Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman - Kisah PKPD Mac hingga May 2020, walau mummy tak keluar bekerja. Mummy agak sibuk dengan macam-maca...

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman - Kisah PKPD Mac hingga May 2020, walau mummy tak keluar bekerja. Mummy agak sibuk dengan macam-macam aktiviti. Termasuklah aktiviti memasak menggunakan resepi orang lain.  Kebetulan memang rumah mummy dah sesiap rekod siaran masak by Dato Rizalman di Astro. Bila dah duduk rumah tu, semua siaran yang kita rekod tu, tengok lah balik satu per satu. Dalam pada tu....Sempat juga mencuba 2 resipi Dato Rizalman. Entri ini, mummy share 1 resipi Dato Rizalman dulu ye !

Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman



Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman ni nampak mudah je, macam kari bersambal orang kata. Tapi, apa yang lainnya? Ha..syle masaknya lain ye. Dia menggunkan kaedah tumis darat dulu. Macam mana tu? Jom baca sampai habis ye.

Bahan-bahan Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Sebelum tu, jom kita tengok bahan yang perlu ada untuk Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman

Bawang merah di hiris
1 kg daging lembu
Ghee (minyak sapi)
Cili boh siap blend (dalam ni, mummy dah siapkan bawang merah bawang putih, halia campur dalam ni)
1 paket kari daging (kecil)
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
Daun kari
Cili kering
Asam keping (kalau ikut resipi Dato, beliau menggunakan cuka)

Cara Masak Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman



Bahan-bahan untuk Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman dah ada. Seterusnya, mummy akan tunjukkan cara masak Daging Masak Sapi Resepi Dato Rizalman ye. Pertama sekali, asingkan 2 periuk (kuali ke atau apa-apa gadget korang ye ). Periuk 1 , tumis darat dengan memasukkan minyak sapi,  cili kering, 3 sekawan, bawang merah yang di hiris dan daun kari (masukkan dengan batangnya kerana aromanya disitu kata Dato'). Tu yang best tengok siaran Dato, banyak tips yang Dato Rizalman share.



Tumi sdarat ni, tak perlu lama ye. Masak sehingga naik bau je !



Periuk ke-2 ni, letakkan semua bahan  sekali harung iaitu daging, rempah kari, cili boh, asam keping.  Gaul hingga rata ye.

Dah gaul sebati, masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk ke-2 ni !



Masak sehingga daging empuk !



Sebelum tutup api, perasakan masakan tadi dengan sedikit gula dan garam ! Siap dan boleh di makan dengan nasi panas-panas !



Pergh, memang sedap masakan tumis darat ni. Sebelum ini, mummy memang tak tahu tumis darat. Sehinggalah , tonton siaran Dato Rizalman ni di ASTRO.

Apakah resepi Dato yang kedua mummy cuba? Jeng...jeng...dakan mummy rajin menaip ye !

Baca Ini Juga


3 comments

  1. kena try nanti ni, selalu saya buat resepi nenek saya je haha

    ReplyDelete
  2. hurmm..menarik resepi ni..boleh shida cuba nnt :)

    ReplyDelete
  3. Adehhhh sedapnya tgk resipi ni.. Kecur ailio kita kak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -