Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai

Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai - Pergh sales 11.11 ni, sampainya barang pada 22.11 . Hrm..lama jugaklah . Biasalah kan, sebab Nestle bagi Shopee Hub settle kan untuk packing dan pos, ambil masa gamaknya ! Kita kalau seller biasa ni, tak hantar lebih 4 hari ke customer, terus auto cancel by Shopee terus dah ! Okaylah, apa pun, barang dah selamat sampai pun. Dan, nasib baik bukan barang super urgent pun ni.

Hari tu, mummy ada cerita shopping cadar katil di Shopee sempena 11.11. Kali ini, barang 11.11 lagi ! Dasyat teruk mummy ek? Sales 11.11 kali ini terjebak untuk Shopping sakan ! 

Erm, sebenarnya, nak kata terpengaruh tu, idaklah ! Memang barang keperluan juga. Kalau tak pi beli online, kena gak pi beli kat kedai. Nak beli banyak-banyak berat gini kat kedai. Erm, ada masa malas juga nak beli hehehe. Malas nak angkut barang bebanyak!


Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai



So, beli online ni best sebab orang hantar sampai depan pintu. Tak payah lah kita nak angkut barang berat sangat, kan ! Ha , kisah beli barang Nestle dari Shopee ini, memula agak terkejut sebab kotak hancur macam ni. Ingatkan dalam kotak ini pun semua dah jadi tsunami jugak !

Rupa-rupanya, alhamdulillah semua okay ! Mungkin j&t spot check barang isi dalam kot. Atau pun kotak ini koyak masa di j&t. entahlah, wallahualam.

Jom tengok apa barang yang mummy borong !

Maggi Cup Ayam 99 sen

Nascafe tin RM1.50

Milo botol RM1.50

Milo Kotak 4 pcs RM3+

Milo ini paling banyak beli stok untuk Daim, sebab dia tengah putus susu. So, alhamdulillah boleh minum Milo kotak ini. Susu kotak lain, memang tak mahunya dia !

Sebagai support kepada putus susu badan, kita bagi je lah Milo untuk bagi dia lupakan 'candu' dia hehehe

Bukan itu je mummy beli. Lain-lain ada yang tak ada dalam gambar. Sebab malas nak snap semua gambar hahaha. Cornflakes Gold RM1.90, Susu Nestle Low Fat besar RM4+, 

Berbaloi juga beli masa 11.11 ni sebab murah, dan free delivery. Lepas ini, kalau ada groceries nak beli kat kedai (yang tak urgent) korang bolehlah senaraikan dan beli masa sales 12.12 pulak ye.

Contoh, sabun basuh kain, makanan, minuman, barangan dapur, barangan mandian, insyaallah jimat beli online masa double celebration macam 10.10, 11.11, 12.12 ni. 

Mummy pun sedang senaraikan barangan untuk 12.12 ni, kita list dari sekarang apa yang nak beli !

4 comments on "Barang Sales 11.11 Shopee Nestle Dah Sampai"
  1. Memang berbaloi beli masa Shopee sales, dapat free deliery kan. Nak tunggu sales 12.12 plak ni

    ReplyDelete
  2. Masa 11.11 tu nieyl sampai menung kak sbb tak tahu nak beli apa...
    sampai ke sudah x membeli pun hehehe

    ReplyDelete
  3. Barang dah sampai. Bestnya.

    ReplyDelete
  4. parcel ritu ada banyak x smpai lagi.. suka juga xyah pi kedai semua kan..
    betul2 sngkot ni hehe.. anak2 buah je banyak beli pakai acc kita..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com