PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM

PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM - Okay, siap dah cerita part 3 ni...Walaupun belum...

PART 3 : DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM - Okay, siap dah cerita part 3 ni...Walaupun belum siap 100% dapur kami ni, tapi mummy syukur sangat-sangat, setelah menunggu 2 bulan. Hampir selesai siap kitchen cabinet kami. Sepanjang ukur hingga lah siap. Rumah pun macam kapal nak pecah hehehe. Mana taknya, semua barang dapur kena alih ke hall depan. So, bersepah nauzubillah lah ! Bila kitchen cabinet ini siap, memang satu kelegaan lah ! Jom tengok serba sedikit DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. 

DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM

DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Yang asalnya, kami suami isteri tetiba terlintas nak cari quotation Kitchen Cabinet (KC) selepas PKPB, iaitu kira-kira awal PKPP. Boleh juga baca di entri mummy sebelum ini di SINI . Ngam pulak, Ogos 2020 siap kitchen cabinet rumah kami. Memang Ogos sangat meaningful bagi mummy. Dengan kelahiran bulan bapa mummy, bulan kelahiran mummy, Dhia naik Quran bulan ni juga (nanti mummy story ye) .

Berbalik kisah DEKORASI DAN UBAH SUAI DAPUR APARTMENT KAMI DENGAN KITCHEN CABINET WARNA HITAM. Sejujurnya, kami tak arif pun tentang kitchen cabinet. Nak Google pun malas. Banyak sangat mengadap phone di sebabkan kerja. Sampai nak Google pun dah tak minat. So, kami terjah je mana-mana kedai yang kami rasa nak terjah. Gittew hehehe. So, hasil dari terjah beberapa kedai tu, kami dah dapat idea mana yang ok dan mana yang tak sesuai dengan kami. Dan, kami belajar ciri-ciri kitchen cabinet ni ketika buat survey. 

Kami buat survey sebanyak 4 buah kedai kitchen cabinet di sekitar Kajang (kawasan berhampiran rumah kami) dan akhirnya, kami tertarik dengan kedai kitchen cabinet yang betul-betul di kawasan deretan kedai depan rumah kami.

Lagi pun senang kalau ambil kedai yang dekat dengan rumah kita, nak terjah ke opis (showroom) ke nak terjah jumpa consultants dia pun senang hehehe. 



Antara Quotation kami dapat

1. Company All*** (Saujana Impian Kajang) 
RM14K± Melamine & 3G
RM17K fully aluminium & 3G
L Shape
FREE GIFT
Tak mentioned, tak berapa nak permah huhu

2. Company Ev*** (Saujana Impian) 
RM12K Half Aluminium & Half Melamine
Ada tall unit 
FREE GIFT
1. 1 set Sink
2. Spoon Tray
3. Dish Rack
4. Soft close & hingers

3. Company P*** (Bandar Teknologi Kajang) 
RM12K++
Melamine & 3G
L shape sahaja
FREE GIFT
1. Soft close & hingers

4. Company Cl** (Kajang Perdana) pilihan kami
RM7K ++
Fully Aluminium, 3G & Tall Unit 
FREE GIFT
1. Microwave
2. 1 set Sink
3. Spoon Tray
4. Dish Rack
5. Soft close & hingers 

P/s Semua quotation di atas tak termasuk pembikinan lubang paip sink, plug, wiring. Yang ni semua kami pakai tukang yang buat tiles. Senang sekali Jalan siap & terus pasang kabinet ikut point yang dah siap. 

Nampakkan.. Kitchen cabinet ni, bukan semata kitchen cabinet. Bajet kitchen cabinet ni, banyak hidden cost (cas tersembunyi) dia. Nak upah orang pasang sistem paip sink, nak buat point letrik plug, nak tukar tiles dan lelain lagi. Belum cost gadget dapur

So, kalau ada bajet RM20K, kena lah cari quotation dalam bawah RM15K. 

MATERIAL KITCHEN CABINET APARTMENT KAMI

Setelah buat perbandingan, material dan harga. Kami meneruskan dengan kedai ini je (Clas***>. Sebab harganya murah banyak  tau.. berbanding kedai lain. Murah tu, bukan bermaksud 'tak berkualiti' ye . Hehehe. Tapi, murahlah bila dah buat survey di beberapa kedai. 

Bila bajet tu, kami dapat bawah dari bajet daddy.. Consider murah jugaklah hehe

Jadi, bolehlah kita top up untuk beli Hood, Hob, Oven, Microwave. Bijak tak.. 

Apa material kitchen cabinet kami? Okay , kitchen cabinet kami menggunakan :

100% aluminium termasuk skirting, kebanyakan kitchen di luar sana. Yang murah tu, adalah material melamine. Kenapa kami memilih aluminium? Aluminium ini, tahan lasak, tahan berat, ringan (tak berat) so bila barang kita berat, tiada bebanan tambahan pada kitchen cabinet tu. Paling best boleh basuh kena air dalam cabinet tu. Mummy ini ada masa suka basuh lantai dapur. Basuh tau ! Bukan mop hahaha. So kalau material melamin , nanti cepatlah kembang dan rosak cabinet tu.

