Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Sihat ke? Macam bia...

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Sihat ke? Macam biasa, mummy nak sharekan resipi paling mudah buat karipap. Kalau korang Google, mesti ada banyak jenis resepi Karipap kan ! Cara mummy ni cara memang mudah dan juga cara orang dedulu buat karipap. Sedap pun sedap juga ! Ceh ! Puji diri sendiri. 

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Kalau korang nak tahu, mummy pertama kali buat karipap dari A- Z tau. Masa memula, minta daddy belikan tepung dan bahan untuk buat karipap. Daddy macam pelik juga. Siap tanya mummy berkali-kali. Are you sure nak buat karipap? Pandai ke buat karipap ? 

Aduh, boleh dia tanya macam tu? Haruslah boleh buat,kan ! Ini pun mummy buat sempena PKP 1, PKP paling ketat masa ini. Dan first time alaminya. Maka, sedikit bosan la, kan ! Kalau tak kerana PKP. Karipap beli ajelah 😁

Rumit buat karipap sebenarnya kan. Mummy punyalah confident bancuh 1 kg tepung ko. Hahaha, amek ! Banyak namatey karipap ku !

Memula, mummy ngat nk buat karipap pusing, adunan dah buat untuk karipap pusing. Tapi, anak2, kejap nangis nak tidur, kejap nak makan, kejap anak-anak nak mandi

So, satu kan ajelah semua hehe

CARA BUAT KARIPAP RESEPI PALING MUDAH !





Inti karipap, mummy buat menggunakan kari daging dan isi daging. Bahan-bahan untuk inti karipap adalah seperti berikut

5 biji ubi kentang potong kecil
Sedikit Daging potong kecil
3 ulas bawang merah kecil (blend atau tumbuk)
1 ulas bawang putih (blend atau tumbuk)
Sedikit halia (blend atau tumbuk)
3 cubit garam


1 paket tempah kari Daging adabi
Daun kari (jika ada)
Sedikit air.

Masak hingga kering dan ubi Kentang masak

Dah siap inti karipap, kini masanya untuk mummy buat kulit karipap pula. 



Kulit karipap mummy buatkan 2 bahagian, sebab nak buat kulit karipap pusing memang kena buat 2 jenis adunan.

Adunan 1

Tepung gandum 1/2 kg
3 gelas minyak masak

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Manakala adunan ke 2

Tepung gandum 1/2 kg
1 1/2 gelas air bersama 1 sudu garam

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
bebola kan semua adunan


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
campurkan dan gelekkan semua



Tak jadi buat karipap pusing, buat biasa je, campurkan semua adunan

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging


Alhamdulillah siap, boleh la makan breakfast, tea time untuk 2-3 hari ni. Jimat masa untuk masak dan prepare 😅

Baca Ini Juga


4 comments

  1. sedapnya karipap daging..rajin buat karipap kentang atau sardin je..Tapi tulah..nak kelim memang tak pandai..sudahnya kita pakai acuan je..settle...

    ReplyDelete
  2. terbaik la linda gigih buat sendiri. akak beli yg frozen aje haha

    ReplyDelete
  3. Rajin Linda buat sendiri, puas makan kan kalau buat sendiri..

    ReplyDelete
  4. Yeah!! Berjaya.. tahniah mummy..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -