5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI !



5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI ! Mummy memang penggemar karipap, lelagi karipap yang ranggup. Sebelum PKP / MOC mummy  memang lebih rajin beli karipap siap je kat kedai... yang harganya 50 sen untuk satu karipap ! Allah, nak makan karipap pun sorang aje, kan ! Beli je senang, cepat pun cepat. Tapi bila PKP / MCO ni susah yakmat nak dapat karipap. Akhirnya , mummy cuba untuk buat karipap sendiri. Risau juga tak jadi buat karipap tu ha. Takut juga keras ke, termasin ke, terkurang rasa ke. Tapi, kuatkan semangat untuk buat Karipap Daging. Alhamdulillah jagi weiii !

Kalau korang pun sejenis macam mummy takut karipap tak jadi atau tak tahu cara macam mana nak buat karipap. Nah mummy share kan 5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI !

5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI !


#1 Karipap Daging by Azlinda Alin

Resipi di SINI

#2 Karipap Ayam / Daging dari Fadila Sofia

Resipi dari : FB Fadila Sofia



BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)

1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 Sb tepung jagung
2 Sb tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sk garam
.
.
BAHAN INTI

4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging ( cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Sb rempah kari daging
1 Sk jintan manis
1Sk serbuk ketumbar
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa.
.
.
Cara memasak kulit karipap:

1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung.
2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.
4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap .
6. Goreng dengan api perlahan.
.
.
(Cara Membuat Inti)

1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam.
3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul2 kering).
.
.
.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.

* dalam gambar ni sebelum goreng tau

#3 Karipap Pusing




Doh A :
300 gram tepung gandum
1/4 cawan minyak, panaskan dgn 2 sudu majerin
1/2 sudu teh garam
125 ml air ais

Doh B :
150 gram tepung beras
125 gram marjerin

inti karipap :
300 gm daging kisar
300 gm kentang (dadu)
1 labu bwg besar (dadu)
*3 ulas bwg putih
*3 ulas bwg merah
*1 inci halia
1 pack rempah kari (25 gm)
daun sup & daun bawang

tumbuk bhn *. Tumis hingga naik bau. Masukkan rempah. Masukkan bhn lain. Tambah air sikit. Masak hingga kentang & daging empuk. last masukkan daun sup & daun bawang. Garam utk rasa.

Kredit Resepi : nor suhaida nor suhaida via mahn

#4 Karipap Ayam


Resipi dari FB Lin Linda Azlinda

Bhn:
5 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
4 sudu minyak msk
1 sudu teh garam (bancuh dgn segelas air sejuk dr peti ais)

Cara: cairkn marjerin & minyak ats api yg sederhana kemudian tuangkn ke dlm tepung (hati2 ye sbb panas, sy ratakn menggunakn sudu) gaulkn biar sebati dgn tepung. Kemudian baru la di masukkn air garam td sedikit2 dan uli sehingga tepung tidak melekat pd tangan. (Pastikn doh tidak terlalu keras atau lembik ya..) * selepas proses menguli sy suka rehatkn doh lebih kurang stgh jam sebelum di'karipapkan' 😆

Bahan utk inti:
3 biji kentang (potong dadu)
1 keping dada ayam (potong dadu@cincang)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu cili kisar
3@4 sudu teh rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa.

Cara:
1. Tumiskan bawang merah, bwg putih & cili kisar sampai naik minyak. Kemudian masukkan rempah kari. Gaul rata.
2. Masukkn pula isi ayam, daun kari dan kentang. Kacau rata, boleh tambahkn sedikit air dan tunggu hingga kentang empuk.
3. Akhir sekali perasakn dgn garam dan sedikit gula.

*Jika tak suka daun kari boleh la di tukar kpd daun sup & daun bawang yg dihiris.
* Kalau nk tukar isi ayam kpd daging kisar pun boleh ya.


Resepi FB : Finaz's Home Bakery

#5 RESEPI KARIPAP RANGUP INTI AYAM & KENTANG

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air sejuk dari petiais} lebih kurang
2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:

1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
2. Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
3. Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Resepi Inti Kari Ayam & Kentang

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 labu bawang besar Holland} dipotong dadu
5 biji ubi kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari

Cara membuat inti:

1.Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
2. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
4. Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari.
5. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga ayam masak.
7. Masukkan bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.
8. Kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
9. Angkat dan sejukkan.

Korang nak try buat karipap sendiri. Ha, jomlah ! Pilih sahaja dari 5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI !
6 comments on "5 RESEPI KARIPAP DAGING / AYAM MUDAH, SEDAP DAN GERENTI JADI !"
  1. Sedapnya karipap.
    Kalau saya buat karipap, belum siap mengelim separuh inti sudah masuk mulut hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. Karipap pusing tuuuuu geramnya nak makan.. 😂

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya karipap.. Kak Sue belum pernah cuba lagi buat karipap sendiri. Selalu nak makan beli aja..

    ReplyDelete
  4. sesedap ni, alin.
    so far aida lom lagi buat karipap sendiri :) walaupun senang ha ha ah ha...
    terasa nak buat inti sardin, alin.
    kami peminat inti sardin. lebih bawang :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya karipap.. Tapi tak pandai nak buat sendiri..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com