Pintu 3G, sekarang ini dah ada pintu jenis 4G. 4G memang lawa sebab dia akan nampak full color kitchen cabinet hitam 100% tak nampak silver color tu. Tapi, tepinya mcm tajam sedikit dan boleh mudah tersompek. Contohnya, macam cermin tak ada bingkai. Untuk yang ada anak kecil macam kami. Sesuai untuk 3G je lah.

Top pula, ada orang pakai konkrit. Lepas tu order pintu je kan. Macam kami, kami memilih quartz je atas top tu. Tak buat pun konkrit. Sebab kami tak mahu deal dengan ramai orang untuk buat kitchen cabinet. Kami memilih 1 tempat untuk siapkan semua kitchen cabinet kami. Quartz pun tahan lasak, nak manjat pun tak ada masalah. Dan, quartz ini kalau akan datang nak tukar material atau warna. Anytime boleh tukar.

Pintu dan drawer adalah soft close dan hinges.



Dan macam cermin refleksi cabinet kami hehehe.

Bahagian tepi ini, kami memilih tall unit. Sebab apa? Sebab nak nampak kemas oven kami dalam tu hehehe. Dan kalau duduk di ruang tamu tu, nampak la dapur tu macam tertutup sket . macam ada 1 dinding lagi kat situ hehehe.

Dapur kami ni, asalnya nak cat putih. Tapi color tu, tukang kata nampak bercapuk sket. Memang warna putih ini, kena cat berkali-kali. Setakat 2,3 kali masih tak nampak kemas. Sebab warna asal dapur ini light yellow.

So, kami teruskan cat kuning je lah ! Tak pe lah kan, sama warna dengan tile lantai yang asal tu. 

Tile pulak, kami memang tak tukar semua. Tukar tiles di bahagian kitchen cabinet dan laundry area je !


Ni dapat free dalam pakej kami





Hood dan Hob ini kami beli sendiri, dah alang-alang dapat kitchen cabinet di bawah bajet daddy. So, daddy grab terus brand Rinnai ini.

Oven dan microwave pun Rinnai juga. Kami memilih combination oven dan microwave. 2 in 1 je. So, tak payah beli 2 barang dah. Microwave kami dpat free juga dalam pakej ni. Tapi, kami jual microwave tu. Company ini memang banyak FREE GIFT dalam pakej.



Gambar sebelum dan selepas kitchen cabinet kami siap. Lebih kurang total 10 kaki. Dan, hitam menjadi pilihan kami. Macam biasalahkan, tak di nafikan ramai memilih KC Warna putih.. sekarang trend putih. Tapi, rumah kami ini bukan berkonsepkan English. So, warna elegant menjadi pilihan kami. Lagi pun, Warna hitam ni pun senada je dgn dapur gas dan lelain. 

Untuk sinki dan paip juga , syarikat ini berikan secara PERCUMA. Tapi, kami tak pasang hat PERCUMA tu. Kami beli lain untuk paip. Paip tu, kami beli jenama Sorento , manakala sinki adalah dari jenama Mocha.

Gambar tak siap 100% pun mummy up hehehe. ada 2 lagi pintu atas tu belum pasang dan sinki pun tak buka balutan lagi hehehe. 

Sebab lepas siap je, mummy terus macam lipas kudung buat sesi pembersihan dan mengemas. 

Terima kasih banyak-banyak daddy, belanja dapur yang cantik ni ! Moga Allah merahmati suamiku dan murahkanlah rezeki beliau tanpa henti. Amin.....

Baca Ini Juga


11 comments

  1. Cantik dan lebih kemas warna hitam ni. Best3x... Tahniah ye kak

    ReplyDelete
  2. Cantiknya,pasti lebih semangat nak memasak kan lepas ni ;)

    ReplyDelete
  3. Kemas kerja nya..
    harga pun lebih murah...
    cantik..bestnya..klu umah nieyl besar mcm ni..syok..hehehe...
    lebih rajin masak lepas ni hehehe

    ReplyDelete
  4. cantiknya kitchen kemas,bersih,cantik,menarik .

    ReplyDelete
  5. teruja plak akak tgk kitchen kabinet linda.. cantik warna itam

    ReplyDelete
  6. Wahh cantik kemas... suka warna hitam macam nih

    ReplyDelete
  7. cantik hitam,nampak mewah dan mahal

    ReplyDelete
  8. cantik nya kaler ni..
    Harga ok la yang macam tu..Murah tu.
    kalau lebih 10k , tak campur hidden cost , tu memang mahal la.

    Cuma plug tu macam bahaya duduk bawah hood dan betul2 atas dapur.
    Biasanya orang akan letak bahagian tepi.

    ReplyDelete
  9. Kemas kitchen baru... Bestnyaaa.. Lepas ni lagi bertambah semangat masak utk family kam❤️

    ReplyDelete
  10. Adoi.. Puas hati dapat dapur macam nie.. Seronok je nak masak.. Suka microwave dan oven sekali macma tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -