5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL

5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL - Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kulit muka yang kusam tak bermaya ini boleh membuatkan seorang perempuan tu rasa nak 'migrain' betul, tak? Selalunya terjadi kulit kusam ini di sebabkan oleh kekurangan air. Bila kulit kurang air, mulalah kulit muka tu jadi kering, dihidrasi, dan mudah breakout ! 

Tapi jangan tak tahu, semakin umur banyak, semakin cepat kulit muka kita terhidrat. Kalau dah terhidrat (kurang air) . Erm, nampak muka kita jauh lebih tua dari usia sebenarlah, kan. Oleh kerana mummy nak menghampiri ke umur 4 series. Mummy amat berjaga-jaga dalam pemilihan produk untuk wajah mummy. 


5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL



Mummy tak mahulah kulit muka mummy ni lebih nampak tua berbanding wajah sebenar. Jadi, mummy tak lepaskan peluang untuk mencuba lima produk SAFI HYDRA GLOW.

5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL ini merangkumi Pembersih Muka SAFI Hydra Glow, Penyegar SAFI Hydra Glow, Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow, Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow, dan Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow

KEISTIMEWAAN SAFI HYDRA GLOW


Apa yang menarik tentang 5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL adalah kandungan di dalamnya. Macam biasalah setiap produk keluaran SAFI ini ada kelebihannya tersendiri Untuk Safi Hydra Glow pula. Keistimewaannya adalah :-


Fermented Rice Extract: Pelembap kulit semula jadi yang mencerahkan kulit & membuang sel kulit mati.

Vitamin B5: berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, melegakan kekeringan kulit dan mengembalikan kehalusan kulit.

Hyaluronic Acid: Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit. 


Set SAFI Hydra Glow sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif sebab ianya tanpa alkohol, tanpa paraben, tanpa minyak silikon, tanpa minyak mineral, tanpa pewarna, tiada ujian haiwan dan tiada bahan yang berasal dari haiwan

ADA APA DENGAN 5 PRODUK SAFI HYDRA GLOW ?

Kandungan utama dalam Safi Hydra Glow dan keistimewaannya kita dah tahu. Tapi apakah 5 produk Safi Hydra Glow tu, ye ! Ha..jom kita berkenalan dengan kesemua produk Safi Hydra Glow ini.


Pembersih Muka SAFI Hydra Glow




Formula gel berkrim Hydra Glow yang menghidrat adalah langkah pertama untuk membersihkan kekotoran tanpa menghilangkan minyak semula jadi di kulit wajah. 

Menggabungkan 3 ramuan penghidratan Teknologi Hydra Active, formulasi bebas minyak ini menjadikan kulit lebih berseri, lembut dan anjal apabila disentuh. 

Pembersih muka SAFI Hydra Glow 125g ini dijual pada harga RM16.90.

Penyegar SAFI Hydra Glow 




Menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk menyihatkan dan menghidrat secara aktif, Penyegar SAFI Hydra Glow ini diuji secara klinikal untuk meningkatkan kelembapan kulit sehingga 1.6x selepas aplikasi. 

Dengan memanfaatkan bahan aktifnya yang pelbagai fungsi, esen ini bukan sahaja memberikan penghidratan segera, tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan sehingga 48 jam untuk mencapai kulit yang lembap dan anjal. 

Penyegar SAFI Hydra Glow 150 ml ini dijual pada harga RM38.00.

Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow



Menghidrat dan hypoallergenic, Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow ini diformulasikan dengan 10% kuasa gandaan nutrien- Vitamin B3 & B5 yang meresap jauh ke lapisan dalam kulit. 

Terbukti untuk meningatkan penghidratan kulit secara mendalam dan melegakan iritasi, serum ini memberikan penghidratan optimum yang mendalam, menghaluskan kulit kasar dan memulihkan kulit kering agar lebih berseri. 

Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow 30ml ini dijual pada harga RM59.00.

Pelembap Penghidratan Hydra Glow 



Formulasi gel krim ringan ini berubah menjadi titisan air yang melembapkan apabila digunakan. Pelembap Penghidratan Hydra Glow diformulasi dengan Vitamin B3 yang larut di dalam air untuk memulihkan, mengekalkan serta memperbaiki kelembapan kulit dengan berkesan. 

Pelembap ini menawarkan peningkatan kelembapan segera sebanyak 280% dan memberi kelembapan berterusan selama 72 jam, ia menganjalkan kulit serta menampilkan seri kulit. 

Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow 40g ini dijual pada harga RM39.90.

Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow 75ml




Sesuai untuk semua jenis kulit, mist penghidratan ini diformulasikan berasaskan air dengan keseimbangan pH semulajadi kulit. Ditambah dengan Teknologi Hydra Active, kelembapan kulit terkunci menjadikannya lebih berseri tanpa rasa berminyak. 

Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow 75ml ini djual pada harga RM29.90.


Di mana boleh beli produk Safi Hydra Glow ni? Rangkaian SAFI Hydra Glow boleh didapati di kedai Guardian dan Mydin Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, layari laman web rasmi SAFI, Facebook rasmi SAFI, dan Instagram rasmi SAFI.




Untuk maklumat lanjut boleh layari :- 


Website : www.safi.com.my

3 comments on "5 PRODUK SET LENGKAP SAFI HYDRA GLOW UNTUK KULIT GLOWING DAN ANJAL"
  1. Wanita tak boleh berpisah dari skincare. Rajin2 rawat wajah. Moga sentiasa awet muda.

    ReplyDelete
  2. safi skarang dh mcm2 produk baru

    ReplyDelete
  3. Ok.. Mcm menarik ja produk safi yg satu ni.. Mcm best ja

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com