DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK

DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK - Dah alang-alang cerita tentang deko dapur, mummy cerita juga sekali tentang deko almari an...

DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK - Dah alang-alang cerita tentang deko dapur, mummy cerita juga sekali tentang deko almari anak-anak jugaklah. Anak-anak kami ni semua kecil-kecil lagi. Kalau semua baju di gantung hanger, akan susahkan dorang untuk ambil. Tapi, bila semua baju kita lipat dalam almari. Habis roboh pulak !

DEKO SUSUN ATUR ALMARI BAJU BASAHAN ANAK-ANAK 


Deko susun atur almari baju basahan anak kami ini,terjadinya idea, masa MCO baru-baru ini. Mummy dah fikir panjang nak letakkan bakul dalam almari anak-anak untuk baju basahan dorang. Untuk almari yang ada sekali tempat gantung hanger tu pulak, mummy buat letak baju jalan-jalan je.

Baju jalan tu, tak stress sangatlah sebab bukan hari-hari nak buka almari dan pakai. Yang dok pening ni, almari baju basahan tu ha. Tak larat nak kemas dan lipat berkali-kali.



Mummy beli semua ni kat kedai ECO RM2.10 je. Bahagian atas sekali tu, barangan madian, losyen, berus gigi. Stok kekononnya tu. Dan rak kedua tu, semua pakaian Dhia. Rak ketiga pula, adalah ruangan baju basahan Dzal. Rak empat, barulah Daim. Ada bahagian bawah sekali tu, mummy dok sumbat stok buku dan paper bag kasut budak-budak ni. 

Abaikan baju yang tak lipat kemas lagi dalam bakul tu ye .

Susun punya susun, mak aiii banyaknya baju basahan Daim. Ye lah, mana baju Dzal yang tak muat tu. Semua dah diturunkan pada Daim. Sekarang ni, Daimlah paling banyak baju hahaha.



Bakul spender, bakul stokin, bakul baju dan seluar . Pink semestinya untuk Dhia. Yang bakul biru besar pulak, Warna tu je lah ada kat kedai ECO. Tak apa lah, dalam almari je pun kan. Yang penting budak ini ambil baju dah tak roboh lagi haha. 



Dzal pun saama dengan Dhia je bakulnya.



Over banyak baju-baju Daim ni ha..Nanti, mummy nak buang lagi mana baju-baju yang dah tak muat. Biasanya, 6 bulan sekali mummy audit baju dorang. Sian pulak, bila tengok anak pakai baju yang kecik-kecik ni ha.

Bilik anak-anak masih belum habis deko lagi, kami buat slowly part by part. Fuh, jenuh juga nak mengemas rumah yang sarat dengan barang ni hehe.

Lepas settle dapur, nak deko elok-elok dulu bilik mummy daddy. Lepas tu, barulah ke bilik anak-anak.

Rumah kami sendiri ni, masa MCO lah duduk hari-hari. Kalau hari kerja tu, kami ni kebanyakannya duduk rumah mak.

Sebab tu, banyak barang. Balik ke Kajang je, bawa barang. Lelama menggunung barang.

Kata si Marie Kondo, kena amalkan buang barang lama, baru beli barang baru. Barulah rumah nampak clean dan tidy ...

Betul jugak tu !

Baca Ini Juga


3 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -