Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Assalamualaikum semua ! Selamat sejahtera ! Apa khabar semua? Ada menu baru PKPB ke tak tuu.... Mummy dah mula dah ni gatai tangan. Menu PKP...

Assalamualaikum semua ! Selamat sejahtera ! Apa khabar semua? Ada menu baru PKPB ke tak tuu.... Mummy dah mula dah ni gatai tangan. Menu PKPB pun dah keluar jugak ni ! Masak apa? Okay..Kali ini, mummy masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice daripada Resipi Chef Wan. Kalau korang ada baca entri mummy sebelum ini. Mummy ada mencuba red rice dari beras Primera. Makan sedikit je pun, dah kenyang. Ramai yang tanya sedap ke beras yang berfiber dan beras diet ni? Selalunya makanan orang diet ni macam tak berapa sedap je ! 

Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan



Okay, itu tidak benar ye kawan-kawan. Nak diet, nak sihat ini kena ada cara nak masaknya. Kalau tak kena cara memang rasa tak sedaplah ! Bagi yang tak ada idea nak masak menu makanan diet, dan sihat ni. Meh mummy share pada semua Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan




















Bahan Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Bahan yang di perlukan untuk masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ni senang je.

Bahan A Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan
2 cawan beras Primera
4 gelas santan dan air
Serai
Daun Pandan
Daun Limau Purut





Bahan B Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Bawang merah / bawang kecil (sedikit)
Ulam daun bunga kantan (hiris)
Daun Kunyit (hiris) (mummy tak letak)
Serai (hiris)
Ulam raja (hiris)
Daun Limau (hiris)
Kobis Purple
Limau Nipis
Ulam 
Kerisik (tak letak, sebab pakai kelapa goreng)
Kelapa Goreng
Sambal Belacan 
Budu
Telur masin (pecahkan)


Cara Masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan


Cara masak Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ini adalah menu paling senang masak dan jimat masa. Dlam masa 30 minit settled semua tau !


Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan

Memula ..bahan A tu masak dalam rice cooker. Macam masak nasi lemak, mummy ada letakkan sedikit garam. Dan masak macam biasa.

Senmentara tunggu nasi masak, boleh hiriskan ulam-ulaman tadi.



Bila nasi dah siap masak, gaulkan ke semua bahan B tadi !




Akhir sekali , perahkan limau nipis. Siap untuk di makan !

Bila dah masak macam ni, memang rasa Nasi Ulam Beras Primera Red Rice Resipi Chef Wan ni sangatlah sedap ! 

Korang boleh mencubanya juga. Genrenti kenyang dan yang penting berkhasiat !

Selanjutnya, kalau nak tahu lagi tentang Beras Primera ini, boleh layari ke

Baca Ini Juga


5 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -