NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADA!

NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADAAssalamualaikum dan salam sejahtera.. Ada kala kita ni, nak menderma RM, tapi tak berapa banyak boleh nak di sumbangkan. Tapi, jika kita boleh sumbangkan barangan terpakai yang masih elok. Tentunya, ramai yang boleh sumbangkan dengan lebih. Betul, tak? Setuju, tak? 


NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADA


Berbalik kisah sumbangan dan derma ni, mummy berbesar hati untuk share di blog kali ini. Lama tak share benda-benda kebajikan NGO. Sebenarnya, memang mummy nak perbanyakkan aktiviti kebajikan tahun ini sehingga tahun mendatang. Bukan lah, nak jadi orang yang acah-acah baik. Tapi, dah umur semakin senja ni, takkan nak kumpul duit adsense je kan. Hahaha. 

Jualan Kasih Sayang Aracare kembali lagi 💕 Kalau korang nak tahu NGO ARACARE sedang di dalam proses  pengumpulan barangan

1. Preloved ( barangan terpakai ) bagi JUMBLE SALES 

2.Pada 8 MAC 2020 bagi mengutip dana utk tabung mereka 

Sesiapa yang berminat nak berikan barangan preloved (terpakai) seperti :

 1. barangan seperti pakaian ( lelaki, wanita dan kanak2)
2. Permainan kanak-kanak 
3. bahan bacaan.

Mummy pasti, ramai di antara kita yang sedang kumpul barangan yang elok. Tapi, tk tahu nak sedekahkan atau saluran ke mana. 


Aracare sebuah badan NGO ini, sentiasa membuat aktiviti kebajikan. Mereka bukan sebulan dua melakukan projek seperti ini, ye. Sebenarnya, sudah bertahun-tahun lamanya. 

Mereka berasal dari aktiviti keluarga dan kenalan rapat sahaja. 

Sehingga kini, beberapa buah sekolah telah memanggil pihak Aracare untuk bekerjasama

Berminat untuk join sedekah 'tanpa duit' hanya dengan barangan terpakai.

Hubungi Aracare atau boleh tanya mummy personal utk nombor person in charge. 

Sebahagian barangan yg telah dikumpulkan juga akan di sedekahkan pada komuniti rohingnya di kawasan Puchong dan Subang Bestari

Sekiranya anda berada di sekitar Selangor/ KUALA Lumpur

Pengambilan barangan, pihak Aracare boleh diuruskan..☺

Selanjutnya, boleh layari ke :

#aracare #ngo #charity #derma
2 comments on "NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADA! "
  1. menarik.. semoga semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Insiatif yang bagus dilakukan Aracare ni. Boleh bagi barang preloved dekat rumah ni hah.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com