TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?

TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? - Assalamualaikum dan selaat sejahtera. Semenjak PKP - Perintah Kawalan Pergerakan yang raat-rata semua tahu telah dilanjutkan lagi 14 hari sehingga 28 April 2020 dan mungkin / tidak mungkin akan bersambung lagi PKP ni. Wallahualam. Yang mana penuh kerisauan dan tak tahu apa kan terjadi. Dan, mungkin korang ada duit KWSP / EPF (akaun 2) yang mencukupi. Korang boleh juga keluarkannya Apa? Tak ada i-Akaun, tak ada pin nombor, tak pernah buat online KWSP / EPF ini? Jangan risau...meh mummy sharekan MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI TANPA ADA PIN NOMBOR.


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? 


TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Ha...senag aje ! Korang boleh mohon i-Lestari Melalui E-mail atau pos

Enri blog mummy sebelum ini di : https://www.azlindaalin.com/2020/04/daftar-iakaun-epf-online-rm500-ilestari-kwsp.html mummy ada sharekan cara nak daftar i-akaun EPF / KWSP. Mummy baru dapat tahu, rupanya tak perlu daftar i-Akaun, boleh apply terus pengeluaran i-Lestari melalui email atau pos

Caranya sangatlah mudah dari kita daftar i-akaun EPF / KWSP dari email tu tau !

CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?


CARA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI? Korang ikut aje langkah-langkah ini ye !



1. Download borang

Korang WAJIB download borang Permohonan Pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/…/…/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf


2. Siapkan dokumen yang diperlukan:

i.  Borang Pengeluaran KWSP 9iL, boleh download dekat link di atas.
ii. Salinan MyKad
iii. Buku bank/ penyata akuan simpanan/ atau penyata akan semasa, atau pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun
iv. Lain-lain dokumen jika KWSP minta selepas tu.
v. Jikalau lupa nombor keahlian EPF / KWSP . Korang jangan risau ye. Tinggalkan kosong je bahagian tu, asalkan no IC / Nombor Kad Pengenalan diisi dengan betul.

3. Print borang, isi borang

Untuk permohonan terus ini, korang kena print borang sesiap tau ! Dah ada borang, langkah seterusnya. Korang kena siapkan isi borang tersebut. Isi semua butiran dengan pen hitam, tau !

4. Scan borang

Borang dah siap di tulis. Korang kena scan borang. Cari lah rumah jiran tetanggan yang ada printer boleh scan jika korang tak ada scanner.


5. Email atau pos borang


Selepas siap semua langkah 1-4 , emailkan kesemuanya kepada ilestarimohon@epf.gov.my



Alamat POS:

KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya ATAU melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula

Siap ! Tunggu sahaja reply dari pihak KWSP / EPF sahaja .....

All the best !
3 comments on "TAK ADA EPF ONLINE, MACAM MANA NAK KELUARKAN DUIT KWSP / EPF i-LESTARI?"
  1. Macam suami saya ada akaun kwsp. Saya baru nak daftarkan isi borang sekali jeluar cara lagi mudah. Alhamdulillah lulus

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com