 ni.. Hahaha

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com